CHAPTER 14

970 89 30
                                    

Luna dia gadis yang ceria, Luna dia gadis yang nakal, hidup di satu perkampungan dan sederhana pun sudah cukup buat dia bahagia. Semua orang kampung senang dengan Luna lagi-lagi Luna sangat suka untuk membantu orang walaupun usianya masih dalam kategori anak kecil

                              •••••••

PERKAMPUNGAN ULU GAYA 1998

Malaysia ku sudah berjaya
Menuju pembangunan
Walau dekat walau pun
Beribu batu......
Engkau tetap kampung ku
Majulah.... Kampung ku.....
Majulah oh tanah airku......

        "Lunaaa bapa kamu sedang panggil" tercungap-cungap dia memanggil Luna selaku anak ketua kampung dalam kampung itu.

Sako hanya mengelengkan kepala, bukan susah hendak mencari Luna, kalau bukan di kebun kelapa, sudah pasti anak itu berada di kebun Jagung

          "Kurang ajar kamu Luna! Kamu mencuri kah? Bapa tidak ajar anak bapa mencuri! Kamu sungguh memalukan sekali!" En.Petrus mengelengkan kepala. Dia sebagai ketua kampung merasa malu dengan perangai anaknya ini.

Orang kampung yang berada dikawasan rumah mereka hanya mendiamkan diri. Mereka tidak percaya Luna yang mencuri.

         "Bapa ada bukti kah? Jika bapa tidak mempunyai bukti jangan lah bapa terus menerus menyerang Aku" balas Luna dengan mulutya.
Orang kampung hanya diam. Luna budak yang pintar, mereka percaya bahawa Luna pasti akan berjaya diluar sana..

         "Melawan kamu!?" En.Petrus memandang Luna, beza sungguh dengan perangai kakak kembarnya yang pendiam dan rajin membaca itu.

         "Bapa kan sebagai ketua kampung mesti adil dan saksama, panggil dulu siapa yang berkata aku mencuri siapa?" Tidak padan dengan tubuhnya yang kecil itu. Luna bergaya sungguh seperti tidak pernah takut akan sesuatu.

            "Kamu kah?? Kamu? Kamu? Atau kamu?" Tuduh Luna kepada orang-orang kampung yang kebetulan berada disitu

            "Luna!!!" En.Petrus semakin sakit kepala.

             "Tok ketua, Tok ketua maafkan anak kita Tok Ketua, Luna tidak salah, anak kita yang mengambil barang itu" salah seorang penduduk bersuara wajahnya tunduk malu.

           "Nahh bapa lihat itu, sudah lah aku ingin ke sungai dahulu" En.Petrus melihat istrinya Sarai dan anak nya Lina kembar kepada Luna.

Orang-orang kampung akhirnya bersurai. Tidak menyangka bahawa Luna hanya dituduh. Sesudah kesemua orang kampung bersurai seorang lelaki yang berpakaian kot putih dengan cerutnya sekali masih kekal berdiri disitu, nampaknya lelaki itu juga sedang melihat drama sekampung itu.

En.Petrus yang melihat lelaki itu menelan liur, hatinya merasa kurang senang, dia pasti kedatangan lelaki itu pasti punya agenda yang tertentu.
Lelaki it tersenyum memandang Petrus.

         "Sudah sangat lama Petrus" Fei senyum kepada Petrus. Wajah Sarai istri kepada Petrus juga berubah, Lina yang berada disitu juga kehairanan. Siapa lelaki yang bergaya dengan mewah datang ke tempat mereka?

          "Fei" petrus tunduk,

          "Pintar sungguh anak kamu" Fei tidak berbasah basi,

Petrus menelan liur,

            "Aku pasti kedatangan kamu bukan cuma-cuma kesini Fei, katakan apa yang kamu mahu?" Petrus bersuara.

Fei senyum, itulah Petrus sahabat lama dan salah satu pengikut Abuya yang telah keluar dari kelompok itu.

           "Tuan Orick ingin mengambil anak kamu" Fei bersuara. Dia melihat mata Lina namun hatinya tidak berkenaan pada anak itu.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now