CHAPTER 11

673 75 15
                                    

Aku suka melihat taman mini yang dipenuhi oleh bunga-bunga yang bermacam macam jenis, terutamanya apabila melihat rama-rama yang sangat cantik dan unik. Rambut panjangku ditocang dua oleh bibik Hana.

            "Maya suka rama-rama?" Soal Bibik Hana, wajah seperti takut2 itu tetap melemparkan senyuman. Aku hanya melihat, aku ingin sekali menjawabnya akan tetapi lidahku terasa kelu. Beberapa pasang rama2 terbang dikiri dan kanan saat itu aku sangat gembira, melihat rama2 itu terbang membuatkan kaki ku juga turut melangkah dan tanpa aku sedari bahawa aku kini sedang menuju ke tasik

             "Mayaaaa" namaku dipanggil dan aku sempat menoleh, seperti pergerakan kami seolah-olah menjadi lambat(slow motion). bibik Hana berlari untuk mendapatkan aku, tapi langkah kaki nya juga sangat perlahan, aku sempat melihat keatas balkoni istana papa dan kulihat seorang wanita cantik memakai baju merah sedang merenungku, dia tersenyum memandang aku.

Dushhhhhhh

Tubuhku tenggelam kedalam tasik buatan papa, aku cuba menahan nafasku semasa dalam air, perlahan-lahan nafas ku seperti sudah kehabisan aku mengalah, sampi saat ini saja kah hayat ku? Aku melihat keatas hanya cahaya putih yang kelihatan. Tiada seorang kah yang ingin selamatkan aku?

Aku memejamkan mata seperti kalah pada kematian setelah bertarung. Mataku terbuka semula apabila terasa tangan ku ditarik lembut, wanita yang aku lihat di balkoni tadi rupanya dan yaa dia sungguh cantik, dia tersenyum kepadaku lagi dan aku membalas senyumanya, mungkin ini kali pertama diri ku merespon orang lain. Aku hanya membiarkan dia menarik tangan serta tubuh ku.

Itulah kali pertama dan terakhir aku melihat wanita cantik itu. Rambutnya cantik serta berombak, kulit putih dan langsung tiada cacat celah jika di beri kesempatan aku ingin melihat dia lagi.

Pranggg!!!

Bunyi sesuatu benda yang pecah telah menyedarkan aku, saatku buka mata aku sudah berada diatas katil dan bajuku juga sudah bertukar, aku bangun dan aku terdengar suara mama seperti singa yang mengaum-ngaum kelaparan, sungguh aku takut dengan mama.

Aku turun dari katil lalu berjalan perlahan menuju ke pintu saat itu aku melihat kepala bibik Hana sudah berdarah, dia hanya tunduk melutut dan langsung tidak bergerak, jelas terlihat jari jemari bibik Hana bergetaran.

            "Kau aku suruh jaga anak seorang pun susah kah? Kalau anak aku mati macamna? Haa!!" Mama memandang tajam pada bibik Hana, seperti mama belum puas hati.

              "Kau pandang lantai tu kenapa bodoh! Heiii dasar pengemis pandang mata aku!" Mama menarik kuat rambut bibik Hana, dan diriku terkejut melihat ada mutiara jatuh dihujung-hujung mata bibik Hana. Apakah itu? Kenapa air boleh keluar dari mata itu? Sejujurnya usia ku belum dapat mengenal apa itu tangisan.

Mama mengeluarkan pistol lalu diacukanya pada kepala bibik Hana. Mama seperti haus akan darah. Aku melihat makluk-makluk kiri kanan mama berbisik kedalam telinga mama untuk membunuh lagi seorang yang tidak bersalah.

Makluk-makluk itu kesukaan melihat mama yang sudah terpedaya mendengar bisikan mereka. Salah seekor makluk melihatku, dia tersenyum sinis. Aku cepat2 menutup kembali pintu bilik, jantung ku bergetar hebat.

           "Madam tolong jangan bunuh aku Madam, aku janji akan ikut semua arahan madam, dan ampunkan atas kelalaian aku madam" aku membuka pintu bilik ku semula apabila mendengar semula suara bibik Hana yang merayu pada mama.

Mama kembali menyimpan pistolnya, dia tersenyum sinis. Melihat mama tidak jadi membunuh, kedua makluk itu berteriak dan memegang kepala mereka seperti sedang kesakitan, mereka membisikkan sesuatu kepada mama lagi, jenis mereka memang tidak akan pernah mengaku kalah!

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now