CHAPTER 7

587 71 2
                                    

"Its me Tiara" suara ketawa jelas kedengaran di hujung sana.

Ardy menarik nafas, Tiara sepupu nya pula dan dia antara sepupu yang paling rapat dengan Ardy. Beberapa hari yang lalu Ardy teringat semasa dimasukkan kedalam wad. Kata Julia keluarganya dan teman wanita dia datang. Walaupun realitinya Ardy tidak punya teman wanita seperti yang di maksudkan oleh Julia.

      "Emm Tiara saya mau cakap sikit ni, masa saya sakit kamu dengan bapa dan mama saya ada datang lawat saya kah?" Sungguh Ardy lupa bertanya, ekoran beberapa perkara yang mustahil dan sukar untuk dia jelaskan.

        "Sakit? Kau sakit kah? Aii kami tidak tau pun, dorang uncle sama aunty okey saja sini." Suara Tiara yang terkejut jelas kedengaran. Serius sudah

         "Tidak lah saya teruk, mungkin kurang rehat saja kali, kamu sana sihat juga?" Ardy memulakan perbualan, sangat lama dia tidak bercakap dengan Tiara.

         "Sihat juga bah, ni Ardy saya mau jalan sudah ni. Mau kasih tau kau ah jaga diri, jaga kesihatan sama kan saya tau kau tengah ada masalah sekarang dan saya tidak dapat bantu kau,tapi apa-apa pun kau kena balik kampung ah, mesti kau jumpa jawapan tu" suara Tiara bertukar sedih.

Ardy pelik dengan suara Tiara, tidak pernah-pernah Tiara berperangai seperti itu.

Tik!

Rumah Ardy kembali menjadi gelap, Ardy mengeluh, aishh sekali lagi kah?
Talian telephone juga terputus dengan tiba-tiba, mungkin sebab bekalan elektrik juga terputus.

Tok..tok..tok

Pintu rumah Ardy di ketuk, dengan pantas Ardy keluar lalu membukanya.

Dilla tersenyum, lalu memegang kotak lilin, seperti tahu-tahu saja elektrik bakal mati.

          "Eh kamu pula." Ardy tersenyum, dia melihat kiri kanan.

          "Nah," Dilla menyerahkan kotak yang berisi lilin.

          "Banyak ni Dilla," Ardy bersuara.

          "Kamu pasti akan perlukan dia nanti, oh yaa saya tidak tinggal sini sudah ah. Aki saya sudah sepupu - sepupu saya datang ambil masa di hospital" Dilla tersenyum.

Ardy melihat luar rumah, sunyi

          "Oh kejap lagi saya kena ambil, apa-apa pun terima kasih sebab hantar kami pergi hospital" Dila senyum seperti tahu-tahu saja apa dalam fikiran Ardy.

Ardy seperti familiar dengan suara Dilla, tapi dimana? Tidak lama kemudian tiba satu kereta sport hitam berhenti tepat di depan rumah Ardy,

          "Oh nah, datang sudah abang saya, bye nanti kita pasti jumpa lagi" Dilla senyum.

Ardy hanya mengangguk, dia melihat abang yang dimaksudkn oleh Dilla, namun wajah itu kurang jelas tapi dari sisi lelaki itu Ardy seakan-akan pernah melihatnya. Arghhh masalahnya ingatan dia saat ini langsung tidak berfungsi.

Selepas kereta itu berlalu pergi, Ardy masuk kedalam rumah dan...

Tik!

Lampu kembali menyala. Ardy tersenyum dia meletakkan lilin yang di beri oleh Dilla di tepi rack buku-bukunya.

Ting! Sms masuk

Mata Ardy tebesar selepas membaca mesej yang baru masuk ke dalam handphone.

📥Ardy, kau tidak balik kah? Lupa mau inform kau yang Tiara sudah meninggal dunia malam semalam..

Alung Kajon👨.

Ardy memegang dadanya yang berdegub kuat. Bukan baru tadi kah Tiara ada call? Ardy perasan kampung dorang di tempat area yang tiada line. Macam mana Tiara boleh call? Ardy pegang leher dia seperti bulu-bulu roma kian berdiri. Ardy telan liur.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now