CHAPTER 8

653 72 17
                                    

PERKAMPUNGAN ULU KAWASAN PENDALAMAN SABAH

Kali terakhir Ardy melihat wajah Tiara, akhirnya air mata lelaki nya jatuh juga. Tiara sudah dia anggap seperti kakak, Ardy menangis semahunya sebelum keranda mendiang Tiara di tutup.

Puan Rina cuba menenangkan Ardy, melihat Ardy menangis seperti itu membuat Puan Rina terikut menangis sama, dia tahu anaknya merasa amat sedih.
Bahu Ardy Puan Rina sentuh dengan lembut. Dia cuba untuk tenangkan diri Ardy.

En.Samuel hanya berdiri diluar, sakit hatinya apabila mendengar tangisan satu2 anak lelaki nya. Jiwa orang tua mana yang tidak sakit dan sedih. Dan mendiang Tiara pula sudah dia anggap seperti anak kandung. Lagi pula Tiara sudah tidak punya ayah dan ibu, yang menjaga Tiara kini adalah adik perempuan En.Samuel.

Bapa Tiara pula adalah adik kembar En.Samuel namun semasa Tiara masih kecil, boat yang di naiki oleh  ibu bapanya terbalik, syukur Tiara selamat, akan tetapi begitu lah ajal. Akhirnya Tiara kembali ke pangkuan keluarganya.

               "Abang macam mana? harus kah kita beritahu Ardy?" Elena adik kepada En.Samuel tiba-tiba bersuara, mata Elena juga agak bengkak akibat terlalu menangis.

En.Samuel menarik nafas.

             "Selepas Mendiang 7 hari baru kita kasih tau" En.Samuel bersuara.

             "Bah kalau begitu baik lah"

En.Samuel menarik nafas perlahan-lahan, seperti pernafasanya tersekat-sekat. Beberapa tahun yang lalu kembali telayar di ingatan.

                       ••••••••••
PERKAMPUNGAN ULU PENGHUJUNG TAHUN 1994

           "Kenapa jadi begini Sanip?" En.Samuel melihat adik kembarnya Sanip dalam keadaan yang resah.

            "Samuel kau saja boleh tolong aku, Samuel tolong simpan Tiara disini, jaga dia seperti kau jaga Ardy"

            "Abang, tolong jaga Tiara bang, hanya abang harapan kami" istri kepada Sanip mula menangis.

             "Kalau abang Samuel tidak mau jaga biar Elena yang jaga" Elene adik bongsu Samuel tiba-tiba bersuara.

            "Elena! Kamu masih belum ada suami, tidak bagus perawan yang belum kawin jaga budak" marah Samuel. Itu adalah adat kaum mereka.

            "Sudah abang tidak mau jaga" Elena menjeling Samuel.

Puan Rina hanya diam, tidak berani dia masuk campur dalam hal keluarga suaminya, Puan Rina Hanya melihat Ardy dan Tiara bermain sama. Waktu ini Ardy hanya berumur 4 tahun. Manakala Tiara sudah berumur 6 tahun. Dia hanya tua 2 tahun dari Ardy.

           "Sudah aku bilang Sanip, jangan pernah kau kotorkan darah kau mengikuti mereka, mendiang bapa kita sudah keluarkan kita dari situ, dia juga gantikan dengan darah yang baru, tapi kau tidak pernah mendengarnya sanip" sungguh Samuel kecewa dengan adik kembarnya itu.

            "Aku minta maaf Samuel,tapi kau kena ingat, darah yang mendiang bagi ganti tidak akan bertahan lama Samuel, cepat atau lambat mereka pasti akan datang, tapi aku merayu Samuel tolong ambil Tiara Samuel, kami sudah tidak ada waktu Samuel" Sanip agak gelisah.

            "Jangan bilang dia mengikuti kau Sanip" mata Samuel tebesar.

Sanip angguk perlahan, dia sudah melanggar pantang yang dijanjikan. Sebagai gantinya dia harus menyerahkan Tiara. Tapi orang tua mana yang mahu jika anaknya dijadi kan korban?

            "Pergi kamu Sanip! Pergi jauh dari sini jangan kamu pernah kembali kesini" Samuel berdiri lalu membelakang.

             "Tinggalkan Tiara bersama kami" air mata Lelaki Samuel jatuh dengan perlahan.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now