CHAPTER 4

720 86 6
                                    

JULY 2019 - 09:00:00PM ARDY HOUSE

Ardy masih tidak percaya, apa mungkin dia sudah jadi gila? Kes ini baru bermula dan hidupnya hampir kucar kacir. Sehingga dia tidak tahu mana realiti mana fantasi

Ardy senyum sinis, kamu ingin bermain dengan saya, baiklah kita lihat siapa dapat siapa.

Ardy nekad, dia semakin berminat dengan kes ini, nampaknya dia harus mencari tahu dulu dimana tempat ini, sempat Ardy menyalin peta dari tubuhnya. Pintar sungguh orang itu, Ardy tahu wanita yang selamatkan dia pada malam tersebut benar-benar wujud dia yakin itu!

Dummmm!! Dummm!!

Ardy terkejut, terasa bunyi guruh itu betul-betul diatas kepalanya. Langsir balkoni Ardy turut bergerak-gerak ditiup oleh angin. Nampak nya malam ini mahu hujan bisik Ardy, dia menuju kearah balkoni. Kilat juga tidak ketinggalan, saat Ardy ingin menutup pintu balkoninya cahaya kilat tiba-tiba menyambar dan Ardy melihat ada satu susuk tubuh berpakaian putih sedang berdiri di depan pagar rumah.

Ardy mengecilkan matanya, namun pandangan nya kurang jelas. Ardy cepat-cepat berlari turun selepas pintu balkoni itu ditutup, anak tangga pun dia buat langkah besar,

Sampi diluar rumah, Ardy mencari-cari kelibat wanita tersebut, Ardy ramas leher dia. Emmm

Ngam Ardy menoleh

Dumm!!

Tiba-tiba guruh berdentum..

             "Oh God" Ardy terkejut.
Tambah Ardy terkejut ada seorang lelaki tua sedang merenung wajah Ardy tanpa berkelip.

Ardy hairan, sejak bila rumah disebelah ni ada orang? Ngam lagi Lelaki tua itu tepat berdiri di dinding pemisah rumah Ardy.

Hujan mulai turun. Dan lelaki tua itu langsung tidak berganjak dia tetap berdiri diposisi dia.

Ish ni aki(atok) tidak mau masuk kah? Sudah lh hujan. Ardy datang mendekat, Ardy melihat jam dia hairan masih jam9? Jam tangan dia rosak kah? Tapi ni jarum jam berjalan pula.

              "Aki kau tidak mau masuk rumah kah? Kejap lagi lebat ni hujan, tidak bagus kena hujan nanti sakit" Ardy senyum. Namun lelaki tua itu langsung tidak bergerak, dia masih memandang wajah Ardy.

Dummm...dummm!!

Sekali lagi Ardy terkejut, sempat dia melihat bilik dia. Ardy terkejut seorang kanak-kanak sedang merenungnya?

             "Ahhhhh... Uuuuuuh" lelaki tua itu tiba-tiba bersuara, matanya kini tidak lepas memandang bilik Ardy sambil tangannya menunjuk-nunjuk.

Mendengar suara aki tersebut, Ardy menoleh kembali kearah lelaki tua itu. Kilat menyambar lagi. Nafas Ardy seakan tersekat. Di sebelah lelaki tua itu tiba-tiba berdiri seorang gadis berbaju putih, rambut nya masih basah dan keadaann nya tidak terurus.

                  "Hahh!" Hanya itu saja yang Ardy mampu keluarkan, dia sangat terkejut.

                  "Ehh bang sorry kasih tekejut abang, saya Dilla baru pindah sini, yang ni aki saya jangan abang hairan ah dia memang begini tau lah kan kalau sudah tua" wanita yang bernama Dilla itu senyum, matanya seperti takut-takut, kejap dia tingu Ardy, kejap dia tinguk balkoni bilik Ardy.

Ardy yang perasaan juga turut menoleh, namun kelibat kanak-kanak yang dia lihat tadi sudah tidak kelihatan. Ardy menoleh semula jiran baru nya.

Hilang......

Dup! Pintu rumah itu sudah tertutup. Oh rupanya nya mereka sudah masuk dalam, dari jauh Ardy melihat gadis yang bernama Dilla itu mengintai kearahnya sebelum dia menutup rapat langsir rumah mereka.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now