CHAPTER 2

851 89 10
                                    

JULY 2019-08:00AM
JABATAN SIASATAN JENAYAH IBU PEJABAT POLIS KOTA KINABALU
••••••

Hey!

Ardy terkejut dengan sergahan dari rakan setugasnya iaitu Melisa.

"Kau ni Mel bikin saya terkejut ja" Ardy mengurut perlahan dada dia.

Melisa tertawa, belum pernah dia melihat Ardy berkelakuan seperti itu.

"So macam mana lah kemarin masa kau pergi melawat yang tertuduh?" Soal Melisa kembali.

"Emm dia tidak banyak cakap ni Mel, diam saja susah juga ni" Ardy masih berfikir-fikir siapakah yang harus dia bawa sebagai team untuk melakukan tugas tersebut. Ardy kembali melihat Melisa,

Melisa yang hairan dengan renungan Ardy mengerutkan kening, kenapa ni lelaki pandang dia lain semacam ni. Jangan saja Ardy terjangkit dengan tertuduh yang ada masalah mental sudahlah.

"Mel kau masuk team aku mau?" Soal Ardy tiba-tiba.

"Ish masuk team kau? Siasat pasal hal tu? Sia-sia saja tu. Kau cari lah team kau yang lain" Melisa geleng kepala. Lebih baik dia fokus pada kes baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang berprofile tinggi yang telah hilang dan langsung tiada jejak. Mustahil mereka dibunuh, kalau dibunuh pasti pihak polis akan menjumpai mayat mereka.

"Please Melisa" Rayu Ardy.
"Alar Ardy bukan tidak mau tolong kau bah, tapi kau tau kan sekarang kita ada kes baru yang melibatkan beberapa orang b'profile tinggi?" Soal Melisa. Dia dan Ardy paling rapat malah mereka sering digosipkan oleh beberapa kakitangan department dorang. Ngam juga bh dua-dua masih bujang kan hehe.

Ardy tunduk, apa boleh buat lah. Banyak lagi pula kes dorang belum selesai.

"Ardy masuk bilik saya kejap" panggil Tuan Ali selaku ketua unit cawangan khas jabatan siasatan jenayah.

Melisa angkat kening, Ardy mengeluh mesti ada lagi ni yang Tuan mereka ingin arah.

"Ni file profile beberapa orang unit cawangan penyiasatan yang akan menjadi team kamu" Tuan Ali menyerahkan sampul tersebut.

Ardy terpana tidak menyangka bahawa pihak atasan pandang serius kes ini malah mereka memanggil beberapa orang dari unit cawangan khas bahagian penyiasatan.

"Serius kah kes ni Tuan? Kenapa dulu tiba-tiba kena tutup ni kes?" Soal Ardy bingung.

"Emm itu saya tidak pasti, tapi setahu saya setelah kematian pengarah Komisioner Polis Tuan Jaris kes ini terus hilang"

"Ada mana-mana unit lagi yang turut membantu kah Tuan?" Soal Ardy kembali.

"Ada dan dia dibantu oleh empat orang Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Jenayah Terancang), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik / Databank / DNA / Perancangan Strategi) tetapi hingga kini segala bukti belum dijumpai, satu-satunya saksi adalah yang tertuduh tetapi melihat keadaan dia seperti itu" Tuan Ali mengeluh, dia tidak mampu menghabiskan kata-katanya

"Waa mereka yang sendiri siasat hal ini?" Soal Ardy semula, waktu ini dia masih berada dipusat latihan polis. Pernah juga dia dengar kes ini sewaktu sedang latihan tetapi tidak tahu keadaan yang sebenar.

"Yaa dia sendiri yang turun padang, kamu tahu kan kes ini melibatkan beberapa nama penting dalam negara" perlahan saja suara Tuan Ali

"Tapi setelah kematian nya kes ini turut hilang, segala pencarian beliau juga turut hilang, saya sendiri hilang arah" Tuan Ali sungguh pelik kes ini sungguh sukar langsung tiada jejak.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now