2 | JANGAN CUBA!

67 7 2
                                    

Tajuk: Jangan Cuba!
Penulis: Missmrsya
Watak:
● Luke
● Amir
Danial
● Hafiq

_____________________________________

Kisah ini menceritakan tentang sekumpulan remaja lelaki yang telah bersetuju dengan perancangan seorang rakan mereka yang amat meminati dunia misteri iaitu Hafiq.

Perancangan apa?

Iyalah, menjadi seorang yang meminati dunia misteri sudah tentu akan timbulnya hasrat ingin mengetahui lebih dalam dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Oleh itu, dia membuat perancangan untuk pergi ke sebuah bangunan usang yang tiada siapa menjaga bangunan itu.

Dan yang paling penting, bangunan itu haruslah mempunyai 10 tingkat dan lifnya masih berfungsi.

Lokasi dan masa sudahpun ditentukan. Seperti yang dicadang.. tepat pukul 11:35 malam, mereka telahpun bertolak ke bangunan usang tersebut. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni adalah, antara kelima-lima mereka.. hanya Amir sahaja yang tidak bersetuju dengan rancangan itu.

Dia memilih untuk tinggal di rumah pada malam itu. Hujan lebat, tidak sedikitpun melunturkan semangat Hafiq.

" Alright, here we go! ," kata Hafiq ketika memberhentikan kenderaan mereka pada malam itu.

Sampai sahaja ke tempat yang disebutkan, Hafiq, Amir, Danial dan Luke terus berkumpul di luar bangunan dan masih stay di dalam kereta tersebut. Hafiq membelek buku notanya, berniat untuk menerangkan permainan mereka.

" Okay, aku terangkan satu persatu cara permainan ni. Nanti kita masuk, aku akan tekan beberapa angka seperti yang tercatat ni. Then, bila kita dah sampai ke tingkat angka paling akhir ni.. akan ada seseorang yang masuk tapi korang jangan sesekali berinteraksi mahupun tengok muka dia. Faham? ," terang Hafiq panjang lebar dengan nada yang sedikit tegas.

Semua rakannya hanya mengangguk faham.

" Good, now ikut je apa yang aku buat. Dah, jom! ," ujar Hafiq sebelum dia mendahului rakannya yang lain.

" Jom! "

Hanya dengan satu perkataan, mereka semua terus masuk lalu menuju ke lif yang berada di hujung bangunan itu. Luke menekan button lif dan mereka pun masuk ke dalamnya.

" 4, 2, 6, 10, 5 "

Hafiq menekan nombor tingkat yang tercatat dalam buku notanya. Luke sibuk mengangkat muka tetapi yang lain diam tanpa sepatah kata dan hanya diam menekur memandang lantai.

Tingg!

Sampai sahaja di tingkat 5, seseorang telah masuk ke dalam lif dan berdiri bersebelahan dengan Luke. Ya, Luke dikenali sebagai seorang jejaka yang keras kepala dan tidak mendengar kata.

Tanpa aba-aba, dia menoleh ke arah seseorang yang berdiri di sebelahnya. Dia tersentak lalu menyebabkan dia mundur beberapa tapak.

" Weyh, Amir? Bukan kau cakap taknak ikut ke? Eleh, kau ni cakap tak serupa bikinlah hahaha ," Luke bersuara menegur lelaki disebelahnya.

" Oi bangang, peraturanlah bodoh! ," marah Iqmal dengan nada berbisik tetapi masih tegas.

Luke yang baru tersedar dengan perbuatannya itu terus beralih ke belakang Hafiq. Iyalah, kalau kau pun mesti tegur jugakan bila tengok kawan yang pada mula-mulanya dengan mengikuti permainan itu secara tiba-tiba muncul.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now