9 | SAKA

321 1 0
                                    

Hai, assalamualaikum.
Harini puasa ke brapa?
Korang okey ke tak? hehe. takde yang tipu ii eh..

So harini aku tunaikan permintaan korang ya. Saka atau kata asalnya adalah pusaka. Saka boleh difahamkan dengan makna harta benda pusaka. Untuk pengetahuan lebih dalam lagi, saka juga merujuk kepada jin dan syaitan yang bertujuan untuk penjagaan diri, perlindungan diri.

Sebelum masuk kepada pengalaman yang saya hendak ceritakan pada malam ini, biarlah saya terangkan terlebih dahulu apakah bentuk ii saka? Saka boleh dikaitkan dengan semua jenis jin dan syaitan yang akan mendampingi seseorang itu depends on pilihan si 'pembela'.

Aku bagi beberapa contoh jin/syaitan yang boleh kita kaitkan dengan tajuk malam ini ya?
-Hantu raya
-Puntianak
-Langsuir
-Penanggal
-Pocong

Malam ni aku akan bercakap mengenai hantu raya. Kenal hantu raya? Ni bukan hantu raya yang kaler hijau yang buat iklan raya tu tau.

AMARAN: CERITA NI TAK BERAPA SERAM BAGI PEMINAT SERAM EXTREME. BAGI PEMINAT SERAM YANG INGIN MENGETAHUI FAKTA DAN ENDING PASAL SAKA NI BOLEH TERUS TAP STATUS SAYA YA. UNSUR LUCAH SIKIT HEHE bai.

Pembelaan makhluk halus yang dikenali sebagai hantu raya ni turut dikaitkan dengan saka. Pengetahuan umum, hantu raya ni jenis hantu yang gila seks ya anak ii. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Okay dengar cerita aku.

Nama aku Zura. Orang kampung semua bencikan aku, yalah aku ni hanyalah janda mati laki. Setahun yang lalu, aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Danish. Kerana dialah, hidup aku hancur.

Aku tak diterima masyarakat. Apakan lagi mak ayah aku?

Sebelum berkahwin, aku percaya Danish ni lelaki yang baik. Tidak pernah meninggalkan solat. Kerana apa? Dia sentiasa mengingatkan aku soal agama.

Beberapa bulan kemudian, kami pun berkahwin dan hidup seperti pasangan yang lain. Suami aku kerja ikut shif juga, dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit. Tolong angkat barang semua tu, haa tu memang kerja dia. Tapi kadang-kadang ada juga kerja sambilan yang lain dilakukan untuk menyara kehidupan kami.

Pada satu ketika itu, aku baru terperasan satu perkara yang pelik sedikitla bagi aku. Kita angkat kotak selalu, angkat barang sikit pun dah letih kan? Tapi suami aku ni dia macam tak mengenal erti lelah.

Angkat barang berat tu macam angkat beg sekolah je bagi dia. Hebat?

Aku memang mengaguminya.

Akhirnya aku tersedar pada satu malam tu. Gangguan yang terkena pada aku bukanlah gurauan.

Ketika itu, Danish keluar bersama rakan-rakannya untuk menonton bola di warung. Tinggallah aku seorang di rumah. Kebetulan hari tu hari khamis, malam jumaat.

Aku pun baring atas katil macam biasa. Baca novel. Kepala tidak memikirkan apa-apa, biasalah bila baca novel part-part manis macam gula tu semua kita feeling ii watak tu diri kita.

Tiba-tiba, aku dengar pintu utama seolah-olah ada orang ketuk.

Tok..tokk..tokkk..tokk..

Tak jelas sangat. Mungkin salah dengar agaknya?

BAMM!! BAMM!! BAMM!!

Bahu aku terhinjut mendengar bunyi tersebut. Bunyi orang tak penyabar ketuk pintu kuat-kuat, haa begitula bunyi dia.

Aku bangun dari pembaringan, aku berjalan menuju ke pintu utama rumah.

              " Kejap! Siapa kat luar? ," soalku sambil langkah diperlahankan.

Ketukan pintu semakin kuat.

Darah pun dah naik, apa lagi aku bukalah pintu. Bila aku buka pintu..

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now