10 | HANTU KUM-KUM (P1)

271 3 0
                                    

~ kum.. kum.. kum..
bukalah pintumu,
aku datang tidak diundang..
pergi dan bakal kembali hehehe ~

Hai, assalamualaikum!
Aku tahu ni tajuk pilihan ramai, aku send je status tadi semua vote tajuk ni so aku prepare awal untuk korang semua <3

Sebelum kita memulakan tajuk harini, mari aku terangkan siapakah hantu kum-kum?

Okay, kisah hantu kum-kum ni sangat popular zaman akhir-90an. Hantu kum-kum ini seperti kitalah pada asalnya memang seorang manusia biasa. Mari aku tanya dekat para gadis di luar sana, korang suka jadi cantik? Korang suka nampak cantik? And korang nak sentiasa nampak cantik dan menjadi pujaan ramai?

Tak. Aku taknak sentuh pasal susuk harini. Itu mungkin hari seterusnya nanti. Harini aku nak sentuh pasal asal usul macam mana gadis ni boleh digelar sebagai hantu kum-kum.

Kisah ringkas dulu ya sebelum aku teruskan dengan pengalaman malam ni. Aku gunakan nama Afiqa (bukan nama sebenar) untuk menyembunyikan identiti sebenar aku. Kalau korang nak tahu, aku seorang gadis yang gilakan kecantikan. Sebelum ini, kisah aku memang sudah dijadikan filem di kaca tv.. korang boleh search youtube tapi biarlah aku nyatakan sekali lagi punca mengapa aku jadi begini.

Hidup aku penuh dengan hinaan, cacian malah selama aku bekerja di syarikat baru ini juga memang tiada yang sudi berteman dengan aku. Wajah aku dipenuhi dengan jerawat yang kemerah-merahan dan jeragat yang kian memenuhi ruang pipi.

Setiap kali orang pandang wajah aku, pasti kata-kata keji keluar dari mulut mereka. Hina sangatkah aku?

Sehinggalah pada suatu hari..

Aku berjumpa dengan seorang bomoh yang agak terkenal di kampung Resam. Tok Arni namanya. Dengar kata, dia adalah bomoh terhandal dalam pemasangan susuk.

Susuk tu apa? Nanti aku cerita.

            " Ingatlah, bila kau berurusan dengan syaitan.. Jangan pernah langgar pantang larangnya ," kata Tok Arni sambil mencuci tangannya di dalam sebuah besen.

Sebulan. Sebulan aku happy dengan wajah aku yang cantik selepas penggunaan susuk tu. Satu silap yang besar aku buat..

Kau nak tahu apa pantang larang yang aku langgar?

Bila kau selalu dipuji, wajah kau cantik mulus putih.. Keinginan untuk tengok diri sendiri dekat cermin tu semakin menguasai diri. Betul?

Ya, itulah yang aku buat.

Oleh kerana ketaasuban diri terhadap kecantikan, aku sangat mengaguminya sehinggakan terlupa akan pantang larang yang paling penting itu.

             " ARGHHHHH!! MUKA AKU!! TIDAKKK!!! "

Aku hanya mampu menjerit, menangisi hilangnya suatu perkara yang boleh membanggakan diriku depan khalayak ramai.

Wajah aku kembali buruk seperti dahulu. Malah semakin buruk seolah kulit terbakar. Penyesalan itu tidak berakhir begitu sahaja, aku tetap mencari jalan penyelesaian.

Aku berjumpa semula dengan bomoh yang memasang susuk di wajahku tempoh hari. Aku merayu agar beliau dapat membantuku.

            " Aku tak dapat tolong kau! Kau tak faham lagi ke? Ada pun caranya, kau takkan dapat lakukannya sampai bila-bila! ," marah Tok Arni.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now