FAKTA

34 3 0
                                    

Mistik lagu “Nina Bobo” berasal dari cerita Helenina, seorang anak berdarah campuran Indonesia dan Belanda. Ibu Helenina, Mustika, adalah perempuan Indonesia, atau lebih tepat berasal dari Jawa. Dia cukup dikenali dengan bakatnya sebagai seorang penari. Ayahnya pula, Van Rodjnik berkewarganegaraan Belanda. Menurut beberapa sumber yang telah diselidik teliti, lirik lagu seperti yang kalian dengar selama ini. "Nina bobo oh nina bobo. Kalau tidak bobo, digigit nyamuk." Nina dalam lirik tersebut diambil dari nama panggilan Helenina. 

Jadi, maksud disebalik nama lagu iaitu; Nina bobo adalah Helenina tidur.

Rupanya, dengan cara menyanyikan lagu ‘Nina Bobo’ itu sangat berkesan terhadap Helenina. Helenina tidak lagi susah tidur. Namun, Helenina wajib tidur didodoi oleh ibunya dengan menggunakan lagu tersebut. Setiap kali sebelum tidur, dia harus mendengar lagu itu terlebih dahulu. Jika tidak, penyakit sukar tidurnya akan kembali.

Kematian Helenina jadi awal kisah mistik lagu 'Nina Bobo' itu.

Pada suatu malam, Rodjnik, ayah Helenina, memerhati isterinya iaitu Mustika sedang menyanyikan lagu 'Nina Bobo'. Mustika melakukan itu kerana dia masih merasa seakan-akan Helenia masih hidup dan memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut sebagai pengantar tidurnya.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now