6 | BUNYI APA TU?

33 3 5
                                    

Salam Ramadhan Al Mubarak 💕
How's u guys punya first day puasa utk tahun 2020?
So, seperti yang dijanjikan tadi cukup 5 vote aku buat satu story seramkan?
Ya, tahulah syaitan semua kena ikat tapi aku disini mengucapkan rasa syukur kerana readers aku still terikat,terpikat dengan story aku hekhek 🐒 gurau jek.

Tanpa berbasa-basi lagi, harini aku tak share cerita pasal rumah aku. Tapi aku just nak share satu cerita yang aku reka. REKA ye guys, anggap ni hanya sekadar membaca dan hiburan semata. Jangan terbawa ke mimpi ye.

Orang yang kenal aku selalunya panggil aku Yaya. Sebelum aku meneruskan pengalaman yang ingin dikongsikan, ada sedikit pesanan buat para gadis diluar sana. Tidak kiralah siapapun, kalau korang gadis ya memang korang perlu ingat apa yang aku pesan ni.

Korang setiap bulan akan ada masa cutinya kan? Tidak terkecuali aku. Kalau.. kalau tibanya waktu cuti korang tu pleaselah aku harap korang jaga kebersihan diri. Darah baunya hanyir dan makhluk lain mudah tertarik dengan bauan sedemikian. Sedangkan darah ibu bersalin pun benda tu suka, apakan lagi darah kotor?

Aku ingin berkongsi sebuah pengalaman ketika aku berusia 13 tahun. Ni first period aku. Sebelum ni mak aku selalu pesan..

           " Yaya, kalau Yaya dah mula datang haid.. mak nak Yaya ingat kebersihan tu perkara utama yang kamu perlu jaga sehabis baik ya? "

Kau rasa aku dengar tak pesanan mak aku?

Semestinya tidak. Malam pertama aku period, perut aku rasa mengulas. Rasa sakit yang luar biasa daripada yang selalu aku alami. Susah untuk melelapkan mata.

Bilik dalam rumah ni ada 5 sahaja. Semuanya penuh dan aku memang takde bilik okay. Take note ni awal ii, aku memang takde bilik. So aku terpaksa tidur di ruang tamu keseorangan.

Oleh kerana perut aku buat hal, pinggang aku rasa nak patah.. aku cuba tukar position tidur macam mana sekalipun tetap tak boleh lelap.

Secara tiba-tiba, kakak aku turun ke tingkat bawah. Dia cakap nak keluar sekejap beli barang. Jam menunjukkan pukul 11 lebih malam. Kakak aku ni jarang keluar malam, entah barang apa yang urgent sangat sampai dia nak keluar malam tu.

Aku pun menganggukkan sahaja.

Sekejap baring, sekejap duduk. Tanpa sedar, jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Telinga aku pantas menangkap suara enjin kenderaan dihentikan walaupun hanya samar-samar saja bunyinya.

Lampu ruang tamu semua sudah ditutup. Termasuklah lampu bahagian dapur dan tandas. Memang gelap, hanya diterangi dengan cahaya lampu tangga saja.

Rumah aku ada dua bahagian ruang tamu, tapi bahagian yang satu lagi tu dekat sangat dengan tingkap dan pintu. Memang kitorang jarang duduk dekat situ kecuali hari raya.

Di antara tingkap dengan pintu, ada satu sofa kecil yang memisahkan ruang diantaranya. Ini yang paling penting supaya korang tak keliru nanti. Kalau faham, fahamla. Kalau tak faham, lantak kau lah.

Setelah beberapa minit enjin ditutup, akhirnya pintu utama rumah pun terbuka. Menandakan kakak aku akan masuk ke dalam. Dia masuk terus naik ke bilik. Aku tak dengar pun dia bagi salam, or mungkin dia bagi salam dalam hati?

Aku pun baring main dengan telefon. Tangan kiri cuba mengurut perlahan perut yang masih terasa sakitnya. Excuse me, perempuan period jangan bawak main eh. Nak kene maki haa boleh la mari.

Sambil aku leka dengan telefon, tiba-tiba dengar satu suara seolah ii dia ketawa perlahan. i mean dia macam chuckle tau tak. laugh quietly haa.

Aku terdiam tau bila dengar suara tu .

Bila aku cuba fokus, sumpah takde satu bunyi pun. Aku pun sambungla main phone macam buat takda apa yang jadi. Mungkin suara post IG tadi kut?

Sekali lagi, suara yang sama kedengaran. Sumpah suara dia memang jelas walaupun jauh.

Suara yang kedua ni buat aku tertarik sampaikan aku bangun dari baring. Kepala aku menghadap ke arah sofa kecil yang ada diantara pintu dan tingkap tadi tau.

Belum sempat aku luruskan badan aku, mata aku dah pandang depan dulu. Benda ni.. haa benda ni yang buat aku takut sampaikan aku baring semula tarik selimut sampai ke muka.

Korang nak tahu apa yang aku nampak?

No, aku tak bohong. Sumpah dengan mata kepala aku sendiri, aku nampak budak kecik lingkungan umur 7 tahun macam tu melompat-lompat macam pocong. Betul-betul depan sofa kecil yang aku hadap pada ketika itu.

Serba hitam, tak nampak muka tapi jelas kelihatan dengan bantuan cahaya lampu dari tangga nak naik ke atas.

Aku serious tak berani buka selimut tu. Aku cuba tenangkan diri. Baru sahaja tangan hendak keluar dari selimut, nak capai phone yang aku tercampak dekat bawah kaki tadi tiba-tiba ada satu bunyi yang buat aku terhenti sekali lagi.

            " Hehehe, slurpp..slurppp cpcpcp "

Suara seolah seseorang sedang menghisap atau bahasa lebih mudahnya menikmati sesuatu yang enak. Bunyi tu betul-betul datang dari tandas yang gelap berdekatan dengan dapur.

Memang setiap tandas, disediakan satu plastik untuk membuang pad wanita. Aku baru teringat yang aku tak cuci bersih pad yang aku tukar sebelum masuk tidur tadi.

Aku gagahkan diri, bangun tapi mata still halang guna selimut daripada tengok benda yang melompat tadi. Agaknya kalau aku buka selimut tu, tiba-tiba dia depan mata aku? Ya Allah, minta dijauhkan. Aku capai remote tv, aku bersyukur sangat sebab channel al hijrah or ntahla terpapar di skrin. Dan yang paling penting ketika itu channel tersebut memainkan seseorang yang sedang membaca al-quran. Sumpah aku bersyukur sangat.

So, ladies out there aku ingatkan sekali lagi.. tolonglah jaga kebersihan masing-masing bila datang haid. Lagi-lagi kalau darah korang hitam pekat tu memang bau dia pun pekat la wei.

Satu lagi, tengokla channel AzfarHeri ya yang segmen cerita seram tu dia ada pesan supaya bagi salam sebelum masuk dalam rumah tak kisahlah kau balik pukul berapa sekali pun. Langkah kaki kanan.

Mungkin sebab kakak aku masuk tak bagi salam juga salah satu punca aku boleh ternampak makhluk tu pada malam tersebut. Maaf sekiranya kisah aku kali ini tidak seram tapi cukuplah sekadar peringatan bagi para gadis di luar sana ya.


Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now