PART 2 | JANGAN TEGUR

48 2 4
                                    

Maaf atas kesilapan teknikal. Aisehmen.
Sekali lagi aku memohon maaf atas kecuaian aku sendiri sampaikan draft semalam hilang 🙌👉👈

Mohon dimaafkan ya?

Malam ni special sikit sebab aku update awal. Maaf kalau kalini cerita dia lain drpd plot asal yang telah dibuat haritu. So sebelum meneruskan apa-apa, aku mengesyorkan korang untuk promote cerita aku dengan cara ;
- screenshot part mana yang seram
- post status dengan caption paling kreatif.

Sekali sekala sumbangkan pertolongan untuk karya aku kan? Jasa anda amatlah saya hargai 😊

Tanpa berbasa-basi lagi..

PREVIOUSLY ON JANGAN TEGUR.

Sampai rumah, aku dah rasa tak sedap hati sampaikan aku terlupa untuk bagi salam sebelum masuk rumah and langkah kaki kanan. Aku silap.

Masuk dalam rumah, cuci kaki semua terus masuk bilik. Tahu tak? Aku masuk je rumah tadi, bau bunga cempaka tu automatik hilang. Tak dapat dikesan dah.

Mungkin cara aku masuk rumah tu tadi betul?

Aku tengok jam sekitar pukul 3 pagi, mata still tak rasa mengantuk walaupun sedikit. Tiba-tiba perut aku bising minta diisi.

Aku keluar dari bilik. Bila aku keluar dari bilik, selangkah aku keluar dari bilik..

Dekat dapur, betul-betul dekat meja makan dapur. Dengan jelasnya, aku nampak..

♣♣♣♣

PART 2 | JANGAN TEGUR

Aku berjalan masuk ke dapur untuk makan. Yalah, aku pun lapar tak makan lagi dari tadi. Okay, rumah aku ni takla besar sangat macam yang korang bayangkan. Bilik aku paling hadapan. So bilik ibu dan abah berada di tengah-tengah. Rumah kitorang ni teres setingkat je.

So, bukak pintu bilik.. Aku kena lalu depan bilik ibu dan ayah dan ada lagi satu bilik kosong paling hujung. Sampai je depan pintu dapur which is kitorang tak pakai pintu pun just letak something yang macam langsir tu.

Bila aku selak langsir tu.. Dengan jelasnya, aku nampak..

Sekali imbas ya, aku nampak betul-betul dekat hujung meja makan.. ada satu susuk tubuh hitam berdiri dekat situ. Bila aku buka lampu dapur, benda tu automatik hilang.

            " Perasaan aku je kut? "

Aku pun macam biasalah pergi ke singki untuk ambil pinggan. Ceduk nasi semua, aku duduk.

Seusai makan, pinggan pun dah basuh. Perut dah kenyang, aku rasa macam nak tidur je sekarang. Lampu dapur ditutup, aku melangkah masuk ke dalam, menuju ke bilik.

Dah sampai depan pintu bilik tu, aku baru nak memulas tombol pintu.. Aku terpandang ke arah ruang tamu.

Sekali lagi, aku ternampak susuk tubuh. Tapi kali ini susuk tubuh tu lain sedikit kerana nampak rupa fizikalnya walaupun dari pandangan belakang sahaja.

Kena dengan cahaya dari luar rumah, susuk tubuh tu sumpah seiras gila dengan ibu. Rambut yang panjang dan berkulit putih.

Ibu ke?

              " Ibu? Ibu ke tu? ," aku cuba memanggil ibu yang elok duduk di sofa berhadapan dengan tv.

Malangnya tiada sahutan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now