7 | AKU NAMPAK SIAPA?

32 4 0
                                    

Semalam aku dah kongsi salah satu pengalaman seram aku kan? Harini aku akan share satu lagi pengalaman yang agak menakutkan jadi ketika aku berusia 16 tahun.

Korang semua ingat lagi nama aku? Ya, korang masih bersama aku Yaya. Cerita kali ini mungkin ringkas dan tidak begitu menyeramkan bagi korang semua tapi cukuplah kita menganggap ianya sebagai hiburan semata. Aku tak berniat ingin menakut-nakutkan sesiapa ya.

Hujan lebat menemani rasa sepi tika itu. Rumah yang sama, keadaan yang sama di mana bilik tidur tetapku adalah di ruang tamu. Sedih bukan? hahaha. Pada masa itu, aku sedang menonton televisyen. Macam biasalah, pernah ke kita fokus bila tengok TV? Mestilah ada main phone jugak and last skali nanti TV yang tengok kita.

Semua orang dah masuk tidur. Tinggal aku sahaja yang belum melelapkan mata. Ruang tamu gelap, dapur gelap, tandas gelap haa semua gelap. Buat apa nak buka lampu? Membazir amalan syaitan.

Sedang leka bermain telefon, entah bagaimana aku craving nak minum milo. Tengah ii malam pulak tu craving macam-macam haih ni semua pasal post IG tadi. Jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Aku bangun dari baring, yalah seperti apa yang aku cakap tadi aku nak ke dapur. Buat air milo, panas ii memang perghh laa sedap.

Mata masih leka bermain dengan telefon sambil aku berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur.

Korang pernah tak, ada something yang mengganggu perbuatan korang i mean dia menarik perhatian korang masa sibuk main telefon?

Ya, ketika itu seolah ada sesuatu yang menarik perhatian aku agar aku memandang ke arahnya.

Baru sahaja aku mengangkat muka dari asyik melihat telefon, aku terhenti seketika di hadapan bilik aunty aku. Benda yang aku tengok, walaupun bergerak laju tapi cukup membuatkan aku terhenti langkah.

Korang nak tahu apa aku nampak?

Okay macam ni, tandas dekat dapur bertentangan dengan ruangan masak. Tapi bila kau dari hadapan tu nak ke dapur, kau cuma nampak mesin basuh yang ada di tepi pintu tandas dan meja makan sahaja. Ada dua tandas which is satu ruangan mandi dan satu lagi selalunya buat para tetamu yang datang. Jarang guna.

Bila aku angkat muka, aku menghadap ke dapur. Ok, dapur gelap tapi ada samar-samar cahaya daripada halaman luar belakang ya tempat tanam-tanaman nenek aku.

Sumpah, aku nampak benda rambut dia cecah lantai tapi serba hitam. Macam mana aku nampak rambut dia? Aku dah cakap tadi samar-samar cahaya dari ruangan luar.

Kau tahu dia buat apa?

Dia merangkak dari tandas yang paling hujung yang mana aku cakap jarang digunakan tadi. Benda tu merangkak laju macam spiderman. No, aku tak buat lawak. Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Dia serius position dia macam spiderman tapi merangkak menuju ke arah ruangan memasak.

Dengan hujan lebat, aku nampak benda tu. Kau rasa? Sumpah aku terhenti depan bilik aunty aku do. Aku terus batalkan niat untuk ke dapur.

Bayangkan kalau aku ke dapur and benda tu elok menyangkung tepi peti sejuk? Tak ke naya menjerit. Tah-tah pengsan kut dekat situ. Korang rasa apa yang aku nampak? Wallahualam.

Last, satu lagi cerita untuk penutupan malam ini. Masa tu aku kecik lagi, rasanya tahun 5 agaknya. Rumah kitorang masa tu tengah dalam proses diubah suai. Almaklum dekat nak raya masa tu kan. So kitorang duduk rumah makcik aku yang dekat ii je.

Malam tu, aku dengan mak aku balik rumah nak ambil bekalan baju. Dengar kata, proses ubahsuai itu mengambil masa beberapa minggu lagi untuk siap semuanya.

Okay gais, malam tu memang rumah kosong gila. Yalah semua tumpang rumah makcik kan? Aku ada kucing tau dalam bilik, memang setiap pagi and petang aku akan ajak mak aku balik sekejap untuk bagi makan dia.

Kebetulan petang tu aku belum bagi makan lagi kucing aku, so aku bagi pada waktu malam masa kitorang ambil bekalan baju.

Mak aku sibuk kemaskan beberapa helai baju, aku amikla makanan kucing yang ada dekat rak bersebelahan dengan almari aku. Aku bubuh sikit makanan kucing tu dalam bekas dia.

Angin malam tu serius sejuk gila. Mak aku buka pintu balkoni untuk ambil udara malam.

Secara tiba-tiba, kucing aku yang dalam cage tu dia mengiau garang tau tak? Macam kucing nak bergaduh. Aku pun pelik jugak.

Aku try tenangkan dia. Dia diam sekejap kemudian sambung balik buat bunyi macam nak bergaduh.

And then mak aku tiba-tiba bersuara.

             " Yaya, jomlah mak dah siapkan semua. Dah cepat, kamu tunggu luar sana ," kata mak aku.

Menurut perintah, aku tunggu luar bilik. Aku dengar mak aku baca something and kemudian dia bercakap sekejap dengan kucing aku. TAHU TAK? KUCING AKU DARIPADA BUAT BUNYI TADI TERUS DIAM WEII.

AUTO DIAM. AKU PUN MACAM LIKE WTF?

Kitorang turun bawah, masuk kereta. Suddenly mak aku tanya aku satu soalan.

           " Yaya, kamu rasa satu benda pelik tak tadi? "

            " Hm, takde pulak. Tapi tulaa, Comot (kucing aku) tiba-tiba pulak jadi garang malam ni ," jawabku merujuk kepada kejadian tadi.

Mak aku diam seketika.

Sampai di hadapan rumah makcik, mak aku pegang tangan aku seolah nak berhentikan aku dari terus keluar kereta.

             " Kejap, mak nak bagitahu sesuatu ," kata mak aku.

Sumpah weii ayat dia buat aku meremang zzuppp doh.

               " Apa dia, mak? "

Mak aku pandang mata aku sebelum dia teruskan kata-kata dia.

                " Tadi, bila kamu bagi makan Comot. Mak bukak pintu kan? Lepas mak bukak pintu tu tiba-tiba Comot jadi garang tanpa sebab. Kamu nak tahu kenapa? ," mak aku menjelaskan satu persatu.

Kata mak aku, bila dia sibuk kemaskan baju-baju yang nak dibawa bersama.. Dia dengar Comot buat bunyi macam nak gaduh tu dia dah mula rasa lain.

Dia toleh ke belakang, sekali pintas memandang ke arah luar balkoni. DAN KEBETULAN MASA TU KUCING AKU PANDANG KE ARAH LUAR BALKONI JUGAK.

Dan bila mak aku terpandang dekat balkoni.. Dia nampak benda tu elok berdiri betul-betul atas tembok yang selalu kitorang adik-beradik duduk kat situ.

Benda tu rambut dia panjang, baju putih tapi tak nampak muka. Badan dia menghadap ke arah kami yang sibuk dengan hal masing-masing. Dan mungkin kerana itu kucing aku buat bunyi macam nak gaduh. Biasalah kucing bila nampak sesuatu, itu memang tindakan dia kan?

Sebab tu jugak, mak aku suruh aku tunggu luar takut karang aku pulak yang ternampak benda tu.

Tiba ke penghujung, aku nak pesan dekat korang.. Jangan biarkan rumah tu gelap sangat sampai benda tu suka menumpang rumah korang eh. Contohnya kalau ruang tamu gelap, dapur gelap.. Tolonglah biarkan lampu tandas sentiasa terbuka. Biarlah orang nak kata apa pun, tapi pesanan aku jangan biarkan rumah korang gelap. Especially kalau rumah tu ditinggalkan untuk beberapa tempoh yang agak lama ataupun korang nak tidur malam

END

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now