11 | SIHIR BUSUNG

125 1 0
                                    

Hai, Assalamualaikum.
Kita bertemu sekali lagi dalam segmen berkongsi kisah seram karut mengarut buatan Marsya . Tadaaaaa!

So harini kita akan membincangkan satu topik mengenai sihir. Sihir tu apa? Sihir merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang.

SUMBER: Wikipedia.

Okay berdasarkan kefahaman aku, sihir ni boleh dihantar melalui pelbagai cara ye anak-anak. Contohnya, melalui angin, air yang kita minum, patung, depan pintu rumah which is tempat pertama kita akan lalu untuk keluar dari rumah, minyak, GAMBAR KAUU YANG DEKAT IG FB DLL dan banyak lagi.

Jangan pandang remeh.

Sebab tu kalau kita nak buat apa-apa perkara perlulah dimulakan dengan doa. Tak doa pun, cukuplah Bismillah.

Harini aku taknak sentuh sihir yang lain, aku nak ceritakan tentang sihir busung. Sihir busung ni orang dapat hantar melalui angin. Jumpa bomoh, dapatkan mantera dan sewaktu dengannya. Fuhh.. nama yang orang tu sebut memang mengena.

Dendam. Itu pasti sudah menjadi PUNCA utama sihir berlaku. Busung ni, kau tak perlu sibuk cari banyak mana ciri-ciri dia. Cukuplah kau perasan seseorang tu perut dia semakin membesar. Siapa main Left 4 dead? Kenal Boomer?

Haa, tapi takla exactly macam tu. Tipu je.

Kalau perempuan mengandung, macam mana besar perut dia? Besar tu diganda sekali haa begitula rupa seorang yang terkena sihir busung.

Kadang-kadang, kalau perempuan yang terkena sihir busung ni orang akan fikir dia mengandung. Padahal takk. Orang yang terkena sihir busung ni kau jangan bawa main.

Sakit yang teramat, rasa macam binatang liar hidup dalam perut kau. Tapi kau nak tahu apa benda dalam perut tu sampaikan dia jadi besar?

Kita dengarkan pengalaman seorang pakar perubatan yang agak berpengalaman dalam merawat orang yang terkena sihir busung ni.
AMARAN: NI CERITA REKAAN, WALAUPUN IANYA HANYA REKAAN SEMATA TAPI AMBIL PENGAJARANNYA. APA YANG BERLAKU SEMUANYA YANG AKAN DILALUI OLEH MANGSA SIHIR BUSUNG.

faham?

ok tuje sebenarnya aku nak cerita. Tamat.

AKU TIPU JE. maafla banyak menipu bulan puasa ni. Tipu sunat je <3 HAHAHAHA

Nama aku Tuan Haji Othman. Aku pernah merawat seorang wanita yang terkena buatan orang. Namanya cukuplah dikenali sebagai Jasmine. Dia dan suaminya ikhtiar pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Kenapa aku cakap penyakit?

Pada mulanya, suami Jasmine ni fikir yang Jasmine ni mengandung tanpa disedari oleh mereka sendiri. Bila dia bawa isterinya untuk membuat temu janji bersama doktor ibu dan anak..

No, jangan imagine yang perut dia dalam sehari terus membesar ya. Tak.. dia membesar sedikit demi sedikit.

Bila tanya dengan doktor tu.. Jawapan beliau membuatkan mereka berdua agak kecewa kerana menaruh harapan terlalu awal.

               " Maaf encik, isteri encik disahkan tidak mengandung . Kita dah scan tapi, langsung tidak menampakkan apa yang kita harapkan. Lagi pula, saya tanya kepada isteri encik tadi, dia cakap dia takda mengalami sebarang tanda-tanda yang dia ni mengandung ," jelas doktor itu.

Walaupun agak mengecewakan hati, mereka masih berjumpa dengan doktor pakar biasa.

Jawapan yang sama juga, isteri dia tak sakit. Isteri dia okay saja.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now