8 | PENANGGAL

48 2 0
                                    

Hey, assalamualaikum.
Salam ramadhan yang ketiga.
Marsya di sinii !

Semalam ada readers pm aku, dia minta aku buatkan satu cerita tentang makhluk yang dikenali sebagai penanggal. Baiklah, untuk pengetahuan umum.. Penanggal adalah makhluk belaan ( disama ertikan dengan saka ) . Ianya dibela bagi tujuan menjaga harta, membalas dendam dan lain-lain. Diringkaskan lagi, tuan kepada makhluk belaannya itu akan melepaskan penanggal yang dibelanya jika ada sasaran wanita yang bakal bersalin ketika waktu malam. Itu bagi memberi makan kepada makhluk tersebut dan tidak menyusahkan tuan punya makhluk .

Makhluk penanggal juga ada kelemahannya yang tersendiri di mana ia tidak akan mendekati rumah wanita bersalin yang diletakkan daun berduri such as daun mengkuang dll kerana ianya takut usus-usus akan tersangkut pada daun tersebut.

Tanpa berbasa-basi lagi, aku akan menceritakan sebuah pengalaman yang dikongsikan oleh Arif ketika isterinya mengandung anak pertama mereka.

Aku Arif. Aku ingin berkongsi pengalaman aku ketika isteriku hamil anak kami yang pertama. Apabila doktor mengesahkan bahawa isteri aku hamil, sumpah satu keluarga tumpang gembira atas khabar tersebut.

Sepanjang tempoh kehamilan Sya (isteri), adalah beberapa gangguan yang kami alami. Kata orang tua-tua, hamil anak yang pertama ni darah dia manis. Apa lagi anak dalam kandungan tu.. memang jadi rebutan ramai makhluk halus.

Dipendekkan cerita, salah satu gangguan yang tidak dapat aku lupakan sehingga sekarang dan masih trauma walaupun anak sudah tiga.

Terdapat satu malam di mana kami sedang tidur dengan nyenyaknya dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Enak dibuai mimpi, telingaku secara tiba-tiba menangkap bunyi tangisan yang halus tapi cukup jelas diperdengarkan. Bunyi tangisan tersebut membuatkan aku terjaga dari lena lalu memeriksa keadaan isteri.

             " Sayang, awak kenapa menangis ni? ," soal aku perlahan, masih menahan kantuk.

Sya terus menangis dan menangis. Seketika dia terhenti, dia terdiam sebelum menyembam wajahnya ke dada aku.

Pelik tak?

             " Abang.. Ada benda dekat situ.. ," kata isteri sambil tangannya menunding ke arah tingkap bilik.

Kebetulan tingkap bilik ketika itu sudah ditutup tetapi.. langsir belum ditarik untuk menutupi sepenuhnya pemandangan di luar. Tingkap jenis kayu tapi ada ruang ditengah-tengahnya jadi pemandangan di luar akan kelihatan sedikit.

Aku memandang ke arah tingkap.

Kosong.

Tiada apa-apa yang kelihatan di situ.

             " Kenapa ni sayang? Ada apa? Cuba bagitahu abang ," pujukku .

Dia menggeleng, jarinya masih menunding ke arah tingkap.

Tiba-tiba..

Leka aku memberi sepenuhnya perhatian kepada isteri aku.. Satu bunyi yang memeranjatkan kami berdua sehinggakan isteri aku memeluk tubuhku dengan erat sekali.

TOKK!! TOKK!! TOKK!! TOKK!

Ketukan yang agak kuat mulai kedengaran, ianya datang dari tingkap bilik tidur kami. Aku memandang ke arah tingkap semula, mahu tidak mahu aku terpaksa beranikan diri untuk bangun dan menarik langsir itu . Walaupun tidak nampak apa-apa, perasaan aku kuat menyatakan ada sesuatu yang dinampak oleh isteri aku.

Bukan itu sahaja, satu lagi kisah yang aku nak ceritakan ini juga berlaku di rumah kami. Almaklumlah, rumah kampung saja.. rumah kayu. Ini merupakan harta pusaka peninggalan arwah ibu yang semampunya aku jaga sampai sekarang.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now