3 | WAZE

55 6 0
                                    

TAJUK: Waze
PENULIS: missmrsya
WATAK:
- Luke
- Gideon

______________________________________

Seperti yang korang tahu, waze merupakan sebuah aplikasi yang dapat membimbing kita ke sesuatu lokasi yang ingin ditujui.

Aku Luke. Dengarkan kisah aku sewaktu umurku baru sahaja mencecah 21 tahun.

Biasalah, pelajar U ni bila dah ada kereta sendiri mesti jarang nak tinggal dekat rumah je kan? Daddy telah menghadiahkan Toyota Camry XSE sempena ulang tahunku. Kebetulan waktu ini juga merupakan cuti semester. Rakanku, Gideon mengajak untuk ke kampungnya untuk menghabiskan cuti yang tersisa.

Terengganu.

Ya, kampung Gideon terletak di Terengganu. Untuk sampai ke Terengganu, ianya mengambil masa yang agak lama kira-kira empat jam begitu. Memandangkan kami bertolak pada pukul 8 malam, kiranya kami akan sampai sekitar tengah malam.

Keadaan sekeliling ketika ini bukanlah indah sangat, hanya jalan raya yang agak lengang sahaja. Aku bukanlah orang yang mahir sangat nak memahami apa yang Gideon terangkan tentang jalan menuju ke kampungnya.

" Kampung aku ni dalam sikit tau? Nanti aku bagitahu, takpun kau guna je Waze ," kata Gideon sambil tangannya membelek buku bacaan.

Aku kenal Gideon ni sejak kecil lagi. Tak sangka pula jadi classmate bila dah masuk U. Okay, dipendekkan cerita.. Jam sudahpun menunjukkan pukul

10 malam.

Gideon sudah terlentok-lentok menahan ngantuk. Aku yang memandu ini juga sudah terasa kantuknya tetapi tetap ku gigihkan jua. Rokok dikeluarkan daripada beg kecil, tingkap dibuka kemudian rokok tu aku hisaplah.

Hisap macam biasa. Hembus, asapnya keluar. Belum sampai 30 saat, rokok aku dah berubah pendek. Selalunya rokok ni aku memakan masa beberapa minit untuk habiskan tetapi kali ni aku pun terkejut. Tak puas hati, sebatang lagi dikeluarkan.

Perkara sama berlaku lagi.

Aku baru terperasan, rokok kan ada asap dia kita akan hembus tu kan? Kalau aku hembus, dah tentu asap tu akan dibawa angin.. Tapi yang peliknya asap tu naik ke atas dan sekejap je hilang.

Dengan segera aku menutup tingkap kereta, menarik nafas panjang kemudian dihela perlahan.

" Kau ni dah kenapa? ," secara tiba-tiba Gideon bersuara membuatkan aku terkejut.

" Takde arr, eh kau kenapa tak tidur? ," aku menyoalnya kembali.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

" Kalau aku tidur, siapa nak teman kau borak nanti? ," dia menjawab pertanyaanku selamba.

Aku hanya mendiamkan diri.

" Memandangkan jalan jauh lagi, apa kata kau dengar cerita aku. Nak? ," dia mencadangkan ideanya.

" Oke "

Gideon bangun menegakkan tubuhnya, pergh bersemangat tol nak cerita dengan aku ni.

" Makcik aku pernah cerita pasal dia dengan kengkawan dia lalu satu jalan ni. Dengar kata, jalan tu memang keras. Aku just dengar je, tak kata apa pun.. ," Gideon memulakan ceritanya.

" Lepas tu? ," aku menyoalnya agar dia meneruskan perkongsian tadi.

" Diorang lalu je, then kawan dia yang duduk belakang tu tiba-tiba menjerit. Makcik aku tengok arr kenapa kawan dia tu. Tapi takde apa, bila sampai je dekat kampung.. kawan dia bukak cite apa yang jadi masa perjalanan tu.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now