PART 2 | HANTU KUM-KUM

80 2 0
                                    

Keadaan kembali sunyi sebelum..

" Segmen kita kali ini ad-- "

(bunyi radio rosak)

" Kau boleh main-main pulak dengan aku eh "

Bayangkan. Radio yang aku turn off tadi tiba-tiba turn on dengan sendirinya. Pada mulanya memang elok sebelum suara penyampai radio itu semakin hilang dan hilang..

Kemudian..

Aku menutup radio itu semula apabila satu lagu yang dimainkan di radio tersebut membuatkan bulu romaku meremang.

" Seharum bunga yang menggoda.. Sekadar di pandang usah di puja.. Kau pasti tak per-- per-- shsjzhshshsh "

Off!

" Astaghfirullahalazim! Lindungilah aku, Ya Allah.. Permudahkan jalan pulangku ," mulut terkumat-kamit membaca surah yang di hafal.

Tekan minyak, sumpah aku pecut balik rumah. Okay aku tinggal dekat apartment murah je, tingkat 5. Parkir kereta agak jauh dari blok flat aku.. jadi aku terpaksa membuka langkah besar untuk sampai ke lif.

Jalan punya jalan, akhirnya sampai depan lif. Bulu roma still meremang, tangan naik memeluk diri. Mata memandang ke arah sekeliling.

Kawasan tu gelap beb. Sumpah gelap. Cuma ada lampu jalan yang warna oren, tu pun samar-samar je sebab lampu tu dekat area parking lot.

Aku menekan butang lif. Ok, biasanya bila kau tekan butang lif tu nak suruh lif tu turun ke ground punya level.. mesti dia ada satu cahaya dekat butang tu kan? Selalunya warna kuning. Tapi, malam ni cahaya tu takde.

Tekan sekali lagi, still takde.

Ah sudah.

" Lif rosak ke? Ya Allah, masa ni jugaklah kau nak buat hal ," rungutku dalam hati.

Mata mengerling ke arah jam tangan.

2:55 pagi.

Aku rasa harini laa aku paling lewat balik rumah. Dah nak dekat pukul tiga weii.

Aku berfikir sejenak.

" Naik tangga? Erghhh! Stressnya! "

Ok, nak tak nak.. Aku kena jugak naik tangga. Sekarang ni aku dah seram, dah gelap. Kau ingat aku akan stay sini je?

Aku berjalan menuju ke arah pintu tangga emergency yang ada di sebelah kiri. Tarik nafas.. Huhhh.. Aku boleh!

Ya Allah, sampai tingkat 3 pun aku dah letih. Langkah dilajukan sehingga sampai di tingkat bilik apartment aku iaitu tingkat 5.

Bukak je pintu tangga tu, cahaya terang menyinari pemandangan aku.

Nak sampai depan pintu apartment aku, kena lalu depan lif tau. Okay, depan lif pulak ada satu sofa yang memuatkan dua orang duduk dekat situ.

Kau tahu? Aku sampai tingkat 5 jam betul-betul tepat menunjukkan pukul 3 pagi.

Pintu emergency pun dah tutup. Aku berjalan perlahan-lahan melintasi lif di mana kawasan situ agak suram berbanding koridor unit apartment situ.

Perlahan-lahan..

Aku guna wedges ea. Jalan perlahan still kedengaran bunyi telapak kaki aku. Yelah, koridor sunyi and kau sorang yang berjalan dekat situ memangla bergema bunyi dia.

Lalu depan lif.

Kemudian, ada satu benda yang menarik perhatian aku untuk berhenti.

Bila aku lalu tadi, sumpah depan lif i mean dekat sofa tu kosong. Takde orang.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now