4 | AMBER COURT

65 6 1
                                    

Amber court. Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar tentang kewujudan apartmen ini?

Amber Court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highlands yang sering dikaitkan dengan bangunan berhantu . Bangunan ini mempunyai 23 tingkat . Ianya juga merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Apartmen ini mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands. Sejauh mana kebenaran , kita juga tidak dapat memastikannya .

Dengarkan kisah rakan kongsi kita, Ziyyad (bukan nama sebenar) yang ingin berkongsi pengalamannya ketika menginap di salah sebuah bilik yang terdapat di Amber Court.

.

( rekaan sahaja )

Saya Ziyyad, berasal dari Kedah . Jadi , nak dijadikan cerita.. saya dan beberapa lagi teman telahpun berbincang dan menentukan tempat percutian yang akan kami pergi pada cuti semester yang bakal mengunjung tiba .

Mereka telahpun memilih sebuah bangunan yang diberi nama Amber Court, Genting Highlands.

Dalam banyak tempat penginapan di situ, kami tertarik dengan bangunan yang satu ini . Oleh disebabkan itu, ya semua orang bersetuju untuk menginap di situ sepanjang percutian .

" Kalau korang on, aku on jugak arr hahahaha ," kata Luke disertakan dengan senyuman manisnya .

Mereka terangguk-angguk , tanda setuju .

27 September 2017

Sampai sahaja di Amber Court, aku memarkirkan kenderaan di parkir yang tersedia . Luarannya nampak usang dengan warna lumut keperangan . Mungkin kesan cuaca lembap di puncak .

" Sejuk sial , gile aku pakai empat lapis baju pun tak hilang lagi rasa sejuk ni ," adu Aliff kepada rakan-rakannya .

Okay, kami hanya bertiga . Takkan nak bawak ramai-ramai nanti tak cukup pula tempat nak tidur , ada yang tidur dekat tong sampah karang hahahaha.

" Dah arr, korang tunggu aku dekat sana . Aku uruskan hal bilik , settle je kita naik ," kataku sambil mengeluarkan dompet dari kocek seluar .

Luke dan Aliff hanya menurut sahaja .

Aku berjalan ke arah sebuah bilik kaca dimana ianya adalah kaunter pendaftaran . Kosong . Tiada orang . Aku pun menekan butang loceng yang tersedia di tepi pintu kaca tersebut .

Ding dong..

Klakk..

Pintu terbuka dengan sendirinya . Seorang lelaki kelihatan seperti warga asing , maksud aku dia bukan macam orang kita .. Lebih kepada warga asing macam bangladesh arr gitu . Faham tak? Kalau tak faham sudah .

" Apa boleh saya bantu ? "

Soal lelaki itu sopan . Pakaiannya elok sahaja , tidak seperti yang korang jangkakan .

" Saya dan dua orang lagi kawan saya datang jauh , ingatkan nak menginap di apartmen ni sekiranya ada bilik lebih ," kataku juga dengan nada sopan , aku menggaru kepala yang tidak gatal .

Dia terus berjalan menuju ke arah mejanya . Apa jawatan dia ni ? Aku pun tak tahu .

" Saya manager tempat ni . Tunggu sekejap, biar saya periksa bilik kosong yang ada ," ujar lelaki selaku pengurus kepada bangunan ini .

Aku mengangguk kepala beberapa kali .

Seusai mendapatkan bilik , sempat lelaki itu berpesan ..

" Hati-hati , jangan main dengan benda yang bukan lawan kita . Takut diri sendiri tak terjumpa ," katanya sebelum berlalu pergi meninggalkanku.

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now