12 | JANGAN TEGUR (P1)

46 0 0
                                    

Hai, assalamualaikum.
Kenal aku? Mestila. Setiap malam korang tekan status aku takkan still tak kenal aku? Huwahhhh! >_<

So, FOA aku nak minta maaf sekiranya cara aku berkongsi cerita ni macam aku borak dengan kawan aku sndiri. Mungkin sebahagian dari korang tak suka cara penyampaian aku yang suka merepek ni tapi apapa pun cara aku lantak aku la ehehe.

Korang baca, korang comment. Comment laa apapun even kau tak rapat sekalipun dengan aku, tak sama batch ke whateverla aku still layan korang macam kawan aku. Jangan mawahh :((

Dahla cukup merepek malam ni, jom dengarkan satu cerita yang aku baru tulis tadi. Sebenarnya aku takde idea so kalau apa yang tertulis dalam ni sangatlah merepek silalah skip ya.

IDEA : @hziqdnsh (abang aku)

Nama aku Faliq. Lepasan SPM lagi, kerja pun belum dapat. Menganggur la. Aku baru lagi dalam bidang berkongsi cerita ni tapi aku tetap nak share satu pengalaman aku. Siapa yang suka main lepak sampai lewat malam pastu balik guna moto? Cuba mengaku. Mana tahu kita spesies yang sama.

Aku ni jenis yang suka lepak waktu malam. Kalau petang, jarang sangat sebab tu waktu tidur aku. Yeah, life seorang lelaki bujang kan? Habiskan waktu dengan lepak, keluar rumah jumpa kawan. Balik rumah, mandi, makan and tidur. Rutin yang sama berulang setiap hari.

Ibu dan abah aku jenis yang tak bising. Asalkan aku balik sebelum subuh. Nak dijadikan cerita, aku terkena gangguan yang pertama ni dah masuk dua kali rasanya.

Tapi yang kali pertama tu, masa tu aku balik dari rumah kawan aku iaitu Izz. Dia tinggal di salah sebuah teres dua tingkat, lokasinya aku tidak dapat sebutkan.

Aku malas nak reka nama kawasan perumahan . Taman melati lah ya?

Okay dekat taman melati ni dia dekat dengan kawasan pantai au. Means, taman ni dibina banyakbanyak rumah la memang kawasan perumahan tapi ada satu jalan di mana jalan tu ramai orang panggil sebagai jalan belakang Taman Melati.

Yalah sebab dia belakang.

Jalan tu selalu aku guna untuk pergi ke rumah Izz which is rumah dia area belakang ii betul-betul bersebelahan dengan pantai tu. And berdekatan situ jugak ada satu pokok yang besar. tinggi takla tinggi sangat tapi..

Aku tak tahu la nak desc macam mana, tapi kawasan tu dipagar. Pernah ada kes orang lemas, haa lepas tu laa kawasan tu dipagar.

Aku bukan nak cerita pasal pantai tu, aku nak cerita pengalaman aku yang pertama masa aku on the way balik ke rumah.

Macam biasa, aku hidupkan moto. Ni dah menjadi tabiat aku untuk hisap sebatang rokok sebelum mulakan perjalanan. So, Izz pun follow sama. Dia keluarkan sebatang rokok.

Lebih kurang 5 minit, kami habis berborak dan akhirnya aku berpamit.

" Hati-hati balik, jangan bawak laju sangat bro. Kalau rasa berat, dia nak ikut kau balik la tu ," pesan Izz celupar.

Eh apa ke bodohnya kau pesan macam tu tengah-tengah malam buta ni?

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku pun menunggang motosikal aku dengan kelajuan yang sederhana. Maaf ya, author bab ii moto ni low sikit.

Bila aku nak keluar dari simpang jalan belakang Taman melati ni, aku perlu lalu sebuah rumah yang kosong tau tak.

Aku pernahlah tanya dekat member aku tu, asal rumah ni dikosongkan? Nak tahu apa sebabnya? Dia kata rumah ni pernah ada kes bunuh . Family ni kena serang dengan perompak masa dorang tengah tidur and semua terkorban . Roh family tu still bergentayangan berlegar-legar menjaga rumah tu .

Horror Story | [ON-GOING]Where stories live. Discover now