29. Bersama dengan saya untuk selamanya

2.1K 172 6
                                    

Jackson apalagi dia membuka mulut hendak bersuara. Mana mungkin la dia hendak membiarkan Zara menginjak dirinya begitu saja. "Hei...kau dengar sini ya, aku tak-"

Dan Zara pun lebih kurang samanya juga. Dia tidak memberi Jackson peluang untuk menjelaskan diri sendiri.

"Atau apa rasanya perasaan Encik James nanti bila tahu anak perempuan kesayangan dia telah dicabul oleh anak dekan yang selama ni dia support?"kata Zara bernada tertanya-tanya. "Hm...he probably so pissed right?"agahnya lagi.

Kening Jackson berkerut kebingungan. Dia memandang cuak ke Zara sebelum melepaskan cengkaman dari kolar Zara kasar-kasar. Tak guna betul!

"Dasar si pelik!"getus Jackson. "Tak hairanlah kenapa Kennedy sendiri bencikan kau..."getusnya dengan benci.

Zara membetulkan pakaiannya sebelum duduk menyilang kaki di bangku tersebut. "So what?Kau fikir aku akan peduli dengan semua tu ke?Little did you know, aku nampak apa yang kau buat dekat cafeteria hari tu...rasanya kan kalau hal ni sampai dekat telinga bapak Kennedy sendiri...aku tak rasa cerita ni akan berakhir dengan baik..."

Mata Jackson dan rakan-rakan lelaki itu pun membutang bulat. Memasing kelihatan seperti orang tertangkap buat salah.

Zara sandar rehat pada bangku seperti bos besar sebelum melalukan tangan ke arah dua rakan Jackson supaya lepaskan Daniel. Yang mana mereka berdua turuti dengan patuh.

"Ka-kau nampak?"gagap Jackson.

Zara menjungkit kening tanda dia mengangguk.

"So...masih lagi nak pukul aku?"cabar Zara.

Daniel kembali duduk di sebelah Zara dengan air muka tergamam dan terkejut. Nafasnya dihela panjang.

"Itu salah dia jugak sebab pakai macam tu!"balah Jackson yang tidak mahu kalah.

"Well dia perempuan..ada hak untuk pakai apa dia nak...sementara kau..tak ada hak nak cabuli dia macam tu sekali...tak malu ke?"soal Zara.

Jackson sudah kecacingan, tidak dapat berdiri tegak dan tenang selepas mendengarnya. Mati kutu untuk membalas kata-kata Zara. Bagaimana Zara boleh nampak!?

Rahang Jackson berketik menahan sabar.

Zara meletakkan tangan di kepala bangku dia duduk lalu menopang kepala di atas tangan itu.

Mereka di situ saling membalas renungan.

Sementara Daniel sejak tadi mendiam dan memerhati Zara. Dan kerana dia memerhatikan  Zara sejak tadi, Daniel mengesan sesuatu dari balik renungan sedih di mata Zara itu. Yalah...Kenapa Zara kelihatan sedih?Bukan ke apa yang Zara lakukan adalah perkara yang baik?

"Fine...kau menang. Kalau benda ni sampai dekat orang tua tu...dan ayah aku dapat masalah. Orang pertama yang aku cari adalah kau!"ugut Jackson.

"As you wish princess.."Zara memandang Jackson dengan perasaan kecewa. Kenapa semua lelaki berperangai tidak guna. Tiada lagi ke lelaki yang berperikemanusiaan dan menghormati wanita. Adakah lelaki dilahirkan dan dicipta untuk menyakiti kaum wanita?Bukan ke sepatutnya mereka menjadi pelindung kaum wanita?

"Aku warning kau ni Zara!"tegas Jackson lagi memberi jari satu ke depan muka itu.

"Apa-apa aje lah...."Zara lambai tangan menghalau ke mereka dengan muka tidak pedulinya.

Oleh kerana dia tahu yang dia tidak akan menang dengan pertengkaran itu, Jackson ambil keputusan untuk beredar dari situ dengan rakan-rakan lelaki itu tanpa berlengah. Meninggalkan Zara dan Daniel sendirian di bangku tersebut.

Sejurus itu, Zara melepaskan hela nafas letih. Kepalanya tunduk memandang ke bawah bersama mata terpejam rapat. Penat!

Daniel di sisi teragak-agak mengangkat tangan lalu mengusap belakang badan Zara.

"Awak buat kerja yang baik. Good job Zara." puji Daniel dengan renungan redupnya ke Zara.

Zara mengangkat kepala, menarik senyuman nipis di bibir. Menatap wajah Daniel dengan perasaan lega. Mungkin bukan semua lelaki jahat...mungkin masih ada lelaki yang berhati murni di luar sana.

"Saya tak tahu macam mana nak balas semua yang awak dah buat untuk saya Zara..."senyum lelaki itu dengan ikhlas. Ya, dia tak tahu. Banyak Zara dah buat untuk dia sampai tak terkira budi gadis ini. Dan hanya dia sahaja yang tahu sisi rahsia Zara ini.

Sejak hari pertama Daniel jejak kaki di situ, Zara adalah orang pertama yang tawarkan diri untuk menolongnya. Zara juga yang membantu Daniel sewaktu dia kehilangan ID pelajar. Bukan setakat itu saja, Zara juga yang membantu Daniel sewaktu Daniel dijadikan sebagai bank bergerak oleh rakan sekuliah yang lain. Tak cukup dari tu Zara yang selalu mempertahankan diri Daniel bila Daniel ditindas atau di buli. Ada masa tu Daniel punya dompet kena rampas dengan pelajar lelaki yang lagi kuat dari Daniel sampai tak dapat nak makan satu hari tu. Zara sendiri yang berikan makanan pada Daniel.

Sampai la sekarang, Zara tak pernah berhenti bantu Daniel membuatkan mereka berdua rapat dan berkawan sehingga sekarang Dan tak pernah sekali pun Zara mengungkit mahupun minta balasan. Yang mana membuatkan Daniel serba salah dan malu.

Sambil tersenyum manis, Zara menepuk bahu Daniel.

"Ada...ada satu perkara yang senior boleh lakukan untuk saya.."sengih Zara dengan nakal.

Daniel berkerut kening tidak faham. Namun dia juga ingin tahu.

"Apa perkaranya tu?"

Zara tersenyum lebar sampai mata dia ikut tersenyum.

"Belanja saya aiskrim Baskin Robbin.."sengih Zara sambil menari-narikan keningnya.

Daniel yang dengar terus ketawa. Tingkah Zara itu telah mengamit hati lelakinya. Terus dia cubit perlahan pipi Zara. Ingatkan perkara penting apa la tadi. Berdebar tak memasal dia dibuatnya.

"Ingatkan apa la tadi...aiskrim aje pun..tak perlu tunggu awak mintak, saya sendiri akan belikannya Zara.."

"Oh really?Kalau macam senior kena la belanja saya makan setiap hari begini ya?"

"Belanja makan aje ke?"malu-malu Daniel bertanya. Dia tidak berani hendak memandang Zara.

Soalan itu membuatkan Zara memandang sedih ke Daniel. Layak ke dia minta lebih dari ini? Sejak dia berkawan dengan Daniel sedikit sebanyak lelaki itu sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya. Kehadiran Daniel saja sudah mencukupi. Mana mungkin la dia nak minta lebih-lebih. Tamak sangat pulak nanti.

Masakan tidak, selain Sarah,Daniel adalah insan yang juga sebahagian dalam hidupnya. Sebab itu dia tidak berkira dengan Daniel atau teragak-agak untuk membantu Daniel sewaktu Daniel dalam kesusahan.

"Boleh tak senior bersama dengan saya untuk selamanya?" minta Zara dalam hati dengan perasaan berharap yang mana dia tahu perkara itu mungkin tidak akan pernah terjadi. "Kalau macam tu senior kena tolong bawakan beg saya selama sebulan ni..."ajunya bernada gurau tidak maksudkannya.

Daniel menggigit Bawah bibirnya dengan renungan terkilan. Bukan itu yang dia mahu dengar dari Zara sebenarnya.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now