Selepas hampir sebulan lebih mereka duduk di rumah asal Puan Belinda. Kesihatan Puan Belinda perlahan-lahan membaik. Malah semakin sembuh dan kelihatan lebih bertenaga seperti biasa.
Semuanya atas jasa baik dan perhatian yang diberikan oleh semua orang terutama sekali Daniel dan Taylor terhadap kebajikan Puan Belinda.
Sepanjang masa itu, sedikit pun mereka tidak pernah membiarkan semua kelengkapan Puan Belinda kurang. Sementara Zara pula banyak meluangkan masa bersama Puan Belinda. Berborak tentang itu dan ini serta mengisi masa yang ada dengan berbual, memasak mengubah bunga mahupun mengait.
Walaupun Puan Belinda senyum dan ketawa sepanjang masa. Zara tahu neneknya itu sangat merindui anak tunggal perempuannya yang sudah bertahun lama hilang dan berpisah tanpa khabar berita. Lagi-lagi bila mereka di dalam rumah kelahiran ibu Zara.
Dan hasrat terakhir Puan Belinda sendiri adalah melihat anak perempuannya sebelum dia menghembus nafas yang terakhir.
Kerana itu Zara merancang akan hal ini. Sejak awal lagi dia bersungguh untuk mengesan keberadaan ibu kandungnya.
Maka bersama-sama dengan Daniel dan Taylor, selama sebulan penginapan disitu mereka telah merancang dan mengatur perjumpaan buat julung kalinya untuk Puan Belinda.
"Zara kita nak ke mana ni?Perlu ke kamu dandan nenek macam ni sekali?"tanya Puan Belinda sewaktu Zara mengenakan gincu pada bibirnya.
"Kita akan pergi ke pameran galeri terbesar dan terkenal dalam abad ni..."jawab Zara sewaktu mengoles gincu dengan berhati-hati pada bibir Belinda. Sampai lidahnya terjelir sedikit keluar kerana terlalu fokus.
Kening Puan Belinda berkerut tidak faham.
"Buat apa kita ke sana?"tanya Puan Belinda sewaktu Daniel berjalan masuk ke dalam bilik tidur Puan Belinda dengan tali leher tergantung di sekeliling bahu tidak terikat.
"Awak dah habis belum?Tolong saya ikatkan tali leher ni?"cemberut Daniel dengan muka tidak puas hati kerana gagal untuk mengikat tali leher dengan sendiri sejak setengah jam yang lepas.
Tersentak dua orang itu kerana kemunculan tiba-tiba Daniel.
Zara menurunkan tangan lalu memandang wajah Puan Belinda dengan senyuman puas. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menyolek orang lain sedangkan dirinya tidak suka bersolek. Tapi dia telah lakukan kerja yang bagus.
"Dah..."Zara kemudiannya menoleh untuk menghadap Daniel. Kemeja itu kelihatan sangat segak untuk Daniel. Walaupun berkaca mata lelaki itu tetap kelihatan kacak dan segak . Berdebar hati dibuatnya. "Sini..."mintanya.
Daniel berdiri menghampiri Zara. Membiarkan jarak sejengkal di antara mereka.
Sewaktu Zara sedang mengikat tali leher perhatian Daniel terarah pada Puan Belinda.
"You look gorgeous Belinda..."ucapnya dengan senyuman lebar di bibir.
Puan Belinda yang waktu itu sedang menyarung kot teba kolarl berbulu di badan ketawa kecil.
"Kamu apa kurangnya Daniel, segak seperti biasa..."seloroh wanita itu.
Mendengar perbualan itu membuatkan Zara tersenyum sewaktu tangannya sibuk melilit tali leher Daniel . Tetapi tiba-tiba satu lintasan cahaya terang muncul di depan mata, menyebabkan Zara tersentak sebelum dia menyandarkan dahi ke dada Daniel. Kepalanya berdenyut kuat menyakitkan yang amat sangat sampai nak buka mata pun tidak mampu. Nafasnya tertahan seketika.
Daniel yang menyedari hal itu sedaya upaya mengawal ekspresi wajahnya supaya tidak kelihatan cemas. Tangannya naik memegang pinggang Zara secara refleks.
"Eh...Zara. Apa ni...kan kita dekat depan nenek ni...kalau ya pun nanti lah..."gurau Daniel sewaktu Puan Belinda memandang ke arah mereka berdua. Senyuman kekok yang terpaksa di ukir sedangkan cemasnya hanya Tuhan saja yang tahu. Larat ke Zara ni?Sakit sangat ke?Perlu ke mereka ke hospital?Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran Daniel.
Puan Belinda yang dengar menarik senyum segan lalu bergerak keluar dari situ setelah melilit mafela sekitar lehernya.
"Nenek keluar dulu kalau macam tu...kamu berdua ambil lah masa..."sakat wanita itu semasa berlalu pergi.
"Hahaha...mana ada nek..."nafi Daniel mengekori langkah Puan Belinda sehingga la pintu biik tertutup rapat.
Selepas seketika bersandar pada Daniel, Zara gagahkan diri mengangkat kepala memandang Daniel.
"Awak okay?Larat tak ni?"soal Daniel dengan risau sewaktu menilik wajah Zara. Tangannya mengusap tepi pipi ity.
Zara mengangguk kepala saat berkerut kening menahan sakit.
"Nak tak nak saya kena laratkan jugak. Kalau bukan sekarang bila lagi..."ucap Zara saat memicit tepi pelipis kepalanya.
Melihat penderitaan Zara membuatkan Daniel semakin dipagut rasa takut dan risau. Dia takut tapi tidak mampu menegah semua ini sebab Daniel tahu dia yang mahu lakukannya.
"Zara...tolong hentikan semua ni..."minta Daniel dengan kening mencerlung risau.
Zara menggeleng kepala sambil berkerut kening kerana dalam kesakitan.
"Saya tak boleh Daniel...saya tak ada masa yang banyak lagi.. "Zara memandang Daniel dengan tatapan merah bergenangan dengan air mata.
Akhirnya kepala Daniel jatuh tertunduk ke bawah. Mata itu terpejam rapat. Bibirnya menggigil kuat.
"Saya tak kuat Zara...saya tak kuat lihat awak begini.."ucap Daniel sambil menekup sebelah muka dengan tapak tangan dan menangis.
Zara pandang kepala Daniel dengan sedih lalu menarik kepala lelaki itu berehat di bahunya.
"Shhh...semuanya akan berakhir dengan baik. Saya janji pada awak.."pujuk Zara.
Daniel mengangguk kepala faham. Lelaki itu kemudiannya melingkarkan tangan sekeliling pinggang Zara dan menangis tanpa suara.
Di luar pintu bilik, berdirinya Taylor di tepi dinding sebelah pintu. Bersandar di situ dengan renungan dingin tiada emosi sewaktu mendengar perbualan dua orang tersebut sejak Puan Belinda beredar.
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
General FictionLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...