Klip besi di ambil dari dulang sebelum di klip pada hujung kain pembalut itu sebelum sepasang gunting di letakkan dalam dulang semula.
"Okay. Dah."jawab doktor yang memberi rawatan pada tangan melecur Zara selepas Zara di bawa ke situ oleh lelaki misteri bersut dari kafe tadi.
Serius beritahu Zara masih tidak tahu bagaimana situasi boleh berakhir dengan dia di bawa lelaki misteri ini ke hospital?
"Terima kasih...sebenarnya saya tak nak-"
Doktor itu terus potong percakapan Zara.
"Cik patut...lagipun kesan melecur tu agak serius..kalau cik tak dapatkan rawatan cik mungkin akan dijangkiti kuman dan lecur itu akan melarat..."sampuk doktor itu. "Cik patut berterima kasih pada teman lelaki cik sebab telah beri rawatan cemas sebelum ke sini.."
Mata Zara terbutang luas mendengar perkataan teman lelaki itu. Terus dia menggeleng kepala.
"Ehh...dia bukan teman lelaki saya..."tunjuk Zara dengan ekor mata pada lelaki yang berdiri di tepi pintu dengan tegak tidak bergerak sejak tadi seperti bodyguard. Sampaikan dia boleh merasakan renungan tajam dari lelaki itu dari belakang kepala lagi.
Sementara lelaki tersebut hanya memerhatikan doktor yang merawat Zara sejak tadi dengan renungan dalam serius ya.
Doktor itu menarik senyuman kekok pada Zara. Selepas mendengarnya. Salah sebut pulak. Yakah sesiapa pandang akan berpendapat sama seperti dia.
"Oh ya ke...saya ingat kan tadi teman lelaki...sebab dari tadi dia tengok saya sentuh tangan awak macam nak potong tangan saya jer?"bisik doktor itu depan muka Zara.
Zara yang dengar ketawa kecil mendengar kata-kata itu. Dah kenapa pulak cakap macam tu!?Jangan nak buat lawak boleh tak!
"Teman lelaki?Hahaha...bertuah lah hidup saya.." senyum Zara. Siapa aje yang nakkan perempuan malang sepertinya ini jadi pasangan mereka.
"Dah selesai?" sampuk lelaki di belakang pada doktor tersebut sambil mendekati mereka berdua yang berada di katil pesakit dengan tiba-tiba.
Zara dan doktor tu berpaling serentak. Terkejut sebab tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara. Buat mereka sedar dalam bilik tu bukan ada mereka berdua sahaja sejak tadi.
Doktor itu serta merta berdehem lalu bangun dari situ dan menyeluk tangan ke dalam poket.
"Dah. Dapatkan ubat anti biotik dan krim di farmasi nanti. Pastikan elak dari bersentuhan dengan air selama seminggu sehingga kesan lecur itu kering..."pesan doktor itu sewaktu lelaki misteri tadi memimpin Zara turun dari katil rawatan.
"Terima kasih."ucap Zara dengan senyuman di bibir.
"Kasih diterima.."gurau doktor itu sambil mengenyit mata.
Zara yang lihat memandang terkejut sementara lelaki bersut tadi sudah berdehem tidak selesa.
"Jom kita balik..."gesa lelaki di sebelah sambil membuka pintu untuk Zara.
Lelaki itu memegang belakang badan Zara. Mendorong gadis itu supaya bergerak ke depan dan keluar dari ruangan tersebut dengan wajah dingin tanpa emosi.
Zara menyeluk tangannya yang berbalut ke dalam poket hoodie yang dipakainya. Matanya mengerling sekitar hospital itu dengan renungan teringin.
Sepertinya dia berada di hospital yang sama di mana neneknya menginap.
Teringin untuk menjenguk neneknya sekali lagi. Tapi dia tak boleh ambil risiko. Kalau dia pergi sekarang James pasti akan memindahkan neneknya ke hospital lain tanpa pengetahuan dia lagi. Yang mana dia tidak ingin ia terjadi sekarang kerana keadaan dia tidak mengizinkan untuk keluar mencari.
"Siapa nama awak?"soal Zara sewaktu mereka berhenti di depan pintu lif.
"Nama saya Taylor, cik..."jawab lelaki itu dengan formal.
"Siapapun awak. Terima kasih. Sebenarnya awak tak perlu susahkan diri untuk bawa saya ke hospital bagai...saya boleh uruskannya sendiri..."ujar Zara tepat pada masa pintu lif terbuka.
Lelaki itu membiarkan Zara jalan masuk terlebih dahulu sebelum dia.
"Tugas saya."jawab Taylor dengan nada mendatar.
Zara berpaling.
"Tugas awak?"keningnya berkerut. Maksudnya?
"Ya."angguk Taylor.
"Siapa hantar awak ke sini? Dan kenapa saya rasa seperti pernah nampak awak?"Zara memandang Taylor yang berdiri di sebelah kanannya.
Taylor tidak menjawab. Lelaki itu berdiri memandang ke depan dengan kedua-dua tangan berada di depan perut. Lelaki itu berpostur seperti seorang pengawal keselamatan. Selepas pintu tertutup suara lelaki itu kedengaran semula.
"Saya dihantar oleh Tuan saya."jawab Taylor. "Kita memang pernah berjumpa. Di kafe tempoh hari.Tapi cik tak perasan saya...."
Zara memandang terkejut.Keningnya terangkat tinggi!Dihantar oleh tuan?Siapa pulak?
"Well I can't help it..pelanggan keluar masuk sepanjang masa, mana saya nak tahu awak seorang dari mereka..."bidas Zara.
"Lelaki berhoodie yang pakai headfon. Itu saya.."kata Taylor.
Zara membuat mulut 'o' sambil mengangguk kepala saat memandang ke depan. Rasanya dia ada nampak, tapi itulah dia mudah cepat lupa. Jadi dia tak dapat nak ingat semuanya.
"Tapi siapa tuan awak...saya kenal dia ke?"soal Zara lagi sewaktu pintu lif terbuka.
Taylor memegang belakang badan Zara. Mendorong Zara keluar dari situ.
"Bila masanya tiba cik akan tahu..."ujar Taylor tanpa memandang Zara.
Hm?Zara sekadar menjungkit kening tidak bertanya lebih mengenainya lagi selepas itu. Apapun ia dia harap orang itu tidak menyusahkan lagi hidupnya yang sedia susah ini.
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Algemene fictieLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...