40.No...money and power is my happiness nothing else.

2K 148 0
                                    

Selepas selesai sesi makan-makan mereka semua meluangkan masa seketika dengan berborak dan menikmati hidangan dessert. Tepat jam empat petang barulah Encik Benz minta diri untuk pulang.

Di hadapan laman rumah, satu persatu kenderaan bergerak pergi dari kawasan parkir.

Empat beranak sekeluarga berdiri tegak memerhati tetamu mereka berangkat. Encik James bersama Puan Kayla di sisi berdiri di bawah tangga, Kennedy berada di depan pintu dengan tangan bersilang tidak puas hati, sementara Zara berada di tepi Encik James sewaktu Zara memerhati Sarah berwajah sugul masuk ke dalam kereta.

Infact sepanjang sisa perjumpaan mereka, Sarah tidak berkata apa-apa selain menjawab bila di tanya. Selebihnya Sarah mendiamkan diri. Begitu juga dengan Zara. Dia acap kali cuba untuk tidak mengerling ke Sarah keran enggan membuatkan marahnya tersisa.

"Puas hati sekarang?"tanya Zara termenung melihat kereta Sarah beredar keluar dari laman. Bawah bibir di gigit.

"Lebih daripada puas...dan kamu?Macam mana seronok tak?"jawab Encik James sambil berdiri menghadap Zara.

Zara memalingkan kepala memandang Encik James. Renungannya kosong tak berminat. Air mukanya kaku.

"Kamu pasti terkejut bukan kenyataannya kamu bersahabat baik dengan Sarah tetapi tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Hahaha...sekarang kamu akan berkahwin. Jadi mulai sekarang mula la belajar jadi perempuan berotak sikit..."ujar Encik James dengan nada bongkak.

Pfft!Jangan nak melawak. Zara berdengus mengejek. Berasa lucu mendengar kata-kata ayahnya.

"Wah...hebat sungguh kau kan James. Bukan setakat kau telah merosakkan hubungan aku Bersama Sarah dan sekarang kau hendak mencipta persengkataan dengan musuh kau sendiri menggunakan perkahwinan yang kau sendiri tahu aku akan menolaknya.."soal Zara dengan senyuman sinis di bibir.

Encik James menggeleng kepala perlahan. Lantas mengusap kepala Zara.

"Perkahwinan kamu dengan keluarga Benz akan menjamin masa depan dan nama syarikat kita Zara...tiada yang rugi, Kamu dapat bersuamikan lelaki paling berpengaruh dalam negara ni dan ayah dapat kuasa dan saham terbanyak dalam sejarah..."

Zara tatap wajah Encik James dengan renungan berkaca. Berasa tidak percaya yang dia dilahirkan dari lelaki berupa iblis ini. Lucu sungguh!

"Sampai bila kau akan kejar harta dan nama?Kau tahu kekayaan tu takkan menjamin kebahagiaan selamanya?"ujarnya sudah berputus asa hendak berbalah.

Kemudiannya Encik James mengusap pipi Zara pula.

"No. You're wrong. Only money and power can give me happiness. Nothing else."ucap Encik James dengan senyuman lebar di bibir.

"Adakah semua ni akan buat kau bahagia?"tanya Zara lagi.

James mengangguk kepala.

"Kalau macam tu jawapan aku tidak. Tak mungkin aku akan korbankan kebahagiaan aku demi ketamakan kau semata..."kata Zara sambil menatap wajah Encik James dengan renungan sedih dan rindu. Berharap dia dapat rasa apa itu kasih seorang ayah. Apa rasanya kalau dipeluk dengan ayahnya itu. Apa itu erti keluarga sebenar.

"Of course kamu akan cakap macam tu. Kamu jangan lupa nyawa nenek kamu ada dalam tangan ayah Zara. Setuju atau tidak kamu akan tetap bertunang dengan Damon..."angguk lelaki itu sebelum beredar dari situ.

Zara melepaskan hela nafas panjang. Tak tahu nak cakap dengan James macam mana lagi. Lalu perhatian Zara beralih pada Puan Kayla yang sejak tadi memberi renungan seperti mahu membunuhnya.

Tapi Zarasikit pun tak terkesan. Bukannya sekali dua Puan Kayla pandang dia macam tu.

"Sebelum kau marahkan aku...salahkan James untuk semua ni..dia yang rancang dari awal...kalau dia tak jemput aku dan war-warkan aku adalah anak kandung dia...dia orang takkan pilih aku."Zara berpaling menuruni tangga untuk ke kereta. Dia tidak berniat hendak masuk semula.

Puan Kayla yang dengar tak dapat nak kata apa. Dah memang betul pun apa Zara cakap. Kalau dia marah sekalipun Zara, dia tak boleh nafikan apa-apa alasan sebenar kenapa Benz pilih Zara bukan Kennedy. Zara kan anak kandung James. Jadi besar kemungkinan Zara adalah pewaris sah James. Sementara Kennedy bukan. Sudah jelas la mereka akan memilih Zara kerana status sah Zara.

Pengawal keselamatan yang menjemput Zara tadi membuka pintu sewaktu Zara menghampirinya. Tanpa mengerling ke pengawal itu Zara terus tunduk masuk ke dalam kereta dan memasang seatbelt.

Pengawal itu kemudiannya menutup pintu kereta dan berjalan mengelilingi kereta untuk ke tempat pemandu.

Zara pandang kali terakhir wajah Puan Kayla dan Kennedy semasa kereta itu mula bergerak. Tiada sikit pun garis emosi di wajah Zara waktu itu. Apabila kereta itu sudah keluar dari laman rumah, Zara duduk sandar ke belakang sebelum memejam mata. Menahan rasa sakit yang dirasai.

Sungguh!Dia letih dengan semua ini.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now