58. Suka hatilah

1.9K 143 7
                                    

Bersama renungan dingin Damon berdiri memandang Encik Benz sewaktu ayahnya menyampaikan pesanan kepadanya.

Ayahnya yang beria mengarahkan dirinya ke situ sedangkan dia sibuk hendak bertemu dengan Zara sebentar lagi.

Rasanya sudah kesekian kalinya dia mendengar pesanan ini.

"Ingat semua ini hanya publisiti semata-mata. Pertunangan kamu bersama Zara bukan betul-betul. Bila saham syarikat ayah Zara itu jatuh ke tangan ayah selepas lelaki itu menandatangan kontrak, kamu boleh putuskan hubungan kamu bersama Zara ataupun tidak...terpulang.."ujar Encik Benz.

Kening Damon mencerlung tidak suka. Ugh!Wang dan kuasa tidak dapat membeli kebahagian. Itu yang dia pegang selama menjadi peneraju ayahnya. Selain wang dan kuasa tiada perkara lain yang ada dalam fikiran  orang tuanya. Dan dirinya ini hanyalah sebagai objek untuk ayahnya peroleh semua itu.

"Berapa lama?"soalnya.

"Secepatnya ayah akan cuba dapatkan tandatangan dari Encik James...lelaki tu dah janji kalau kita rasmi menjadi besan mereka. Encik James akan tandatangan dokumen yang ayah palsukan tu...lagipula anak perempuan kandung dia adalah pemegang saham utama ibu mentua dia..."jelas Encik Benz.

Damon mengangguk kepala.

"Damon harap ayah tahu apa yang ayah rancangkan sekarang..."pesan Damon. Gara-gara ketamakan orang tuanya Zara menjadi mangsa keadaan. Tak patut sungguh!

Encik Benz ketawa besar.

"Sudah tentu...kalau ayah tak, mana mungkin ayah lakukan semua rancangan ni.." kata Encik Benz dengan bangga.

Waktu itu la bunyi ketukan pintu kedengaran. Membuatkan dua beranak tersebut berpaling serentak ke belakang.

Pintu terbuka ke dalam tanpa menunggu mereka sahut.

Bila mereka pandang, Zara berdiri di situ.

"Selamat tengah hari..."sapa Zara sewaktu berjalan masuk ke dalam pejabat itu. Masuk-masuk sahaja matanya terarah pada Encik Benz. Setelah itu baru Zara mengerling ke Damon.

"Hai Zara....kamu dah sampai.."sambut Encik Benz dengan senyuman terpaksanya di bibir. Riak mengejek dan seriusnya yang tadi berubah menjadi mesra terus.

Tiba-tiba Encik Benz jalan maju ke depan. Zara yang lihat terus jalan undur selangkah ke belakang menjauhkan diri kerana awas.

"Maaf kalau saya ganggu. Nak saya tunggu luar ke?Mereka beritahu saya yang Damon ada di dalam ni sebab tu saya ketuk pintu dan terus masuk tak tahu pula Tuan ada dalam ni sekali.."kata Zara.

Encik Benz yang perasan ketidak selesaan  Zara itupun menarik senyuman nipis dan berhenti dari mendekati Zara.

"Tak mengapa..kami dah selesai pun..Damon tunggu apa lagi. Pergi lah sana..."gesa Benz.

Damon mengangguk kepala.

"Baik ayah.."Damon jalan mendekati Zara lalu memusingkan Zara untuk keluar pergi dari pejabat itu. "Mari kita keluar Zara..."

Mata Zara seperti mengerling secara sembunyi ke Encik Benz saat dia berpusing. Sementara  itu dia membiarkan tangan Damon di belakang badannya ehingga mereka masuk ke dalam lif. Setelah itu dia menjauhkan diri dari Damon.

Hood hoodie di bawa naik ke kepala. Enggan orang nampak dia bersama dengan lelaki ternama dengan keadaan begitu.

"Tak perlu malu. Tiada apa yang awak perlu sembunyikan..."kata Damon tanpa memandang Zara ekoran perasan akan gerak geri gelisahnya.

Zara menjeling ke arah Damon dibuat komen itu. Tolong sikit ya!

"Siapa cakap yang saya malu."kerut Zara bersama dengusan mengejek.

Damon menjeling ke Zara. Memerhati gaya gadis yang seperti tidak mahu dilihat atau dicam orang.

"Kalau tak malu...kenapa awak nak bersembunyi?"

Hah!Tiada apa yang dia perlu sembunyikan melainkan hal itu buatkan dia jengkel dan tidak selesa la! Zara menyilang tangan ke dada tidak puas hati.

"Saya bukan malu. Sebaliknya saya tak suka di lihat berada di sisi awak. Saya tak nak orang lain tahu yang saya bersama dengan awak sekarang...."luah Zara dengan renggusan kasar.

Damon berkerut kening, dia memandang tidak faham dengan kata-kata Zara.

"Kenapa awak cakap macam tu..." tanya Damon.

Zara memandang Damon sewaktu pintu lif terbuka. Mereka tiba di tingkat bawah tanah dimana kereta-kereta di situ parkir. Malas nak jawab soalan lelaki tu kerana ada perkara lain yang dia ingin lebih tahu.

"Betul ke apa yang saya dengar tadi.." soal Zara sambil berjalan keluar dari situ. Dia dengar perbualan Encik Benz bersama Damon tanpa sengaja tadi.

Langkah Damon terhenti selepas mendengarnya. Air mukanya berubah terkejut taktala dia memusingkan badan itu ke Zara.

Takkan la Zara dengar?

"Berapa lama awak dah tunggu di luar pejabat saya tadi Zara?"Damon memegang lengan Zara dan menarik gadis itu supaya berpaling menghadapnya pula.

Mahu tak mahu Zara  memandang Damon dengan muka selamba tidak pedulinya.

"Cukup lama untuk tahu segala rancangan ayah awak yang cuma mahu memerangkap ayah saya dengan alasan pertunangan kita." Jawab Zara sambil menjungkit bahu bersahaja.

Terbuka mulut Damon kerana dia kelu tak terkata kerananya. Kalau Zara telah mendengar semuanya itu bermakna pelan ayahnya pasti akan terbongkar dan pertunangan mereka akan dibatalkan.

"Apa yang awak rancangkan kalau macam tu?Batalkan pertunangan ni?Dedahkan hal sebenar pada ayah awak?"duga Damon yang sedia maklum akan perangai Zara jenisnya memang tidak suka duduk diam. Pasti ada saja idea Zara nanti.

Zara menjungkit bahu tak peduli. Bukan masalah dia. Sebab yang bakal bertunang nanti Kennedy. Dan yang beria mahu mereka bertunang adalah James. Apa yang berlaku selepas ini bukan la urusan dia untuk difikirkan. "Suka hati awaklah...lagipun James tu tak pernah nak anggap saya sebagai anak dia pun...apatah lagi saya yang tak pernah nak anggap dia ayah saya...so mana satu kereta awak?"Zara berpaling memandang deretan kereta mewah di situ dengan kening terangkat.

"Apa dia tadi?" Damon pandang tepi muka itu dengan bingung.

Tidak menghiraukan pertanyaan itu Zara memandang kanan dan kiri cuba hendak  kesan yang mana satu kereta Damon. "Kalau kita lambat gerak habis jammed... nanti.."

Damon memandang curiga ke arah Zara. Kenapa Zara cakap macam tu?

"Kereta saya ada di sebelah sini.."tunjuk Damon masih dalam kebingungannya.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now