Dengan sisa ketawa Sarah melambai ke arah Zara selepas Zara tiba di depan dewan kuliah.
"Bye babe...jumpa nanti eh."lambai Sarah dengan senyuman lebar di bibir.
Zara melambai tangan ke arah Sarah dengan gelengan kepala. Mudah terhibur betul jadi Sarah ni. Semua perkara nak di ketawakan.
Pantang betul tengok orang susah. Seronok mengetawakan kesengsaraan orang lain. Itulah sikap Sarah. Jenis orang yang pelik!
Sampai sekarang Zara tak tahu macam mana Tuhan boleh aturkan pertemuan mereka dari sekolah rendah sampaikan mereka berumur 21 tahun. Bukan dirancang pun untuk belajar tempat yang sama, bukan dirancang pun untuk duduk satu dorm. Tapi itulah kalau dah jodoh...hujung dunia sekalipun tetap akan bertemu jugak.
Kedebuk!
Saat termenung Zara berpaling hendak masuk ke dalam kelas, namun dia terlanggar sesuatu permukaan yang dia sangkakan pintu sampai buatkan dia jatuh terduduk di atas lantai sesaat kemudian.
"Auw..."aduhnya dengan mata terpejam menahan sakit di tulang punggungnya.
Sekali bila Zara buka mata dan dongak ke atas, dia bertentang mata dengan lelaki berkaca mata bulat beranak rambut menutupi dahi sampaikan nak nampak mata pun tak boleh sedang berdiri di depannya.
"Maaf."ucap Daniel, penuntut extend. Pelajar senior yang repeat tahun sebab tidak habis belajar. Zara tak jelas sangat tentang senior dia yang seorang ni. Apa yang Zara tahu, Daniel ni tangguh kuliah untuk beberapa tahun. Jadi di usia 23 tahun lelaki itu sambung semula belajar di kolej ni sejak tahun lepas. Memburukkan lagi, lelaki ini digelar sebagai nerd dalam fakulti mereka kerana penampilan yang dikenakan.
Maka sudah masuk setahun jugak la Zara satu kuliah bersama Daniel.
Disebabkan penampilan lelaki itu yang agak noob dan nerd. Tidak ramai pelajar perempuan suka dekat apatah lagi bergaul dengan Daniel. Malah diejek dan diperlekehkan lagi adalah.
"It's okay...senior okay tak. Maaflah saya tak perasan tadi. Termenung pulak..."jawab Zara sambil bangun dari situ dan menepuk-nepuk punggungnya.
Pada masa yang sama muncul dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari belakang Zara. Dengan senyuman dan renungan jahat di bibir, seorang dari mereka dengan sengaja menyiku belakang Zara dan menyandung kaki Zara sampaikan Zara jatuh bergerak menghempap Daniel di hadapannya.
Daniel dan Zara yang tidak menjangka kejadian itu tidak sempat hendak berbuat apa-apa. Lalu kedua-dua itu jatuh ke atas lantai dengan keadaan Zara menghempap atas Daniel.
BUK!
Bibir Daniel menyentuh pipi Zara secara eksiden.
KLIK!
Bunyi ketikan kamera kedengaran serentak taktala pelajar perempuan di situ mengambil gambar situasi tadi.
"Get a room guys...awal-awal pagi lagi nak buat scene pulak. Dasar Nerd dan Loser betul la...." ketawa mereka sambil berjalan masuk ke dalam dewan kuliah dengan sisa ketawa mengejek mereka.
Terkebil-kebil mata Zara bila dia lihat keadaan mereka berdua ketika ini. Sementara Daniel yang terbaring di lantai kaku di situ memandang Zara sedangt berkedudukan merangkak atas atasnya.
Zara menjungkit tinggi keningnya bila bertentang mata dengan Daniel. Terkejut sekejap melihat wajah tenang seniornya. Boleh pulak mamat nerd ni cool macam tak ada apa-apa berlaku bila mereka rapat macam ni. Bukan ke nature seorang nerd tu malu-malu. Atau panik ke blushing ke apa kan. Ini tidak, senior depannya ini malah tenang bersahaja. Kenapa Daniel langsung tak nampak terganggu dengan keadaan mereka ini?
Kening Zara mencerun tajam sesaat selepas sedar dari terkejutnya.
"Dia orang ni kan..."deram Zara dengan geram lalu mengangkat kepala, Dia mengetap gigi sewaktu memandang tiga orang pembuli tadi. Tanpa membuang masa, dengan kepalan penumbuk dikedua-dua belah tangan terus dia bangun dari atas Daniel dan berarak mendekati tiga orang pelajar tadi.
Welll!Kalau orang lain mungkin akan diam, tapi tidak dia!
Mereka bertiga langsung tidak menyedari akan kehadiran Zara, tiga orang tu malahan galak ketawa dengan gembira sesama mereka.
Dengan muka bengis keberangan, lengan panjang t-shirt doremon di sinsing Zara hingga ke siku. Mata helangnya dikunci tepat ke sasaran dua orang depannya itu.
Tanpa amaran Zara cengkam rambut dua orang pelajar lelaki tadi dan menarik kepala mereka ke belakang secara mengejut.
"Arghh!"teriak Liam dan Hale dengan serentak apabila kepala mereka dongak ke belakang secara tiba-tiba.
Zara kemudiannya campak mereka jatuh ke lantai. Dengan kuat kedua-dua pelajar lelaki tadi pun terbaring ke belakang lalu mendarat di depan kaki Zara.
Bawah leher pelajar lelaki yang menyiku Zara tadi dipijak Zara."Ulang balik apa kau orang cakap tadi. Aku tak dengar la."minta Zara sambil memberi tekanan pada bawah leher itu sewaktu meletakkan tangan di tepi telinga dia.
Seorang lagi rakan dua lelaki tadi tersentak lantas menoleh ke belakang sebelum melihat rakannya terbaring di atas lantai.
"Hei!"marah Casey dengan muka takut."Kau buat apa hah!"dia bergegas hendak dapatkan Zara.
Zara tidak berganjak dari situ. Dia hanya angkat kepala memandang Casey sebelum dengan bersahaja menghayun beg sandangnya ke muka Casey bila Casey mendekat.
BUK!
"Argh!"teriak Casey.
Hayunan itu kemudiannya menyebabkan Casey tercampak ke belakang dan terbaring di atas lantai dengan serta merta.
Semua yang ada di dalam bilik kuliah tu tergamam tak terkata. Terkejut sebab semuanya berlaku secara mengejut.
Zara berdengus kasar.
"Sekarang kita tengok siapa yang loser!"ujar Zara sambil menyanggul rambutnya ketat-ketat.
![](https://img.wattpad.com/cover/195701727-288-k947154.jpg)
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Ficção GeralLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...