Alat stethoscope di alihkan dari dada oleh doktor sebelum dia bangun dan menghadap Puan Diana yang menyanggul rambut putihnya dengan kemas kebelakang dengan senyuman nipis. Nenek Daniel.
"Tiada yang serius. Tuan Daniel hanya kepenatan sebab kurang tidur dan tidak cukup makan. Sehari dua beliau akan kembali pulih. Hanya pastikan dia makan dan minum air secukupnya..."jelas doktor itu kepada Puan Diana.
"Terima kasih doktor..."ucap Puan Diana sambil memegang dada sebelah tangan, sementara sebelah lagi memeluk perut. "Taylor...iringi doktor keluar...dan bawa sedikit makanan ke sini sekali selepas itu."arahPua. Diana kepada Taylor yang berdiri di sisinya saat ini.
"Baik puan." tunduk Taylor sebelum memberi laluan pada doktor tadi ke arah pintu.
Puan Diana memandang katil. Pandangannya jatuh ke tangan yang erat mengengam jari jemari gadis yang bersimpuh di sebelah.
"Itu ke gadis yang telah mengubah hidup cucu kesayangannya sejak setahun yang lalu sehingga sekarang." fikir Puan Diana. Gadis yang telah kembalikan cucunya kepada lelaki normal dan ceria.
"Maafkan nenek cu...sebab susahkan kamu." ucap Puan Diana dengan perlahan saat mengambil tempat di tepi katil lalu duduk menghadap Zara yang bersimpuh sambil bersandar pada kepala katil di samping Daniel.
Selepas tiba di bilik tadi, Daniel enggan melepaskan Zara walau sesaat pun. Sampaikan nak baring pun atas riba Zara. Bila Zara gerak sedikit sahaja, lelaki itu menyentap dengan menakutkan sekali. Maid atau pengawal pun tak berani nak dekat.
Nak tak nak terpaksa Zara duduk atas katil dalam keadaan Daniel memeluk sekeliling perutnya ketika ini.
Zara memaling muka ke Diana bersama senyuman letih di bibir. Matanya pun sudah mengantuk sebenarnya. Tapi digagahkan jugak.
"Tak apa...sepatutnya saya yang minta maaf sebab datang ke sini macam tu saja dan timbulkan masalah..."ucap Zara.
Pua. Diana menggeleng kepala.
"Tidak. Kamu sama sekali tidak menimbulkan masalah. Sebaliknya kamu dah bantu nenek selesaikan masalah tu...." cerita Puan Diana.
Zara menatap wajah Pua Diana, terus mengingatkan dia pada neneknya sendiri. Betapa rindunya dia pada wanita itu. Alangkah indahnya hidup sekiranya dia dapat memeluk neneknya sekarang ini. Pasti semua lelah dan tekanannya yang dia rasakan akan hilang.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya?"tanya Zara. "Kenapa Daniel hilang kawalan macam ni sekali?"Zara tunduk memandang Daniel yang sudah terlena selepas di suntik dengan ubat penenang oleh doktor tadi.
Perlahan-lahan Zara melalukan tangan pada
rambut yang menutupi dahi Daniel. Setelah dia selak rambut itu ke belakang. Barulah Zara dapat melihat wajah penuh milik Daniel tanpa kaca mata.Biasanya dia pandang dengan muka tertutup dengan rambut dan cermin mata aje.Rupa-rupanya Daniel mempunyai rupa paras yang comel dan babyface. Tak nampak macam lebih tua dari Zara.
"Nenek tak tahu...tapi sejak dua minggu lepas lagi. Daniel buat perangai lama dia...selalu naik angin. Marah. Mengamuk tak tentu pasal. Tak makan tak nak minum..tidur pun tidak.."cerita Puan Diana. "Sebelum ni tak pernah pun..." Pua. Diana pandang wajah tenang Daniel yang sedang terlena dengan hati yang hiba."Dulu Daniel seorang anak yang ceria. Sangat aktif dan suka ketawa. Semua orang suka berada di sekeliling Daniel. Namun semua itu berubah apabila Daniel alami kemalangan yang mana telah meragut nyawa kedua-dua ibubapanya beberapa tahun yang lalu..."
Kening Zara mencerun selepas mendengarnya. Agak terkedu dengan cerita itu. Kemalangan?
"Kemalangan tu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke konvokesyen Daniel di sekolah menengah tinggi semasa Daniel berusia 19 tahun..."Puan Diana tunduk menguntil hujung kuku. "Entah macam mana sebuah lori kontena hilang kawalan dan melanggar kenderaan mereka. Akibat kemalangan itu Daniel terlantar dihospital selama setahun. Bila Daniel sedar, dia tak dapat nak terima kenyataan kematian ibubapanya. Dari situlah sikap Daniel berubah. Dia menjadi seorang yang baran dan pemarah."
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Ficção GeralLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...