Pagi itu mereka semua bertolak awal ke lapangan terbang. Bersama dengan beberapa orang maid, tukang masak dan pengawal keselamatan bersama menaiki kapal terbang peribadi milik keluarga Daniel.
Bersama-sama dengan Puan Diana, Zara, Daniel dan Puan Belinda, mereka semua menaiki pesawat dengan senyuman senang di bibir. Nampak sangat seri bahagia di wajah seorang demi seorang.
Seusai menaiki kapal terbang, juruterbang membuat sedikit taklimat buat kesemua penumpang yang ada sebelum berlepas.
Zara duduk rehat di kerusi dengan keluhan sakit di bibir. Sementara Daniel di sebelah sibuk menguruskan dirinya. Sekejap dia meletakkan bantal di belakang badan Zara, sekejap dia membetulkan kedudukan kerusi, sekejap dia membetulkan selimut di badan Zara.
Sementara yang lain tenggelam dengan fikiran masing-masing.
Puan Belinda dan Puan Diana duduk bersama. Pengawal keselamatan duduk di barisan belakang. Maid dan tukang masak yang lain ada di barisan depan.
Zara termenung memandang ke arah Puan Belinda di sisi Puan Diana. Dua orang itu seperti sudahpun bersahabat baik. Bukan main galak lagi berbual dan ketawa sesama mereka. Entah apa aje yang dibualkan mereka. Tak sampai seminggu pun neneknya tinggal di situ, tapi Puan Diana berkelakuan seperti sudah lama kenal dengan Puan Belinda.
Tiba-tiba muncul kepala Daniel di sudut pandangannya. Membuatkan fokus Zara terus beralih pada Daniel.
"Daniel...Awak tak boleh beritahu pada nenek saya..."kata Zara sewaktu Daniel memasangkan seatbelt untuknya pula.
Daniel yang dengar memandang sekejap ke Zara sebelum duduk di tempatnya iaitu di sebelah Zara. Sementara Taylor duduk bertentangan dengan mereka berdua. Seperit biasa, lelaki itu sibuk dengan laptop dan telefon.
"Sampai bila?"soal Daniel sewaktu memandang neneknya dan nenek Zara yang sedang bergelak ketawa mengenai sesuatu di barisan kerusi sebelah kanan hadapan mereka.
"Sampai bila-bila..."jawab Zara sambil memejam mata lalu berkerut kening saat melepaskan hela nafas menahan sakitnya.
Reaksi Zara dalam kesakitan itu diperhatikan oleh Taylor tanpa disedari mereka.
"She need to know..."tanya Daniel bernada perlahan dan kesal.
Perlahan-lahan selepas rasa sakitnya surut Zara membuka mata semula dengan renungan letihnya."Tak boleh...nenek akan jatuh sakit.dia ada sakit jantung jadi saya tak boleh ambil risiko...lagipula..saya tak nak dia rasa kehilangan buat kali kedua...biarkan saja ianya rahsia.."jawab Zara bernada menahan sakit.
Daniel melepaskan keluhan. Terus dia pandang ke arah Taylor. Tangannya sempat menggengam tangan Zara di arm rest kerusi.
"Macam mana?Dah jumpa?"tanya Daniel sambil meramas jari jemari Zara dengan lembut.
"Dah tuan...saya telah dapatkan empat tiket untuk majlis itu."jawab Taylor sambil memegang telefon dekat dengan telinga kiri. Mendengar ucapan orang di sebalik panggilan itu.
Zara memejam mata semula taktala gelombang sakit menghentak tubuhnya sekali lagi. Namun dia kawal sebaik mungkin agar tidak kedengaran sesiapa. Maka giginya di ketap kuat. Nafas pula berombak tidak seragam.
"Awak bawa saya ke sana sebab ibu saya ada dekat sana jugak ke?"soal Zara saat Daniel sedang menggosok-gosok lembut permukaan tangannya dengan ibu jari itu.
Jari jemari runcing milik Daniel mengamit hati Zara sewaktu matanya tunduk memandang tangannya yang berada di lengan kerusi.
Terkedu sesaat Daniel apabila mendengarnya. "Apa dia?"
Bersama senyuman sedih di bibir pucatnya, Zara bawa mata naik ke wajah Daniel lantas berkata.
"Awak tahu..bukan awak seorang aje yang buat kerja dekat sini?"sengihnya. "Saya tahu awak sebenarnya cuba nak bertemukan saya dengan ibu kandung saya. Sebab itu awak ajak saya dan nenek saya bersama ke tanah kelahiran ibu saya tu kan..."
Mata di balik cermin mata itu mula berkaca. "Ha' ah..."angguk Daniel selepas itu. "Macam mana awak tahu?".
"Hahah...saya selalu check dekat majalah dimana ibu saya selalu keluar. Dari situ saya tahu sikit-sikit mengenai ibu saya...saya memang berniat hendak bawa nenek saya temui ibu saya tapi itulah rancangan aaya terbatal selepas pertunangan Kennedy bersama Damon...dan awak macam tahu-tahu pula.."
Taylor memandang Zara dengan renungan dingin tanpa perasaannya dengan lama kerana terpegun dengan tawa kecil dari bibir pucat Zara.
"Awak berdua ni kan tak habis-habis nak bagi saya suprise lah...saya sendiri sampai sekarang tertanya-tanya macam mana awak berdua lakukan semua ni semata demi saya..perempuan penyakitan yang tak bagi sebarang keuntungannya langsung..."Zara melarikan pandangannya ke tempat lain namun bertentang mata dengan Taylor pula, lantas dia pun tersenyum nipis. Membalas renungan Taylor sebelum memejam mata hendak menahan rasa sakit.
"Sarah tahu ke tentang sakit awak ni?"tanya Daniel.
Zara menggeleng kepala. Tanpa membuka mata dia menjawab.
"Sarah tak tahu. Selama ni dia fikir saya sakit migraine biasa jer...saya tak nak stress kan Sarah, cukuplah dengan kesusahan yang dia tanggung kerana saya. Jangan di tambahkan lagi..."hela nafas pendek dilepaskan tersekat-sekat cuba hendak mengurangkan rasa sakit yang bertandang.
Daniel melepaskan keluhan berat.
"Awak tahu Zara...awak nak lihat semua orang bahagia dan senang. Tapi awak tak pernah fikirkan tentang kebahagian dan kesenangan awak sendiri..."Daniel menyandarkan kepala ke atas kepala Zara lalu memandang ke arah Taylor yang sedang memandang penuh makna pada Zara.
Daniel tahu tapi dia tidak kisah tentang hal tu. Malah dia tidak menyalahkan Taylor sekiranya Taylor ada perasaan pada Zara. Kerana Taylor adalah orang yang paling dekat dengan Zara selain dirinya selama ini.
Kerana sejak awal lagi Taylor sudah berada di sisi Zara. Menjaga dan mengawasi gadis itu selepas dia memberi arahan kepada Taylor untuk menjaga Zara untuknya secara sembunyi.
Zara ketawa kecil saat melentokkan kepala ke ceruk leher Daniel. Dalam sakitnya dia cuba juga tersenyum.
"Saya tak layak untuk rasa bahagia atau senang Daniel. Sebab kebahagiaan dan kesenangan saya itu hanya akan menjadi penderitaan untuk orang lain...jadi tak apalah kalau saya seorang sahaja yang menderita, asalkan mereka semua tidak apa-apa..."kata Zara dengan nada tenggelam timbul.
Daniel memeluk bahu Zara, menolak gadis itu sandar ke badannya.
"Apa rancangan awak nanti?"soal Daniel.
Mata Zara terkatup rapat. Deru nafasnya semakin naik turun tidak menentu.
"Tunaikan impian nenek saya selama ini yang mahu melihat wajah anak perempuan dia..."ucap Zara dengan mamai.
"Awak akan tinggalkan dia bersama dengan ibu awak?"
"Mm..."angguk Zara dengan lemah.
"Macam mana dengan awak?"tanya Daniel lagi saat memandang Belinda sedang ketawa berborak dengan Diana.
"Saya tak apa-apa...tiada siapa yang perlukan saya selain awak di sini..."Senyum Zara sebelum dia berkerut kening menahan sakit taktala kepalanya berdenyut sakit yang amat sangat.
Jari jemari Daniel digenggam Zara dengan kuat sewaktu Zara mengetap gigi menahan sakit. Suara merintih sakit akhirnya keluar dari bibir itu namun cepat-cepat dia benamkan wajahnya ke ceruk leher Daniel.
"Ugh.."rintihnya.
"Taylor-"
"Saya tahu tuan."pintas Taylor serta merta.
Daniel mendiam apabila Taylor perasan akan tatapannya. Mereka berdua saling membalas renungan untuk seketika. Dan apabila Daniel mengedipkan mata barulah Taylor menundukkan pandangannya ke skrin laptop atas riba dengan sedih.
![](https://img.wattpad.com/cover/195701727-288-k947154.jpg)
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Ficção GeralLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...