Satu fail merah tertulis dengan pen marker merah dengan nama 'REKOD PENALTI PELAJAR' dicampak atas meja dengan kasar oleh lelaki berkemeja biru bertali leher hitam yang mencekak pinggang menghadap empat orang pelajar dari tahun kedua di depan mejanya.
Seorang dengan rambut kusut masai seperti baru meredah ribut, seorang dengan baju t-shirt rabak di bahagian dada dan kolar baju,mujur la lelaki. Seorang lagi dengan lipstick meleret keluar ke kanak pipi, mascara terpalit mengotorkan tepi mata. Sementara seorang lagi sudah bercalar dan berlebam di muka dan pipi.
Melihat semua itu, membuatkan lelaki berusia 45 tahun di belakang meja sudah tidak tahu lagi apa yang hendak mengatakan apa lagi.
"Saya tanya kamu, memangnya umur kamu semua berapa tahun?Hah?"soal Gerald,Koordinator Siswa pada pelajar di depannya. "Setahun?Sepuluh tahun?Berapa saya tanya?""Dia yang mulakan dulu sir...tiba-tiba aje serang. Kami cuma pertahankan diri kami aje..."kata Liam dengan kedua-dua tangan berada di perut, kepala tunduk memandang ke lantai.
"Buang aje dia dari sini sir...perempuan gila ni patut duduk dekat hospital sakit jiwa sana..." Hale menjeling tidak puas hati ke sisi kiri dimana Zara sedang berdiri.
Casey mula teresak-esak menangis. Memegang pipi dengan kesan lima jari bekas tamparan Zara tadi.
"Sir...tengoklah apa dia buat pada kami.." tunding Casey. "Pada saya..."tunjuknya pada pipinya.Gerald berkerut kening saat tiga orang pelajar itu berusaha pertahankan diri, tetapi tidak pada si pelaku pergaduhan itu. Bukan saja tidak peduli hendak pertahankan diri, malah langsung tidak bersuara sejak tadi. Kekal bersahaja di situ seperti tunggul dengan muka tidak ada perasaan atau kisah dengan semua itu.
Nampak sangatlah pelajar itu mahu keluar dari univerisiti ni. Tapi Gerald tahu, sekalipun dia kenakan penalty dan keluarkan surat gantung sebanyak mana sekalipun, dia tak boleh buatkan pelajar hadapannya ini keluar dari sini dengan mudah. Kalau tujuan pelajar depannya ini buat masalah disiplin untuk keluar dari sini dengan mudah, pelajar ini silap. Mana mungkin pelajar ini dapat keluar dari sini macam tu je.
"Zara Delisha..."panggil Gerald yang langsung tidak menghiraukan bebelan tiga orang anak orang kaya di depannya. "Kamu hendak katakan sesuatu?"dia menyilang tangan ke dada. Cuba hendak mendengar penjelasan dari gadis tersebut.
Zara hanya mengulum lidah dalam mulut saat dia memandang ke arah langsir kelabu yang tergantung di jendela belakang Gerald. Seakan langsir itu lebih menarik daripada bising-bising di sekelilingnya. Dia tidak susahkan diri untuk menjelaskan situasi yang terjadi, sebab memang sejak awal lagi niat dia mahu keluar dari sini. Dah alang-alang dalam masalahkan...elok dibiarkan terus.Gerald melepaskan keluhan mengalah. Dia tahu Zara takkan beri kerjasama pada dia. Ini bukan kali pertama Zara terlibat dalam masalah. Sama ada masalah itu Zara yang cipta sendiri atau orang lain. Zara takkan susah-susah pertahankan diri. Sebabnya bagi Zara keluar dari sini adalah keutamaannya. Lalu Gerald memandang tiga orang pelajar di depannya.
"Ini adalah amaran pertama untuk kamu bertiga...sekiranya kamu berkelakuan tidak sopan pada mana-mana pelajar di sini , saya takkan ragu-ragu untuk keluarkan surat amaran pegantungan kepada ibubapa kamu..."
Mulut mereka bertiga jatuh ternganga. Memandang tidak percaya.
"Apa?!"soal mereka dengan serentak.
"Kenapa kami pula yang kena hukum! Dia yang serang kami dulu!""Yang patut kena hukumnya perempuan gila samseng ni!"
BANG!
Melompat terkejut ketiga-tiga pelajar yang sejak tadi bising bila Gerald memukul permukaan meja dengan kuat. Terus menikus mereka tundukkan kepala ke bawah sebab takut.
"Cukup. Saya tahu kamu yang mulakan dulu. Kalau tidak mana mungkin Zara serang kamu melainkan dia ada sebab nak buat begitu. Sekarang keluar."Gerald tunding jari ke arah pintu. "Atau kamu nak saya kenakan hukuman penalti dengan lakukan kerja kebajikan di sini?"
Mereka bertiga menarik muncung, lantas berpaling dari situ dengan muka tak puas hati. Sempat juga mereka mengacah mahu memberi penumbuk pada Zara, tapi tak jadi bila Gerald berderam geram dan memberi jelingan maut ke mereka.
Melihatkan mereka bertiga keluar, Zara pun ikut berpaling menuju ke pintu. Langsung tidak menghiraukan Gerald.
Gerald dekat belakang meja kerja bersuara masa Zara menghampiri pintu pejabat."Zara...kalau ini cubaan kamu untuk keluar dari sini...fikirkannya semula."pesan Gerald. "Ianya tak ada guna. Kamu tahu tentang hal tu takkan beri apa-apa faedah bukan..pada kamu atau sesiasapa dekat sini. Jadi saya minta kamu pertimbangkan semula setiap tindakan kamu ni..."pesan Gerald.
Zara memegang tombol pintu lalu memulas tombol pintu tu. Dia pandang ke balik bahunya lalu menarik senyuman sinis. Cepat atau lambat dia akan keluar jugak dari sini. Dari penjara batu dia ni.
"We'll see."balasnya sebelum membuka pintu dan melangkah keluar dari pejabat itu.
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Fiction généraleLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...