74. Perpisahan yang tiada permulaannya.

2.2K 154 2
                                    

Betapa berpeluh dan sejuknya tapak tanga dirasakan. Namun Zara tetap menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Puan Gina. Tetapi wanita itu malahan dengan selamba menarik dirinya ke dalam pelukan pula.

"Ha-hai Puan Gina..."gagap Zara kerana terketar-ketar akibat terlalu terkejut dengan pertemuan pertamanya.

"Hahaha...hai..."Puan Gina mengusap belakang Zara dengan kasih.

Yang mana membuatkan Zara taken aback dengan tindakan tersebut. Dia memandang kejung ke satu arah dengan tubuhnya kaku taktala tubuh hangat wanita itu mendakapnya.

Mama....

Oleh kerana tidak dapat mengawal dirinya, air mata Zara terus tumpah ke pipi. Dengan tangan yang menggigil kuat dia balas pelukan itu. Buat pertama kali sejak dilahirkan, tapak tangannya akhirnya dapat juga menyentuh tubuh ibu kandungnya ini.

Terus terhambur keluar air mata sedih dan gembiranya dengan deras. Perasaan lega yang amat sangat menjalar seluruh urat sarafnya.

"I miss you mother.."ucap Zara dalam hati saat menikmati saat-saat berharga itu. Dia rehatkan kepalanya di bahu Gina. Berharap masa akan berhenti buat selamanya supaya dia dapat berada di dalam dakapan ibunya ini dengan lama.

"Terima kasih sebab datang ya..."ucap Puan Gina sambil meleraikan pelukannya dari Zara. Apabila dia melihat wajah Zara, keningnya terangkat tinggi kerana terkejut. "Huh.." nafasnya tertahan sebelum dia memegang bahu Zara. "Hei..kamu tak apa-apa?"tanya Puan Gina dengan risau.

Zara mengangguk kepala lantas mengangkat kepala. Menyeka air mata dengan tapak tangan perlahan-lahan. Seluruh badannya masih menggeletar.

"Maafkan saya..."ucapnya bersama senyuman sedih di bibir. "Saya terlalu teruja sampai menangis. Jujur saya beritahu, saya peminat fanatic puan. Saya sangat sukakan semua karya seni puan..." luah Zara dengan suara serak sedihnya.

Taylor menggosok belakang badan Zara untuk menenangkan gadis itu. Namun air mukanya masih tidak berubah. 

"Oh ya ke...terima kasih. Saya tak tahu macam mana nak cakap...maaf sebab buat kamu menangis begini..."ujar Puan Gina dengan senyuman kekok di bibir.

Zara menggeleng kepala lantas tersenyum senang.

"Gembira dapat bertemu dengan puan. Ianya adalah impian saya sejak kecil lagi untuk berdepan dengan puan begini..."luah Zara dengan jujur.

Ya. Dia telah berpisah dengan ibu kandungnya sewaktu dia tidak sampai enam minggu setelah dilahirkan. Ibunya telah meninggalkan dia begitu sahaja.

Bila dia besar, puas dia cuba cari tahu siapa ibunya. Setelah itu dia bersusah payah untuk mengetahui keberadaan neneknya pula  Tapi disebabkan James, Zara alami kesukaran untuk capai neneknya setiap kali dia cuba cari tahu siapa ibu kandungnya.

Sehinggalah satu hari dengan bantuan Sarah dia berjaya mengesan ibu kandungnya di usia 19 tahun. Sejak itu dia sentiasa mengikuti perkembangan ibu kandungnya melalui majalah-majalah yang di langgan.

"Mari..."ajak Puan Gina yang mahu memeluk Zara semula. Dengan rela hati Zara memeluk Puan Gina dengan erat. Dia menangis kerana terlalu gembira kerana dapat bertemu dengan ibunya buat pertama kali setelah bertahun lamanya.

Sejak awal lagi Zara tidak pernah menyalahkan Puan Gina kerana meninggalkannya dan tidak mengenal dirinya.
Sebab Zara tahu, mamanya meninggalkan dia kerana mahu melindungi Zara dari kekejaman James. Disebabkan Puan Gina diugut oleh James sekiranya tidak pergi, James takkan bantu untuk bayar rawatan perubatan Puan Belinda. Zara tahu semua itu melalui  Puan Belinda sendiri. Oleh kerana itu Zara tidak salahkan Gina yang ketika itu hanya sebatang kara dan tidak berdaya atau mempunyai kuasa hendak menentang James.

"Maafkan saya..."ucap Zara. "Saya tak patut menangis begini..tapi saya terlalu gembira..." ucap Zara dengan sedih. "Mama..ini Zara...anak mama..."nangis Zara dalam hati.

Puan Gina mengangguk kepala lalu menggosok belakang Zara. Entah kenapa dia berasa sangat dekat pada gadis ini. Berasa seperti selesa dengan kehadiran gadis ini di dalam pelukannya.

"Ibu..."panggil satu suara muda dari arah belakang Zara.

Kening Puan Gina terangkat selepas mendengarnya dan dia perlahan-lahan meleraikan pelukan itu.

"Kamu dah sampai?"sapa  Puan Gina kemudiannya .

Zara pantas berpaling memandang ke belakang sebelum melihat dua orang remaja lelaki berdiri di depannya. Memandang hairan ke arahnya dan Gina silih ganti.

"Apa yang dah berlaku dekat sini?"soal anak sulung Gina, Mason. Remaja lelaki itu memandang Zara dengan renunngan judging dia.

Gina merangkul bahu Zara lalu tersenyum.

"Tiada apa-apa. Hanya seorang dari peminat ibu...mana ayah kamu?"tanya Gina.

Zara tunduk menyeka air mata dari pipinya sebelum memandang dua orang adik tirinya dengan senyuman di bibir.

"Tengah berborak dengan kawan dia..."jawab anak kedua Gina, Mike.

Gina mengangguk kepala faham. Terus dia kembali memandang Zara.

"Zara kenalkan ini adalah anak lelaki saya...Mike dan Mason."

Zara memberi anggukan kepala kecil. "Hai.." sapanya. Dua wajah itu seiras seperti Gina sendiri.

Mereka berdua hanya memandang Zara dan memberi anggukan sapa.

"Ibu...ayah kata CEO dari syarikat yang sponsor majlis ni. Siapa nama dia...?"Mason pandang Mike.

Mike menjuling mata menyampah dengan perangai pelupa abangnya lalu memandang Gina. "Daniel..."sebut Mike dengan malas.

"Hah...Daniel. Nak jumpa ibu."sambung Mason.

Gina mengangguk kepala.

"Yalah...ibu ke sana...."dia memandang Zara. "Kamu tak apa-apakan kalau saya tinggalkan di sini..."

Zara mengangguk kepala sambil tersenyum. "Ya..."jawab dia sedangkan dalam hati sudah meraung rayu supaya jangan pergi.

"Baiklah kalau macam tu...gembira dapat jumpa dengan kamu, Zara. Semoga kita dapat berjumpa lagi..."pamit Gina sewaktu jalan mendekati Mason dan Mike sambil toleh memandang Zara.

Zara tanpa sedar mengapai tangan hendak memegang lengan Gina tetapi terlepas. Membuatkan dia termenung dengan tangan masih tergantung di udara di saat Puan Gina menjauh dari situ.

"Saya pun...gembira dapat berjumpa dengan mama..."bisik Zara sambil memerhati langkah Gina meninggalkan dirinya. Semakin lama semakin jauh jarak mereka berdua.

Zara lihat sahaja belakang Gina sehingga wanita itu tidak kelihatan lagi. Pemandangan di mana dia tidak akan dapat melihatnya lagi.

Taylor berdiri di belakang Zara sebelum memegang bahu Zara.

Serta merta Zara berpaling menghadap Taylor.

"She hug me..."ucap Zara lantas menekup kedua-dua muka sebelum menyandarkan dahi ke dada lelaki itu. Lalu dia menangis teresak-esak dengan sedih.

Taylor menepuk belakang Zara. "You did it..." ucapnya semasa memandang ke depan.

Zara tidak dapat berkata apa-apa kerana terlalu sedih dengan semua itu. Dia dongak memandang Taylor bersama air mata turun dari tepi matanya.

"Terima kasih...Taylor."ucapnya.

Taylor tunduk memandang wajah Zara. Hati Taylor diruntun hiba setelah melihat wajah Zara. Dia mengangkat tangan lalu menyeka air mata dari tepi mata Zara dengan ibu jari.

"Sama-sama... Cik Zara..."ucap Taylor dengan lirih.

Zara kembali menyandarkan kepala ke dada lelaki itu dan terus menangisi perpisahannya dengan Gina.

Perpisahan yang tidak pernah ada mulanya.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now