18. Kau nak tengok jer atau join sekali?

2.2K 174 1
                                    

Tidak lama selepas menenangkan Sarah dari meraung dan menangis selama berjam lama. Zara ambil keputusan untuk mengajak Sarah ke suatu tempat  bersamanya.

Tanpa banyak soal, Sarah terus menurut untuk bersiap dan keluar dari dorm.

Dan Zara pula tidak mengatakan apa-apa sepanjang masa perjalanan itu. Dia hanya berjalan dan berjalan menuju ke suatu tempat.

Sebaik tiba di hadapan hostel pelajar sukan baru la Sarah bersuara.

"Kenapa kita dekat sini?"

Zara jalan menonong masuk ke pintu utama bangunan tersebut. Walaupun ianya adalah hostel lelaki, Zara sedikit pun tidak kekok atau teragak-agak. Dia malah bersahaja daki tangga untuk ke tingkat atas. Bertembung dengan penghuni pelajar lelaki kebetulan lalu lalang di situ.

Sarah malu-malu sorokkan muka dari balik rambut panjangnya setiap kali dilirik oleh pelajar lelaki di situ.

Sesampai sahaja di depan sebuah bilik di mana pintu biliknya terbuka luas, seorang lelaki bersama headfon di kepala sedang duduk bersila atas kerusi menghadap laptop. Seorang lagi tidak berbaju sedang memegang dumbbell menghadap pintu.

Pandang saja ke Zara dan Sarah di depan pintu itu, lelaki bersama dumbbel tadi sekadar menjuih dagu ke tepi pintu. Tidak menunggu Zara cakap apa-apa memandangkan telah dimaklumkan awal dengan gadis tersebut.

"Nah..."serah Zara batang besi besbol pada Sarah.

Sarah pandang besi besbol itu dengan kening berkerut tidak faham.

"Kita nak buat apa dengan benda ni?"tanya Sarah dengan suara serak garau selepas menangis dia.

"Aku dengar BMW keluarkan kereta terbaru dia orang?"tanya Zara sambil berpaling dari situ jalan dengan batang besi besbol di atas bahu sewaktu menyusuri koridor dan keluar dari bangunan tersebut.

Masih kebingungan Sarah ekori saja langkah Zara. "Apa kaitannya dengan batang besi besbol ni?"

"Mestilah ada kaitan..."sengih Zara meleret.

Selepas berjalan beberapa meter dari bangunan hostel pelajar sukan, mereka tiba di blok hostel pelajar business pula.

Sarah yang kebingungan itu perlahan-lahan mula sedar setelah lihat di mana mereka berada ketika itu.

"Zara... kenapa kita ada dekat depan hostel teman lelaki aku?"

"Why not...?"aju Zara sambil memandang ke depan dengan senyuman lebar di bibir. "Aku teringin pulak nak tengok kereta keluaran terbaru BMW tu..."seloroh Zara sebelum berpaling ke Sarah bersama sengih meleret penuh maksudnya.

Sarah yang dengar menjungkit kening kerana tersentak taktala faham apa yang sebenarnya Zara sedang cuba lakukan. Lantas dia tersenyum dan kembali memandang ke depan dengan renungan nekad.

"Jom."ajaknya.

Mereka berdua kemudiannya tiba di tempat parkir kereta pelajar dimana tersusun kemas pelbagai jenis kereta berjenama di situ. Sarah dan Zara jalan melintasi satu persatu kereta di situ sebelum berhenti di sebuah kereta berkilat tanpa hood dengan plat nombor B124Y.

Here we are!

Zara berdiri di depan kereta itu sebelum jalan mengelilingi kereta itu dengan jarinya dilalukan pada permukaan berkilat kereta itu.

"Yang ini ke hadiah hari lahir yang kau berikan pada dia tu?"Zara pandang Sarah yang sedang berdiri memandangnya.

Sarah memandang kereta itu dengan kening berkerut lantas mengangguk kepala. Sedih bila teringat akan memori yang tercipta bersama kereta itu. Memori dimana mereka berdua dating dalam kereta dan tengok hujan meteor bersama.

"Ya..ini keretanya.."

"Kau tahu...kau ada citarasa yang teruk tentang kereta?"komen Zara sambil mengetuk-ngetuk batang besbol di bahunya.

Kening Sarah berkerut tidak faham.

"Apa kata kita ubah sikit penampilan kereta ni?"aju Zara sambil melentokkan kepala sedikit saat memandang Sarah.

Disebabkan kereta tu bukan bawah nama Sarah,Sarah tak boleh nak tuntut balik. Jadi Zara rancang untuk berikan sedikit 'sentuhan ajaib' pada kereta ni sebagai kenang-kenangan.

"Macam mana?"tanya Sarah.

"Well...senang je.."maklum Zara sambil menyanggul rambutnya masuk ke dalam topi di kepala yang dipakai secara terbalik ke belakang.

"Kau nak buat apa?"soal Sarah semasa memerhati Zara bersedia hendak lakukan sesuatu.

Zara mengerling ke Sarah dengan senyuman sinis di bibir.

"Kejutan untuk dia."ujar Zara sebelum hayunkan batang besi itu ke udara dan menghempas permukaan cermin depan kereta tersebut sehingga retak seribu permukaan kaca itu.

SPARKK!!!!

Serta merta bunyi alarm kereta kedengaran.
BIP!BIP!BIPBIP!Riuh satu laman parkir tu dengan bunyi tersebut.

Mulut Sarah ternganga luas. Mata dia terbutang bulat.

Tanpa memandang Sarah atau berhenti Zara versuara."Kau nak tengok je atau join sekali?"tanya dia sambil menendang patah side mirror kereta pula.

Mulanya Sarah teragak-agak, bila dia lihat Zara macam seronok pulak.

"Aku join..."ujar Sarah dengan teruja sebelum ikut menjahanamkan kereta malang tidak bersalah tu.

Dengan ganas dan sek Sarah hempas batang besi besbol pada hood kereta sehingga kemik permukaan hood itu. Dia pukul dan pukul dengan berang. Melempar segala rasa tidak puas hatinya pada kereta itu. Ibarat kereta tu adalah teman lelaki curang dia.

Zara yang lihat tersenyum bangga. Bangga melihat rakannya dapat lepaskan perasaan. Dan untuk sentuhan akhir, Zara keluarkan tin cat dari poket hoodienya. Dia sembur beberapa perkataan carut pada kulit kerusi kereta itu dan pada badan kereta tersebut bersama nama teman lelaki Sarah sebagai pencurang.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now