Suara dari pelakon Lee Dong Wook bersama Kim Go Eun berkumandang dalam bilik tersebut. Dengan suasana seorang dihadapan laptop seorang di atas katil membuatkan keadaan di situ tenang dan senyap seperti kebiasaanya.
"Zara kau dah makan ubat belum?"soal Sarah sewaktu baring meniarap di atas katil dengan mangkuk epal di sebelah semasa dia sedang menonton drama Goblin melalui ipadnya itu.
"Belum..."jawab Zara tekun menaip di papan kekunci. Sekejap-sekejap itu sempat dia mengerling ke helaian kertas sebelah tangan kanan.
"Kau tahu...aku rasa macam aku ni patut jadi mak kau jer dari jadi kawan kau..."bebel Sarah semasa bangun dari katil dan mendekati rak buku Zara. Dia mengeluarkan satu botol ubat dari situ dan jalan mendekati peti sejuk kecil sebelah almari. Mengeluarkan satu botol air mineral darinya.
Zara yang dengar ketawa kecil. Hujung bibirnya terjungkit.
"Jangan nak mengada...mak tiri aku yang seorang tu pun aku tak boleh nak handle..inikan lagi kau...aku tak nak tambah lagi..."seloroh Zara.
Sarah menyerahkan satu botol air mineral dengan dua biji pil pada Zara sewaktu dia mengunyah epal dalam mulut. Zara mencapai ubat itu sambil memandang skrin laptop.
Sarah memerhati Zara menyuap ubat ke dalam mulut dan minum dengan riak muka teragak-agak. Sarah ingin mengatakan sesuatu. Tetapi dia sepertinya teragak-agak untuk bersuara. Tidak pasti apa yang dia perlu beritahu pada rakannya Ketika ini. Tangannya sibuk menggentel hujung seluar pendek kerana keresahan.
Perasan yang Sarah masih berdiri tercegat di sampingnya, Zara menutup penutup botol air mineral sambil dongak memandang Sarah. Keningnya berlapis kehairanan.
"Kenapa kau pandang aku macam tu??"Zara menjungkit kening. Menanti Sarah untuk bersuara.
Sarah tersenyum. Lantas menggeleng kepala.
"Tak ada apa-apa..."jawab Sarah.
Zara yang dengar mengangguk kepala lalu kembali memandang skrin komputer.
"Okay."
Mata Sarah tiba-tiba kemerahan seperti mahu menangis, tetapi dia cepat-cepat berpaling dari situ dan kembali baring meniarap di atas katil. Keadaan itu kembali senyap. Hanya bunyi ketikan papan kekunci sahaja yang kedengaran sewaktu Sarah mendengar melalui earfon.
Tidak lama selepas itu, cahaya lampu keluar dari permukaan telefon sewaktu panggilan masuk. Menarik perhatian Zara yang sedang menaip. Dia capai telefonnya yang berada atas buku lalu di jawab.
"Zara bercakap..."sapa Zara sambil menekan tetikus.
"Ayah mahu kamu pulang hujung minggu ni..." sapa Encik James di dalam panggilan serta merta. Kasar dan tidak bernada mesra.
"Sibuk."balas Zara dengan nada mendatar. Air mukanya masih kekal sama. Langsung tidak kelihatan terganggu atau terasa hari.
"Ini bukan permintaan tapi arahan. Ayah nak kamu ada di rumah sebelum makan malam bermula. Kita akan makan malam dengan beberapa orang penting..mereka berkenan untuk melihat kita sekeluarga..."tegas Encik James di dalam panggilan.
Zara yang dengar menjuling mata kejengkelan selepas mendengarnya.
"Hahah...bukan ke hari tu kau tak mengaku yang aku bukan anak kau...it's mean I'm not your family. So kenapa aku kena join jugak?"Zara berkata sewaktu tangannya mencapai pen di situ. Dia pusingkan-pusingkan dalam celah jari jemari.
"Jangan nak buat perangai. Ayah akan hantar orang untuk jemput kamu. Sekiranya kamu berdegil jangan mimpi kamu dapat bertemu dengan nenek kamu tu..."ugut James yang sentiasa berjaya membuatkan Zara mengalah.
Cengkaman pada tetikus itu dieratkan."Berhenti guna nenek untuk tundukan aku!"deram Zara sambil mengecilkan mata kerana geram.
"Zara...ayah hubungi kamu bukan untuk bertekak. Hujung minggu. Ingat tu!"panggilan terus diputuskan begitu sahaja.
Meninggalkan Zara yang sedaya upaya cuba tenangkan diri untuk tidak naik angin.
Sementara Sarah yang sejak tadi dengar membuat muka cuak. Perhatiannya terus lari dari skrin ipad yang sedang memainkan siaran drama korea.
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Ficción GeneralLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...