57. Perasaan awak jer tu

1.9K 138 1
                                    

Seperti yang dirancang tengah hari itu, selepas habis kelas, Sarah sudah sedia tercegat di depan pintu dewan kuliah Zara. Dia sanggup tunggu semata hendak iring Zara keluar bersamanya dari situ.

Sebabnya Sarah risau kalau Zara terlupa mengenai janji temu Zara untuk membuat tempahan cincin pertunangan nanti.

Selepas mereka keluar dari bangunan, kereta hitam sudah tersedia parkir betul-betul di hadapan pintu keluar bangunan tersebut. Seorang lelaki bersut berdiri di tepi kereta sambil menghadap pintu tersebut.

"Aku dah beritahu aku tak perlukan kau untuk temankan aku.."

"Ya..ya...aku tahu.."Sarah berdiri di tepi kereta dengan senyuman lebar. Mendorong Zara masuk ke dalam perut kereta. "Okay..have fun. Apa-apa call aku.."ujar Sarah sewaktu lelaki bersut depan mereka membuka pintu kereta.

Kening Zara berkerut.

"Kau tak ikut sekali?"tanya Zara kebingungan.

"Tak...kau orang berdua dating lah sendiri sana. Aku ada kelas lagi lepas ni.."ujar Sarah sambil mendorong Zara masuk ke dalam kereta secara paksa.

"Tapi-"

"Bye...jumpa malam nanti eh.."lambai Sarah sebelum berpaling dari pergi dari situ.

Zara ternganga terkejut dengan sikap Sarah. Matanya terkebil bila lelaki bersut di depan pintu kereta menutup pintu. Terus dia tersentak.

"Sekejap..tunggu dulu. Jangan gerak. Saya nak jumpa kawan saya dulu."minta Zara pada lelaki bersut tadi.

Lelaki bersut itu tunduk patuh dengan permintaan Zara tanpa mengatakan apa-apa.

Zara kemudiannya tunduk memandang skrin telefon. Dia membuka senarai kenalannya. Lalu menyentuh nama Betty di skrin sebelum di bawa ke telinga.

Zara mematai lelaki bersut tadi berjalan mengelilingi kereta untuk ke tempat pemandu. Selepas lelaki itu duduk belakang stereng kereta, panggilannya dijawab.

"Asal?"sapa Betty kedengaran tidak suka dalam panggilan.

"Hei...bagi aku cincin Ken."bisik Zara sambil memasang seatbelt dengan sebelah tangan.

"Buat apa?"Soal Betty

"Bagi aje la aku cincin dia...yang dia tak pakai sangat pun boleh. Kemudian jumpa aku dekat depan bangunan fakulti bisnes.."beritahu Zara tidak menghiraukan remark Betty tadi.

Suara Betty merenggus tidak puas hati kedengaran sebelum panggilan tersebut di putuskan.

15 minit kemudian Betty tiba di depan pintu bangunan fakulti tersebut. Zara dalam kereta kalut menekan butang turun tingkap.

"Sini!"lambai Zara keluar tingkap.

Betty mengecilkan mata sewaktu melihat ke arah gadis yang berada di tepi tingkap kereta melambai riang ke arahnya. Tanpa berlengah dia dekati kereta hitam berkilat itu.

Zara hulur tangan ke arah Betty sewaktu rakannya mendekat.

"Asal ni?"soal Betty sambil meletakkan sebentuk cincin pada tapak tangan Zara.

Zara menggengam cincin itu lalu kembali duduk di kerusi.

"Tak ada apa-apa...by the way. Thanks ya.." ucap Zara sebelum menaikkan cermin kereta itu semula. Meninggalkan Betty terpinga-pinga di situ.

"Boleh kita gerak sekarang?"tanya lelaki bersut di kerusi depan.

Zara menyarung cincin yang sedikit besar untuk jari manisnya lalu mengangkat kepala memandang ke depan.

"Sure.."angguknya.

Kereta itu mulai di pandu lelaki itu keluar dari halaman fakulti terus ke lebuh raya utama.

Zara melemparkan pandangan keluar tingkap sewaktu lelaki bersut di tempat pemandu sekali sekala mengerling ke belakang menggunakan cermin pandang belakang.

Zara yang perasan akan tingkah lelaki itu bersuara.

"Ada apa-apa yang awak perlukan ke?"tegur Zara sambil memandang dua mata di cermin pandang belakang tersebut.

"Tak ada apa-apa...cuma saya perasan..ada kereta sedang ekori kita di belakang.."maklum lelaki bersut itu.

Zara yang dengar hanya menyanyi kecil sambil bersandar rehat di kerusi melihat keluar tingkap.

"Perasaan awak aje tu.."dalih Zara yang sedia maklum kereta siapa dekat belakang tu.

Orang-orang yang James biasa hantar untuk awasi pergerakan dia. Yang hairannya. Macam mana anak buah James tak boleh kesan dia sekiranya Daniel atau Taylor bersama dengan dirinya?

Entahlah...mungkin Taylor tahu hendak alihkan perhatian mata-mata ayah.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now