"Woi! Apa yang kau orang buat hah!"teriak satu suara lantang dari arah belakang tiba-tiba.
Serta merta Zara berhenti, tetapi tidak Sarah. Sahabat baiknya itu seperti sudah hilang kawalan yang mana Zara tidak peduli untuk hentikannya Sarah. Dia pandang pemilik suara tu dengan kening terangkat.
"Apa yang kau fikir kau cuba buat ni perempuan tak guna?!"teriak Zack dengan berang.
Melihatkan Zack cuba dekati Sarah, Zara terlebih dahulu maju ke hadapan. Dia berdiri menghalang lelaki berbaju putih dan berupa paras bengis itu dengan menghunus hujung batang besi besbol ke depan dada lelaki itu.
"Na'ah..stop right there.."senyum Zara dengan jahat.
"Berhenti sekarang!"mencerun tajam memandang Zara. Urat belirat timbul di leher dan pelipisnya saat dia cuba menjeling ke Sarah di tepi keretanya ketika itu.
Tetapi Zara menghadang pandangan itu dan menolak dada Zack dengan hujung batang besi besbol yang di pegangnya.
"Kau fikir nak ke mana hah?"soal Zara.
Mata Zack menjeling tajam ke Zara bersama ketapan gigi yang erat hendak hilang sabar. Dia dah agak yang kawan baik Sarah ni hanya akan menjadi pengaruh tak baik pada Sarah!
"Kau dah hilang akal!?Semua ni mesti kerja kau kan!"bentak lelaki itu sambil mengepal penumbuk dalam kedua-dua belah tangan. Kalau Zara lelaki memang dah pecah muka tu dia kerjakan.
"Kalau ya kau nak buat apa? Dasar lelaki murahan!"ujarnya dengan nada benci.
Kening Zack mencerun tak faham.
"Kau cakap apa?Ulang balik?" kata Zack dibalik ketapan gigi.
"Dia cakap awak lelaki murahan..."sampuk Sarah di belakang secara tiba-tiba.
Zara yang dengar memberi jelingan tidak puas hati pada Zack sewaktu lelaki itu memandang belakangnya.
Zack gerakkan mata dia ke arah Sarah dengan renungan sedih dan kecewa. Tidak faham kenapa Sarah sanggup rosakkan kereta berjenamanya itu. Mana dia nak letak muka nanti depan semua orang kalau mereka semua tahu tentang kejadian ini.
"Sarah apa semua ni?Kau dah hilang akal ke!"marah Zack.
"Saya hilang akal?"Sarah berdiri di depan Zack sambil memegang dada sendiri tanda tidak percaya dengan komen itu. "Serius!?"
Zara kemudiannya mengundur ke belakang untuk beri ruang dua orang itu bersemuka. Dia duduk diatas hood depan sebuah kereta di situ.
Sekiranya hal di luar kawalan baru dia masuk campur. Tapi Zara yakin, Sarah boleh handle semua tu sendiri tanpa masuk campurnya.
Zara sandarkan batang besi besbol tu pada kereta lalu meyilang tangan di dada dan kakinya setelah duduk. Memerhati situasi depannya dengan minat.
"Kenapa dengan kau ni! Tiba-tiba buat perangai macam ni?Tak boleh ke jadi normal. Aku dah cakapkan dari awal. Jauhkan diri kau tu dari kawan perempuan tak betul macam Zara hi..sebab ni lah aku makin malas nak hadap kau tahu tak!"Marah Zack dengan berang. "Perangai merimaskan macam ni buat aku muak!"
Air mata bergenangan di kelopak mata Sarah. Gadis itu menggigit bawah bibir menahan diri dari menangis, tapi air matanya tidak dapat dibendung dari mengalir turun.
"Sebab itu ke awak curangi saya?Bersama dengan perempuan lain...sebab saya pelik dan tak normal?Sebab awak muak dengan saya?" tanya Sarah dengan suara terketar-ketar.
Mulut Zack terkatup rapat selepas lelaki itu sedar. Matanya terbutang kaku. Sarah tahu dia bersama dengan perempuan lain!?
"Mana ada.. Apa yang kau merepekkan ni?Siapa yang cakap macam tu?"Mata Zack terarah pada Zara setelah faham apa yang berlaku. "Ini mesti perempuan gila tak guna tu kan..dia fitnah aku dekat kau?"
Sarah ketawa kecil sambil air mata mengalir di pipi dia.
"Ahaha...Zack..Zack."gelengnya. "Bukan salah sesiapa. Jangan libatkan Zara dalam hal ni...dia tak ada kaitannya langsung. Semua salah awak sendiri sebab kiss perempuan tak guna tu depan mata saya sendiri...."jelas Sarah dengan marah.
Zack terkedu. Dengan susah payah dia telan air liur gemuruhnya.Sarah tahu?Tanpa berlengah dia angkat tangan nak pegang lengan Sarah.
"Sarah...aku boleh jelaskan-"kata lelaki itu yang sudah berasa cuak. Kalau Sarah berpisah dengan dia, habislah sumber kewangan dia nanti akan hilang.
Sarah menepis tangan Zack.
"Awak selalu beri pelbagai alasan pada saya setiap kali saya nak berjumpa dengan awak? Tapi dengan senang awak boleh jumpa perempuan lain?"soal Sarah dengan sedih.
Air muka Zack terus jatuh, dari lelaki itu marah terus menjadi cuak.
"Apa kau cakapkan ni?"
"Sarah menggeleng kepala. "Jangan nak berlakon. Saya tahu semuanya...saya tahu apa awak buat dekat belakang saya Zack.."ujar Sarah sambil menyeka air mata dari pipi dengan belakang tangan. "Dan apa saya buat hari ni hanya sikit...selepas ni awak akan lihat satu persatu apa yang awak miliki di tarik daripada awak..."kata Sarah dengan nada sinis jahatnya.
Zack terus mengetap rahang hilang sabar lalu memandang Zara.
"Kau!"Zack tunding jari ke Zara. "Perempuan si*l!Kau yang buat dia macam ni kan!" tengking Zack dengan berang. Pasti ini kerja Zara! Siapa lagi selain perempuan bermasalah di kolej mereka ini. Sebabnya sejak dari awal lagi perhubungan Zack dan Sarah, Zara bencikan Zack. Jadi mesti Zara hasut Sarah dan rosakkan hubungan mereka berdua!
Sarah yang dengar terus mengangkat penumbuk dan berikan tumbukan padu satu tepat di bawah rahang lelaki itu sampai tercampak terjatuh ke belakang Zack dibuatnya.
Zara yang menyaksikan kejadian itu hanya duduk bersahaja di hood kereta tu. Sikit pun tidak tunjukkan reaksi terkejut dia. Sarah nampak aje macam spoiled rich kid, tapi sebenarnya Sarah ada black belt dalam takewando tau.
Dengan dada naik turun keberangan,Sarah berdiri melangit di atas Zack yang masih terbaring di atas jalan.
"Kau tu yang si*l!Hidup aku sekali pun tak pernah senang lepas jumpa kau!Asyik demand itu dan ini macam aku bank. Sekarang tak lagi..pergi lantak la situ apa nak jadi dengan kau dasar lelaki tak guna..."ludah Sarah sebelum berpaling dan mendekati Zara.
Zara bangun dari hood itu lalu tersenyum sinis. Memerhati Sarah menghampirinya dan beredar dari situ dengan langkah bangga.
Zara memberi high five pada Sarah saat tersenyum senang dengan tindakan Sarah.
"Nice shot babe."puji Zara.
Sarah membalas high five itu dengan ketawa riang.
"Lama dah aku teringin nak buat macam tu.." luah Sarah dengan senyum lega.
Zara yang dengar ketawa senang.
![](https://img.wattpad.com/cover/195701727-288-k947154.jpg)
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
General FictionLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...