80. Baru saya tahu sekarang...

4.4K 245 35
                                    

Ibu itik dan anak itik berenang-renang di atas kolam seiringan di perhati oleh sepasang mata yang termenung memandang ke permukaan kolam tu.

Dia melihat serangga kecil hinggap di atas permukaan air sebelum seekor ikan muncul dan memakan serangga tersebut sebelum tengelam masuk ke dalam air semula.

Sepasang mata berkedip taktala angin bertiup mengenai wajahnya.

"Zara..."satu sentuhan hinggap dari belakang sebelum melingkar ke sekeliling pingang menyentak lamunannya."Buat apa sensorang dekat sini?"satu kucupan hinggap di tepi kepala tak lama lepas tu.

Zara memalingkan badannya untuk menghadap Daniel. Wajah yang sudah ditumbuhi janggut dan misai yang tidak dicukur tiga hari tetapi masih kelihatan kemas itu di tatap lama.

"Tak ada apa-apa..."jawab Zara.

"Jom kita gerak..semua dah tunggu. Lambat nanti terlepas pulak cerita Elsa kegemaran Hana tu..."ajak Daniel.

Zara memandang cincin di jari Daniel sebelum memandang wajah suaminya itu. Keningnya berkerut seakan tidak faham akan sesuatu.

Daniel yang tunduk memandang wajah Zara lentokkan kepala ingin tahu. Kerutan itu buatkan Daniel bawa tangan untuk mengusap kerutan dikening Zara.

"Ada apa ni?Apa yang awak kerutkan?"soal Daniel.

Zara memandang kosong ke kemeja Daniel sewaktu jarinya bermain dengan butang kemeja itu. "Daniel...ada sesuatu yang saya tak tahu lagi ke lepas saya hilang ingatan?" tanya dia.

Daniel memandang Zara dengan kening terangkat.

"Kenapa tanya macam tu?"

Zara melepaskan hela nafas panjang. Bahunya jatuh tiada semangat.

"Saya tak tahu..saya cuma rasa macam ada sesuatu yang tertinggal...sesuatu yang buatkan saya rasa terkilan sangat...tapi saya tak pasti apa dia..."luahnya dengan muka tak faham.

Daniel kemudiannya mengusap kepala Zara lalu dikucup dahi isterinya dengan kasih. Sepertinya episode Zara datang semula. ini bukan kali pertama Isterinya mula berasa terganggu kerana tidak dapat mengingati semula memori yang hilangnya. Sudah banyak kali, jadi Daniel tidak cemas atau gelabah setiap kali menghadapinya.

Kejadian 12 tahun yang lalu bermain dalam fikiran Daniel. Selepas mereka turun dari kapal terbang, mereka bergegas ke hospital untuk memberikan Zara rawatan.

Memori dimana Zara tidak sedarkan diri dan koma selama dua tahun selepas pembedahan pembuangan tumor menjengah minda Daniel.

Setelah Zara sedar dari koma. Zara hilang ingatan sepenuhnya. Kesan pembedahan itu sendiri. Doktor kata tiada kemungkinan Zara akan ingat semula semua memori yang dulu.

Maka Daniel ambil keputusan untuk membawa Zara pergi. Jauh dari keluarga kandung Zara dan mereka yang mengenali Zara supaya kisah sedih Zara tidak menghantui isterinya semula.

"Tak ada..semuanya saya dah cerita. Tentang awak yang anak yatim piatu. Kita jumpa di univerisiti sama kita belajar. Awak dengan sikap Loser awak..saya dengan sikap nerd saya..kita sama suka, tapi awak sakit. Pembedahan tu buat awak hilang ingatan...dan cerita selanjutnya adalah sejarah."cerita Daniel yang langsung tidak beritahu apapun yang berlaku pada masa lampau Zara.

Dia mahu Zara hidup dengan memori baru. Bukan memori yang telah menyakiti Zara bertahun lamanya. Daniel tidak mahu menanggung sakit lagi setiap kali Zara susah hati.

Cukuplah apa yang telah dia hadapi sebelum itu. Mengenangkan saat cemas semasa Zara jalani pembedahan pun dah buatkan jantungnya bagai mahu direntap. Ini kan lagi lihat Zara tahu akan kisah silam yang mana sikit pun tiada bahagianya.

Sejak mereka berpindah jauh dari tempat kelahiran Zara, Daniel tidak lagi tahu apa yang terjadi pada James dah keluarga lelaki itu. Tapi dia sempat dengar bahawa James telah bercerai dengan isteri keduanya selepas perkahwinan Kennedy bersama Damon terhenti  ditengah jalan. Mereka bina hidup secara berasingan. Sementara Sarah sudahpun menjadi pelakon dikenali ramai. Damon masih belum berkahwin selepas kejadian Kennedy. Selepas Daniel berkahwin dengan Zara tiada lagi berita terbaru mengenai keluarga itu.

"It's okay...to feel not okay..but don't keep it that way..."kata Daniel sambil memegang pipi Zara.

Zara angkat tangan lalu memegang tangan Daniel yang berada di pipinya. Sentuhan suaminya ini tidak pernah tak buatkan dia berhenti dari merasa selamat dan hangat. Malah dia mudah rasa cemas jika Daniel berjauhan lama dengannya sekiranya  Daniel perlu outstation.

"Okay..."angguk Zara. Walaupun sudah bertahun berlalu dia tetap tidak merasa puas hati. Walaupun sudah beratus kali dia tanya soalan yang sama pada suaminya, Daniel sikit pun tidak jengkel untuk menjelaskan jawapan kepadanya.

Daniel tunduk memandang perut Zara yang sudah menunjukkan baby bump memandangkan usia kandungan mereka sudah masuk 6 bulan. Dia usap perut itu dengan kasih.

"Boleh kita pergi sekarang?"tanya Daniel dengan lembut.

Zara mengangguk kepala sambil melepaskan keluhan letih. Menjadi ibu mengandung ini makan banyak tenaga. Walaupun sudah masuk kelahiran yang ketiga, dia masih belum dapat biasakan diri lagi.

"Saya teringin nak makan cip kentang la.." tangannya mengusap perutnya sambil menelan air liur craving.

Daniel memalingkan badan Zara untuk ke pintu sambil merangkul bahu isterinya.

"Awak dah makan tiga beg semalam..tak cukup lagi ke?"keluh Daniel.

"Itu semalam...hari ni hari ni la..lain tu..." balas Zara.

"Apa bezanya...kalau dah makan kenapa teringin lagi?"soal Daniel.

Zara dongak memandang ke tepi. Memandang wajah Daniel dengan kening berkerut.

"Sekarang baru saya sedar...perangai Hana yang suka menjawab dan bercakap banyak tu datangnya dari siapa..."komen Zara.

Daniel tunduk memandang Zara bersama senyuman meleret dia. Lantas hidung Zara dicuitnya.

"Dan sekarang baru saya sedar perangai nakal dia tu ikut siapa..."balas Daniel yang memang jenis tidak reti mahu mengalah.

Zara membuat muka.

"Nerd!"gumam Zara dengan jengkel.

"Loser.."sakat Daniel.

Dua orang itu jalan seiringan menuju ke pintu masuk rumah saling bergandingan sambil bertekak.

~TAMAT~

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now