"Ke rumah keluarga awak?"Daniel bertanya.
"Ya..."
"Kenapa?"
"Ada sesuatu yang saya perlu lakukan di situ. Senior bawa saja saya ke situ.."
"Tapi awak baru saja keluar hospital...tak boleh ke awak Tangguh sementara Waktu?"berkerut kening Daniel kerana risau.
"Hahah...kan saya dah beritahu saya tak apa-apa. Boleh tak berhenti risaukan saya."
"Kalau macam tu saya temankan awak.."
"Tak perlu. Saya boleh uruskan sendiri. Senior bawakan saja barang saya ke hostel. Nanti saya minta dari senior semula."
Perlahan-lahan pintu bilik bacaan di tolak ke dalam tanpa terlebih dahulu mengetuknya. Bagi dia ketuk atau pun tidak sama saja tiada beza. Bukannya dikisahkan sangat. Sebaik sahaja kuakan pintu terbuka luas sedikit, suara orang marah-marah mula kedengaran dengan jelas.
Menyentak telinga Zara yang mendengar. Melangkah saja masuk, suara marah tersebut semakin jelas kedengaran.
"Boleh tak sabar...orang tua tu tak mati lagi macam mana aku nak dapatkan harta dia." tengking Encik James di depan meja kerja sewaktu bercakap melalui telefon. Lelaki itu berdiri membelakangkan pintu masuk. Maka kehadiran Zara di situ langsung tidak disedarinya.
Lantas Zara jalan mendekati belakang Encik James lalu berdehem. Menarik perhatian orang tuanya untuk berpaling ke belakang yang mana berhasil. Seperti baru melihat hantu hidup semula, mata Encik James terbuka luas. Keningnya terangkat tinggi.
"Aku call kau balik..."Encik James memutuskan panggilan serta mertas sebelum mendekati Zara Bersama riak bengisnya. "Apa semua ni Zara?Mana kamu sudah menghilang?! Phone off...tiada di hostel...kamu tahu tak gara-gara kamu ayah terpaksa hadap semua kesusahan ni..."bebel lelaki itu dengan berang. "Kalau ya pun call atau mesej ke apa untuk beritahu dimana keberadaan kamu..Encik Benz tak henti-henti tanya soalan yang sama bila kamu hendak bersetuju dengan lamaran mereka itu....pening tahu tak kepala ayah."
Sedang Encik James sibuk membebel, Zara menyilang tangan ke dada lalu sempat melemparkan pandangan ke arah bingkai gambar keluarga yang mana tiada wajahnya di mana-mana dalam bingkai gambar di situ.
"Aku setuju tapi dengan satu syarat..."aju Zara sambil memandang Encik James dengan renungan tidak berminat.
"Apa syarat tu?" Encik James pula menyilang tangan ke dada. Keningnya mencerun tidak puas hati.
"Berikan nenek aku pada aku...biar aku yang jaga dia..."aju Zara.
"Apa kamu kata?"mencerlung kening Encik James.
Zara melepaskan hela nafas penatnya. Hanya ini saja penyelesaian yang ada. Dia sudah berfikir panjang selama dua minggu ini. Untuk mendapatkan neneknya semula, nak tak nak dia perlu terima lamaran ini.
"Setuju atau tidak. Itu aje. Tiada rundingan lagi." aju Zara dengan tegas.
Encik James melepaskan hela nafas tak percaya dengan mulut terbuka sedikit kerana tergamam dengan syarat itu.
"Kalau ayah tak setuju dengan syarat itu maka kamu takkan terima lamaran Damon?"soal Encik James.
Zara mengangguk kepala.
"Lain lah kalau kau nak semua saham impian kau tu lerlepas dari hidup kau?"ugut Zara sambil menilik kuku jarinya. Lama dah dia tak potong. Panjangnya tu kalau cakar orang mahunya berdarah ni.
James mengetap gigi kerana berasa terperangkap di situ. Kalau dia lepaskan ibu mentuanya. Lambatlah orang tua tu nak mati. Kalau dia tak setuju pula, habislah peluang dia untuk mendapat saham...
"Fine..."setuju Encik James dengan terpaksa.
"Ingat ya...sekali kau mungkiri janji. Bukan setakat kau hilang aku, malah kau akan kehilangan peluang untuk menjadi orang berkuasa di syarikat kau tu nanti..."ugut Zara sebelum berpaling keluar dari bilik bacaan itu.
Encik James di situ hanya diam berdiri memerhati langkah Zara bersama kepalan penumbuk di tangan.
Setelah itu Zara mengatur langkah untuk ke bilik Kennedy. Hendak bincangkan sesuatu dengan gadis itu.
Dan bila Zara buka pintu bilik, dia perasan semua lampu terbuka tetapi tuan punya bilik langsung tidak kelihatan di mana-mana.
Dan bunyi air mengalir kedengaran dari dalam bilik mandi sebelah kanan laluan pintu bilik itu.
Perasaan dejavu menerjah hati. Zara berasa awas secara tiba-tiba. Dengan mata liar melihat sekeliling bilik Zara berjalan masuk ke dalam bilik.
"Ken?"panggil Zara sambil melihat sekeliling. Bila tiada sahutan Zara menjadi risau dengan apa yang ditakuti selama ini.
Takkan la!
"Kennedy!Kau dekat mana?"panggilnya.
Zara terus berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik di serbu buka dengan laju. Berdiri sahaja dia di depan pintu Zara kaku kejung di situ. Nafasnya tertahan dengan mata terbutang luas apabila melihat keadaan di depannya.
"Ya tuhanku! Ken!"jerit Zara dengan kengerian apabila melihat Kennedy terbaring di dalam tab mandi dan berendam dengan darah sendiri.
Pergelangan tangan gadis itu berlumuran darah, wajah gadis itu pucat lesi.
Berhati-hati Zara matikan paip air sebelum mencapai tuala. Dia balut pergelangan tangan Kennedy dengan tuala tu.
Takkan sekali lagi!
Tolonglah!
"Please Ken..."minta Zara masa tepuk pipi pucat Kennedy. "Buka mata kau!"
YOU ARE READING
2. Love The Way You Lie
Ficção GeralLike a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menan...