♪
× Jungkook pov ×
Kedua - dua tangan ku tangkas menekan skrin smartphone , cuba untuk memenangi permainan yang aku bermain sekarang.
Jungkook , kau tahu tak haelmonie risau sangat dekat kau tadi.Dari pagi ke senja tak balik rumah.
Pergerakan tangan ku terhenti apabila mengingat balik kata² hyung tadi.
Last² kami semua jumpa kau dekat tepi curam dengan keadaan tidak sedarkan diri.
Haelmonie menangis lihat kau dalam keadaan sebegitu.Apa yang terjadi sebenarnya ?
Aku melepaskan keluhan , rasa sebersalah mula menyelubungi diri ku.Kalaulah aku tak degil pergi tepi curam tadi , mesti benda ni takkan terjadi.
Tapi .. lelaki tadi.
Siapa dia sebenarnya ?
tok tok
Beberapa bunyi ketukan singgah pada pendengaran ku.Aku segera menoleh ke arah tingkap bilik.Sebaik sahaja aku menoleh,
" opocot mak kau hijo ! "
Smartphone yang berada di tangan ku terlepas.Aku membulatkan mata dan mengusap dada ku perlahan.
Cuba tenangkan diri.Relaxx
Mana tak terkejut tiba - tiba ada wajah manusia dekat luar tingkap.
Aku , sabo je lah
Aku pandang semula ke arah tingkap selepas tenangkan diri.
Aku tersentak melihat wajahnya.Itu kan ,
lelaki tadi ?
Buat apa dia datang dekat sini.Ketuk tingkap orang waktu malam.Pintu kan ada , kenapa mesti tingkap ?
Dia ketawa di sebalik kaca , muka kelihatan pucat sedikit.
Tiba - tiba pandangan aku tertancap pada tangannya.
Itu , earphone aku ! Macam mana boleh ada dekat dia ?
Aku segera bangun dari birai katil dan menuju ke arah tingkap.Aku membuka tingkap lalu merampas earphone milik ku daripada genggamannya.
" Tadi tertinggal.Aku nak pulangkan balik kat kau " Dia melemparkan sebuah senyuman manis kepada ku.Aku hanya angguk saja sambil memerhati earphone di tangan.
" Thanks " Kata ku ringkas kepadanya.
" Thanks jugak sebab selamatkan aku tadi " Balasnya.
" Kau , tak takut ke duduk dekat tempat gelap ? Semua rumah dah blackout termasuk rumah kau.Kau tak nak baiki balik ke ? " Aku berpaling ke arahnya.Dia melihat sekeliling bilik ku yang gelap gelita.
Ya , baru sahaja haelmonie dengan hyung beredar dari sini , tiba² saja rumah ni blackout.Aku pun , biarkan saja.
" Tak.Aku bukan budak kecik.Aku ok je duduk dekat tempat gelap " Selamba aku berkata.
" Bagi aku masuk , biar aku tolong kau baiki balik " Tangannya menolak aku ke tepi.Dengan selamba badak dia masuk ke dalam bilik aku.
" ppalli.Tak elok biarkan rumah gelap gelita " Lengan ku di tarik olehnya sehingga keluar dari bilik.Serius , memang gelap.Aku tak boleh nampak apa².
" Kau nak tahu tak ? Aku benci gelap.Bagi aku , bila aku berada dalam kegelapan.Aku rasa macam sesak nafas , terkurung , tak dapat melihat apa² , hanya kegelapan di sekeliling "
" Kau pun rasa macam tu bukan ? "
Aku terdiam , lengan ku masih di tarik olehnya.
" Ok aku tolong kau.Buka kotak dekat sebelah kau "
Aku patuh arahannya lalu tangan ku meliar sekeliling mencari kotak itu.Benda keras yang bersegi empat tepat akhirnya aku dapat jumpa.
Aku membuka kotak itu.
" Ok , kau tekan suis tu "
" Ha tu "
" Lepastu kau tekan suis sebelah dia pulak "
Apa yang dia suruh , aku ikut satu persatu.
Dan akhirnya , lampu di dalam rumah ini kembali bernyala semula seperti sedia kala.
" Wah , aku dah terer "
Puji ku.Aku mengalihkan pandangan ke arah dia.Dia turut tersenyum.
Ingat aku tak Jungkook ?
Kawan baik kau dahulu ?tbc
vomment ;)
tq !🌸
YOU ARE READING
[C] heartbeat┌ jjk
Fanfiction" Cuba kau rasa , tiada degupan bukan ? " " Aku dah berikan jantung aku kepada seseorang yang penting dalam hidup aku " " Aku , betul² rindukan dia " - ? Start: 4/8/2019 End: 29/11/2019 Cast: Jeon Jungkook Park Jimin yeah jikook story guys . Cerita...