24 ° 🥀

289 44 3
                                    

Kedua - dua mata ku serta merta terbuka.Kata - kata misteri tadi masih lagi terngiang dalam fikiran ku.

Perbualan seorang budak lelaki dengan orang tua..

Mustahil ..

Aku seka air mata aku yang mengalir deras , suara tangisan ku di tahan dengan perlahan supaya tidak mengejut haelmonie daripada lena di buai mimpi.

Dan angin kuat dari tingkap menyelak belakang halaman terakhir diari haelmonie.

Ada satu kepingan gambar di tampal pada halaman tersebut.Gambar budak lelaki yang tersenyum duduk di atas bangku.

Ini , gambar aku masa kecil.Aku dapat mengenal pasti budak lelaki yang ada dalam gambar ini adalah aku.

Kepingan gambar ni , tak sempurna.Ada lagi sambungannya..

Jap ,

Aku keluarkan kepingan gambar yang aku jumpa dekat laci Jimin hari tu.Kemudian, aku dekatkan kepingan gambar Jimin dengan kepingan gambar yang ada dalam diari haelmonie.

Gambar Jimin masa kecil juga terduduk di atas bangku sambil tersenyum.

Aku dekatkan lagi kedua - dua kepingan gambar itu sehinggalah tercantum ,

menjadi satu kepingan gambar yang sempurna.

Aku terdiam seketika ,memproses semula semua perkara tadi.Isi dalam diari haelmonie dan suara- suara tadi..

Jadi , nama Jimin yang selalu di sebutkan pada diari haelmonie dan perbualan tadi ..

~🥀~

×Author pov×

Jungkook berlari di sekitar kawasan kampung haelmonienya.Sambil dia berlari , pandangannya di pusing ke kanan dan ke kiri untuk melihat setiap kawasan dengan mata yang berair.

Pada waktu malam yang sunyi dan semua penduduk sudah lena tidur di rumah masing² , hanya Jungkook seorang sahaja yang masih lagi aktif untuk mencari sahabatnya.

Tersedu sedan dia menangis dengan kaki yang masih lagi pantas berlari , memerhati setiap pelosok rumah.

Dia dah ingat segalanya.

Tentang Jimin dan diri dia yang dahulunya buta sejak kecil.

Baru sahaja dia melihat kepingan gambar dia dengan Jimin masa kecil sebentar tadi , satu persatu memori dia dengan Jimin muncul di fikirannya , serta merta.

Kini , baru dia sedar siapa Jimin sebenarnya.

Dalam hatinya , dia berkata berkali - kali ,

harap dia dapat bertemu semula dengan Jimin selepas memarahinya di perhentian bas pada waktu petang tadi.

Dia , dah sakitkan hati sahabatnya sendiri..

Jungkook akhirnya berhenti di tepi jalan.Tangisannya masih lagi di teruskan.

Sudah merata tempat dia cari.

Dia takut , Jimin menghilang dan tak nak bertemu dengan dia lagi buat selama - lamanya.

Dia tidak akan berputus asa , dia mencari semula walaupun di tempat yang sama.

Dan akhirnya , kedua - dua kakinya terhenti daripada melangkah maju kehadapan.Sekarang dia berdiri di hadapan sebuah taman.

Matanya fokus melibat susuk tubuh yang duduk di atas bangku bersebelahan dengan taman tersebut.

" Jimin .. " Jungkook berkata dengan nada serak.Matanya kelihatan sangat merah dan sembab.

Jimin yang duduk di atas bangku itu terkejut dengan kehadiran Jungkook selepas dia mengangkat kepalanya.

Jungkook yang berdiri di bawah lampu jalan , menampakkan wajah sedihnya dengan lebih ketara.

Mereka berdua hanya kaku memandang sesama lain.

Terus , Jungkook berlari melepasi jalan raya kecil dan masuk ke kawasan taman tersebut sehinggalah menghampiri Jimin yang masih lagi kaku.

Dengan sekelip mata sahaja , Jungkook memeluk erat Jimin.

Kedua - dua mata Jimin terus terbeliak dengan tindakan Jungkook.

" Aku ,minta maaf .. "
















 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






tbc
vomment
tq !✨

[C] heartbeat┌ jjkWhere stories live. Discover now