22 ° 🥀

305 45 1
                                    


" Haelmoniee demam ni , esok je lah hantar barang dapur ni semua.Lagipun dah lewat malam dah " Aku mengambil semua plastik yang berisi dengan barang dapur di genggaman haelmonie.

Banyak kali juga haelmonie tolak dengan cadangan aku.

Tapi aku paksa juga demi kesihatan dia.

Dan kali ni , dia akhirnya mengalah dan semua barang dapur itu bertukar tangan.

Dengan wajah kuyunya , menjadi tatapan aku.

Dah lah baru lepas menangis , aku tak tahu sebab apa.

Aku memang nak tanya sebab kenapa dia nangis.Tapi better lain kali aku tanya dia , bagi dia rehat dahulu.

Aku meletakkan semua barang dapur tersebut di meja makan.Kemudian membimbing haelmonie menuju ke biliknya.

Aku buat apa yang patut , bagi ubat , letakkan kain basah di atas kepalanya dan selimutkannya.

Sehinggalah dia terlena tidur.Aku mengusap tangannya yang berurat itu dengan pandangan sayu.

Haelmonie , cepat lah sembuh ye ?

Aku akhirnya berjalan keluar dari bilik haelmonie.Pintunya aku tutup dengan perlahan.

Pandangan ku terus tertumpu pada pintu bilik aku.

Ya , buku tadi ..

Apa isinya dalam buku tu ?

Perlahan - lahan aku memulas tombol pintu , dan ia terbuka.

Bilik ini kekal bersih dan kemas seperti pertama kali aku jejak dekat sini.

Bawah katil ku terus menjadi tatapan ku.Dengan perlahan, kaki ku menuju ke katil dan badan ku membengkok mencari buku tersebut di bawah katil.

Akhirnya buku tersebut berada di genggaman aku , segera aku menariknya keluar dari bawah katil ini.

Muka hadapan buku itu aku lihat dengan teliti.

' Diari ku '

Buku ni nampak macam dah lama , sebelum aku lahir agaknya.

Ini diari haelmonie , kenapa dia simpan dekat bilik ni sedangkan ni diari dia.

Dengan rasa ingin tahu yang lebih mendalam , aku sengaja membuka helaian pertama sambil melabuhkan punggung di atas katil.

•~•~•~•~•

1/9/2003

Jeon Jungkook , nama yang aku berikan kepadanya dan cucu kedua ku.Sungguh comel dan kacak seperti ayahnya.Setiap kali aku melihat wajahnya , di usap2 pipinya yang lembut dengan kecomelannya.Aku harap , dia di didik dengan pendidikan yang baik pada masa hadapan kelak.

•~•~•~•~•

Tarikh ni.. waktu aku lahir..

•~•~•~•~•

3/9/2003

Mulai hari ini, Jungkook di bawah bimbingan aku.Hanya kerana dia buta, dia di gelarkan anak cacat dan bukan anak kandung.Ini ke ajaran omma selama ini kepada kamu Yeona? Walaupun dia buta, dia tetap sayang kamu dan jaga kamu hingga akhir hayat kamu,percayalah.Aku sungguh kecewa dengan sikap anak aku sendiri, tidak tahu erti bersyukur langsung.Aku tetap sayangkan Jungkook walaupun dia tak sempurna seperti kanak2 yang lain.

[C] heartbeat┌ jjkWhere stories live. Discover now