08 ° 🌠

313 49 0
                                    






♪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



× Jungkook pov ×

Aku melihat bangunan yang berada di hadapan aku , warna cat yang sudah luntur , dinding yang berkerak , ergh.

' Asrama penuh gyeok ill '


" Buat apa kita pergi dekat asrama ni ? " Soal ku kepada Jimin.Ni ke tempat yang dia maksudkan tadi.

Jimin memandang ku sejenak terlebih dahulu sebelum merespon soalan aku.

" Ikut je aku " Aku mengerutkan dahi.Dengan selambanya Jimin menarik lengan aku sehingga melepasi pagar masuk kawasan asrama ni.

" Yah , lepas. " Aku cuba lepaskan pegangannya pada lengan ku.Haih , kuat jugak dia ni.

Aku mengalah.Aku biarkan je Jimin tarik lengan aku.Ikut sahaja ke mana dia nak bawa aku.

Kalau boleh , jalan satu round asrama ni terus.

Tiba - tiba ada satu bau yang menyenangkan menusuk lubang hidung ku.Ia seperti bau , kimchi rebus yang selalu di masakkan oleh haelmonie.

Betul² sama baunya.

Perut aku pun dah buat konsert.Laparr

Dan ya , aku baru perasan yang kami berdua dah melangkah masuk ke kantin asrama.Aku nampak ada sekumpulan remaja lelaki duduk di satu meja kantin serta dengan..

haelmonie ?

Aku pandang ke arah Jimin yang berada di sebelah aku.

" Haelmonie kau kerja dekat sini.Dia sebagai tukang masak ataupun ibu kepada semua anak yatim dekat sini.Kalau kau nak tahu , asrama ni khas untuk remaja yang cacat cela ataupun tidak sempurna seperti manusia yang lain.Seperti kita , dapat melihat , dapat mendengar.. "

" Sebab tu lah dia selalu sibuk.Dia terlalu sayangkan mereka.Tapi kau jangan salah faham pulak , dia pun sayangkan kau lebih dari mereka "

Aku tundukkan kepala selepas mendengar penjelasan daripada Jimin.

" Jungkook ?! "

Kepala ku terus di angkat semula , haelmonie dapat tahu kehadiran aku di sini.

Haelmonie berjalan menuju ke arah aku.

Aku menoleh semula menghadap ke arah Jimin.Sebaik sahaja aku menoleh , Jimin dah pergi tinggalkan ku.




















tbc
vomment
thanks !🌚❤️

[C] heartbeat┌ jjkWhere stories live. Discover now