26 ° 🥀

317 43 4
                                    


" Jangan paksa diri kau .. Biarlah memori tu datang dengan sendiri .. Aku tak nak kau jadi lebih teruk .. " 

" Apa .. maksud kau Jimin ..? "

Rasa sakit di kepala Jungkook mula surut lalu dia berpaling semula ke arah Jimin.Masih lagi kelihatan ketara mata sembabnya.Mulut Jimin tergumam , dia tak tahu nak jelaskan kepada Jungkook.

" ani , tak ada apa2.. Better kau balik sekarang.Rehatkan badan kau tu , jangan selalu tidur lambat " Kata Jimin serius.

Jungkook, dia hanya mendiamkan diri dengan mata kekal melihat Jimin di hadapannya.Satu persatu ayat dia lafazkan di dalam hatinya,

dengan hati yang masih sakit.

Semua perkara ni , aku langsung tak tahu..

Haelmonie dengan hyung tak pernah ceritakan pasal ni semua..

Dorang ada rahsiakan sesuatu ke dari aku..?

Semua perjalanan dan kisah hidup aku dekat sini tak pernah aku ingat sama sekali.

Malah, aku pun tak tahu selama ni aku di lahirkan dengan penglihatan buta.

" Jungkook? Dengar tak aku kata? "

Jimin sekali lagi bersuara mengejutkan Jungkook daripada terus mengelamun.Jungkook menggeleng kepalanya perlahan sambil menunduk.Dia memegang kepalanya dan menahan air matanya sekali lagi mengalir.

" Aku serabut .. Apa yang terjadi dekat aku sebenarnya ? " Katanya dengan nada pelan.Kemudian Jimin memegang kedua - dua bahu Jungkook.Jungkook masih lagi kekal posisi dengan menundukkan kepalanya.

" Jungkook, pandang aku " 

Kepala Jungkook akhirnya terangkat , tepat2 bebola anak matanya memandang ke arah Jimin.

" Aku tahu kau nak penjelasan tentang semua ni.Buat masa sekarang, kau perlu hiraukan benda ni buat sementara.Aku sebagai sahabat, aku tak nak kau dapat tekanan emosi macam ni.Even sekarang ni aku .. hantu "

Suasana di antara mereka membisu seketika.

" Aku tak sangka, yang aku betul2 mengalami situasi ni yang selalu ada dekat cerita hantu.. Aku hanya ingat perkara hantu ni semua remeh2 sahaja.Selalunya, hantu itu akan hilang serta merta bila dendamnya sudah terbalas , ada juga yang menghilang begitu je .. sebab nyawa dia dekat atas muka bumi ni dah tiada.. Jadi kau , akan tinggalkan aku jugak Jimin ? "

Jimin gigit bawah bibirnya lalu kedua - dua tangannya jatuh dari memegang bahu Jungkook.

" itu memang betul.. bila2 masa sahaja aku akan terhapus.. Tapi aku takkan sesekali tinggalkan kau kawan.Aku nak luang masa dengan kau.Kau dulu selalu kata yang kau teringin sangat nak tengok rupa aku macam mana.. Kau pun teringin nak tengok rupa sendiri termasuk haelmonie kau " 

" Aku tak ingat semua tu .. Jimin.Sumpah , aku tak ingat langsung. "

Jungkook mengeluh semula.

" Aku perlu penjelasan ni semua dari hyung dengan haelmonie .. " Jungkook terus bangun.Kakinya mula langkah meninggalkan Jimin.

Tetapi Jimin sempat halang.

" Sekarang bukan masa yang betul Jungkook.Lain kali ? Haelmonie tengah tidur.Kau tak boleh paksa dia ceritakan segala - galanya buat masa ni "

" Then kau ceritakan dekat aku "

Mata mereka bertembung semula.Jimin turut bangunkan dirinya dengan mata masih memandang Jungkook di hadapannya.

[C] heartbeat┌ jjkWhere stories live. Discover now