Gaduh ?

29 4 0
                                    

Aku termenung. Memikirkan masalah yg sedang menimpa diri. Huhu.. Sedihnyaa.

Aku dan Hae Ra hanya memandang June yg baru saja tiba dari padang latihan petanque. Dia menyuruh junior-junior didikannya untuk berehat seketika.

"Eiyy kenapa lah ada si junior gedik ni yg aku kena ajar? Benci betul lah. Dia dengan kak dia sama ja gedik", kata June setelah tiba di tempat kami. Aku dan Hae Ra berpandangan.

"Siapa? " Hae Ra bertanya.

"Tu lah si Jinna tu. Kelas nombor tiga. Uishh dia tu memang gedik. Dah la pakai baju kalau boleh nak singkat ngan ketat lagi. Korang cuba tengok kaki dia. Stokin tu kan kalau boleh mmng tak nak pakai langsung. Semua nak tayang. Eiyy sakit hati aku", ujar June dengan penuh marah dan sakit hati.

"Habis tu apa kena-mengena dengan kak dia pulak? " tanya aku.

"Yg kak dia tu pun spesies macam dia jugak. Dah la pinjam duit aku dulu pastu tak reti nak bayar balik", balas June.

"Dah tu kenapa kau tak mintak? Kan dia sama sekolah dengan kita? " Hae Ra bertanya hairan. Benda simple je. Pergi la mintak balik. Settle masalah.

"By the way kak dia yg mna? " aku bertanya. Aku sebenarnya bukan kenal sangat senior perempuan ni. Kalau lelaki kenal la. Tambah-tambah yg handsome lepas tu hot pulak an. Lagi aku kenal. Hahaha..

"Ish kau ni. Kak dia yg nama Jinni tu la. Kelas apa aku tak ambik tahu pulak. Buang masa je", June berkata sambil matanya diputarkan ke atas. Eiy ingat elok ke? Rasa nak pelempang giy ada la. Haha

"Hm lantak la. Kalau kau bagitahu aku macam la aku dapat kenal dia terus. Huhu", aku berhuhu disitu.

Kami terus membawang tentang si Jinna dan kakaknya Jinni. Loceng kedengaran menandakan waktu pertukaran subjek.

Tanpa diduga dan dijangka, keluar lah si Jin yg sedang lalu lalang di depan koridor. Adui laa. Mampus aku kalau dia jadi sawan main lambai-lambai nanti. Dah la ada June kat sini. Huhuhu..

Tepat seperti jangkaan aku, dia dengan muka tak tahu malunya memulakan aktiviti lambaian kasih untuk aku. Hm mamat ni bila nampak aku mesti buat macam tu. Muka aku ni mmng ada nampak macam muka mintak lambaian kasih dia ke?

Kalau Yoongi yg lambai tak apa lah jugak. Bahagia jap kat situ. Hohoho. Kay aku dah melalut lagi.

June hanya memandang.

"Aku tahu dia lambai kat kau, Jae Mi. Jangan nak tipu aku. Aku nampak tadi. Pastu kau pun dengan gediknya lambai balik kan kat dia? Eiy tak faham betul la aku dengan kau ni. Crush aku pun kau nak ambik ke? Dah la Yoongi pun dulu ex crush aku. Tu pun kau minat dia sampai sekarang kan? And now aku tak faham lah kenapa kau nak kena berlambai-lambai dengan crush aku tu? Kau ni sebenarnya kawan jenis apa hah? " June berkata.

Aduii.. Dia punya words tu mmng nak bagi aku sentap habis ke apa? Tapi mmng aku sentap la jugak huhu.

"Eh baik-baik sikit kay. Yg pasal Yoongi tu mmng aku tak nafikan yg kau dulu pernah suka dia tapi aku suka dia pun time kau tak suka dia dah kan? Sekarang kau nak ungkit pulak. Yg pasal junior favourite kau tu, aku pun tak nak la kat dia tu. Even kau tak suka dia pun, aku tetap takkan suka dia. You know why? Sebab taste aku bukan junior sama macam kau. Aku suka org yg lebih tua dari aku. Kalau sama tahun tu maybe dia lahir awal dari aku. Aku tak minat la dengan junior-junior bagai ni. Jangan nak samakan aku dengan kau even kita pernah suka org yg sama. Sebab aku memang takkan minat junior dan jadikan dia sebagai crush aku. Bukannya macam kau. Dah la crush punya banyak. And then nak salahkan aku bila jadi macam ni. Even aku layan je si Jin tu, tak bermakna aku akan suka dia. Kau kena ingat. Takkan ada satu lelaki pun yg dapat mengantikan Yoongi dalam hati aku. Kecuali kalau org tu senior. Lagi satu, otak tu letak la kat kepala sikit. Fikir logik la takkan aku nak tikam kawan aku depan-depan macam ni kan? Lagi pun aku bukannya jenis yg macam tu. So, sebelum nak cakap apa-apa or nak tuduh org tu, pastikan kau tahu perangai dia macam mana. Tak la nanti kau yg kena balik. Dah la chau lu. Buat semak je dekat sini", aku membalas.

Dengan kadar segera, aku melangkah meninggalkan mereka berdua yg masih dalam keadaan terpinga-pinga. Huh, fikir aku tak boleh ke nak balas balik.

Dah la malas nak fikir dah. Lantak lah nak jadi apa pun. None of my business.

JuniorWhere stories live. Discover now