Sepanjang persekolahan aku di Victoria High School, aku mendapat ramai kawan baru contohnya kawan-kawan aku yg sekarang ni la. Malas nak kenalkan sebabnya semua org pun dah kenal kan.
Aku dan Seong Woo pun mempunyai banyak moment-moment yg boleh dikenang sepanjang zaman. Hoho.. Salah satunya time hari sukan sekolah.
Aku merupakan seorang ahli rumah sukan berwarna biru. Seong Woo pulak rumah sukannya berwarna hijau. Sebenarnya aku harap aku dan dia akan satu rumah sukan tapi sayangnya hajat tak kesampaian. Bak kata Hae Ra, cikgu penghalang cinta. Huhu..
Nak dijadikan cerita, pada petang itu kami mengadakan acara awal sukan. Memandangkan dia ahli dari rumah sukan hijau maka aku tak boleh lah nak sokong dia. Huhuhuhu.. Tapi bukannya org tahu pun kalau aku sokong dia kecuali kalau kawan-kawan aku lah sebabnya mereka sudah tahu bahawasanya aku, Jae Mi amatlah menyukai Seong Woo itu. Hohoho ayat asal la tak boleh blah entah.
Acara awal sukan dimulakan dengan acara lompat tinggi. Seong Woo sememangnya pakar dalam bab lompat-melompat ni. Tak kira la lompat tinggi ke, lompat jauh ke ataupun lompat ke dalam hati aku. Ehhh... Abaikan-abaikan..
Dulu pun walaupun dia tak sama rumah sukan dengan aku, aku still sokong dia. Nak buat macam mana lah kan dah cikgu tu tak nak bagi aku satu rumah sukan dengan dia jugak. Apa boleh buat. Kite redhoo..
Lepas acara lompat tinggi, acara lontar peluru pulak. Lepas tu acara lompat jauh dan diakhiri oleh acara larian. Semasa Seong Woo berada di tempat menunggu atlet-atlet larian itu, aku sempat lah bereye-contact dengannya. Uishh jadi gila la aku masa tuu. Bahagia sampai tak sedar aku dah terover tampar si June ni. Nasib dia lah siapa suruh sama rumah sukan dengan aku kan hahahahaha.
Dah la si Seong Woo tu handsome nak mampuss. Dengan pakaian atlet dia tuu. Fuh recikss siaa.. Macam mana lah aku tak terover. Iya kan, iya kan??
Sempat lah aku tergedik membuat mini love untuk Seong Woo pujaan hati ituu.. Yang tak boleh move onnya, dia senyum weyhh.!! Dah la senyuman dia manis bak gula-gula. Lama-lama nanti aku kena diabetes laa nampak gayanya.
Tapi masa tu aku tertanya-tanya la kan kalau Seong Woo ni suka aku jugak. Ye la tak pernah lagi lah aku nampak dia senyum time fans dia buat mini love untuk dia. Ni first time kot. Bukannya aku sengaja nak perasan tapi dah namanya aku ni si stalker berjaya so aku tahu la pasal benda berkenaan dia semua.
Hm abaikan je lah dulu sementara waktu ni. Entah-entah dia sengaja kot sebabnya dia sudah lama tahu yg aku ni fans dia dari dulu sampai lah sekarang. Dah la dia tu playboy berjaya dan terjaya di abad ini. Hohoho..
Aku pun tak pasti lah kenapa aku selalu suka org yg bukannya nak kata jahat tapi tu lah jenis-jenis macam tu lah. Bukannya nak kata Seong Woo ni jahat tapi dia ni nakal sikit lah.
Tu je la flashback pasal hari sukan yg tak berapa nak best tu.
5 March
Hari ni macam biasa lah aku datang ke sekolah. Tapi semalam sangatlah luar biasa! Nak tahu sebab apa? Sebabnya........
Semalam aku wish birthday Seong Woo my crush!! Sebenarnya bukan semalam birthday Seong Woo tapi 3 March. Aku wish semalam pun sebabnya time birthday dia tu cuti sekolah. Bukannya tak nak wish dalam phone tapi macam tak best pulak kan kalau wish dalam phone je..
Yang pastinya aku happy semalam sebabnya... Marilah kita flasback balik.
4 March
Lepas je loceng tamat waktu rehat berbunyi, aku pun mengejar lah Seong Woo yg nampaknya sedang menaiki tangga berseorangan. Tanpa membuang masa dan kesempatan yg jarang muncul ni, aku pun menaiki tangga dengan segera agar langkahku sama dengan Seong Woo.
Bukannya nak buat apa pun just nak wish happy birthday je untuk Seong Woo ni.
"Weyh, Seong Woo! Happy birthday", kataku dengan suara yg ceria. Ye la takkan nak muram pulak kan? Macam tak kena je nanti.
"Ouh, Jae Mi. Thank you very much. Nanti jemput lah datang rumah time birthday aku", katanya padaku.
"Apa? " aku bertanya. Sebenarnya aku dengar je tapi aku tak percaya yg dia nak ajak aku pergi rumah dia. Oh my goshh
"Nanti datang lah rumah aku", ujarnya sekali lagi. Aku tersenyum.
Seong Woo dari aku wish sampai lah sekarang dia still senyum time cakap dengan aku. Aku pun tak tahu lah kenapa. Huhuhu.. Dah dia senyum aku pun senyum lah takkan nak bagi dia senyum sorang-sorang kot. Tak ke jahat aku kalau macan tu?
"Ouh okay", ujar aku dengan tersipu-sipu malu. Ye la bahagia time tu. Dah crush ajak pergi rumah dia kot. Gila la tak bahagia.
"Mesti kau dapat banyak hadiah kan? Sorry lah sebab tak dapat bagi kau hadiah", ujar ku sambil kaki melangkah menaiki satu per satu anak tangga.
"Ouh tak apa. Nevermind", katanya.
Kami pun berjalan bersama sampailah di kelasnya, kami berpisah. Ye lah dia kan tak sama kelas dengan aku.
Sepanjang hari itu aku hanya tersenyum bahagia. Hohoho..
End flashback 4 March
Itu lah apa yg berlaku semalam. Tapi nampaknya kebahagiaan yg dikecapi tak bertahan lama. Aku mendapat berita bahawa Seong Woo sudah mahu berpindah ke sekolah barunya, Esclipe High School.
Huaaaaaa!!! Tak sukanyaa!! Kenapa dia kena pindah jugak? Tak boleh ke kalau dia stay je di Victoria High School ni? Baru je aku bahagia sebab dia semalam.
Huhu sedihnya aku. Sempat jugak lah aku bercakap berkenaan perkara ni dengan dia.
"Weyh aku dengar kau nak pindah sekolah? Betul ke?? " tanya ku.
"Haah", ringkas sahaja jawapan Seong Woo.
"Hari ni last kan kau ada di Victoria High School? " tanya ku lagi.
"Haah", sama seperti tadi, dia hanya menjawab ringkas.
"Hm jahatnya", ujar aku buat kali terakhir. Aku terus memasuki kelas.
Hari itu aku hanya mempalau semua org. Termasuk lah kawan-kawan aku sendiri. Setelah kejadian itu, mulut aku yg selama ini petah berkata-kata hanya terkunci rapat. Tak ada mood nak bercakap.
Keesokkan harinya, aku tidak dapat melihat kelibat hatta bayang Seong Woo lagi. Semua tempat yg telah mencipta kenangan dan moment bersama Seong Woo kini hanya menjadi salah satu tempat untuk aku terus mengingatinya.
Ong Seong Woo. Hadir tidak diundang pergi tanpa dipinta. Dan disaat itu, Kim Jae Mi hanya lah seorang manusia yg kesunyian.
_________________________________________
Hm rasa macam tak best je part ni hahaha. Btw maybe author akan lambat update sebab busy. Bagi yg still baca story author yg tak best and banyak benda yg merapu ni thanks a lot!! Thank you very much!! Hmm.. Okay tu je kot author nak mencelah. Ouh sebelum terlupa please vote story ni. Thanks for your support. Bye byee!!
YOU ARE READING
Junior
Non-FictionJunior? Crush? "Kalau kau ada suka someone bagitau je aku kot la aku boleh move on dari kau hm, " ~ Jae Mi "Taksuka sapa pun, " ~ Yoongi __________________ If you love me I will love you back but why when I love you, you won't love me back? •Sunsh...