Flashback (1)

19 5 0
                                    

Waktu rehat

Aku berjalan perlahan menuju ke arah library. Sebenarnya aku nak teman Hae Ra bertugas tapi dia kena bertugas untuk menjaga blok tingkat atas pulak. Hmm ceritanya mmng aku tak boleh pergi la huhu.

Sampai di library, aku memasukkan nombor pelajar aku. Setelah selesai, aku berlalu ke rak untuk mengambil buku. Ya la takkan nak termenung pulak kan. Dah la dlm library ni sejuk. Tak pasal tertidur pulak aku.

Sambil aku memilih buku untuk dibaca, sempat juga aku mengusha-usha org di sekeliling aku. Mana lah tahu crush aku masuk ke, kan? Tak lah rugi aku tak dapat tengok dia.

Mata ku tertiber terlihat seseorang memasuki perpustakaan ini. Aduhaiii.. Kenapa lah dia ni pun nak masuk jugak? Buat semak je la. Aku hanya mengalih pandangan dari melihat ke arah figura itu.

Selesai mengambil buku yg kelihatan menarik di mata aku, aku pun mengambil tempat di sebuah meja panjang yg memuatkan enam org. Walaupun aku rasa macam malas la nak membaca tapi aku berpura-pura je la sebab nanti cikgu tanya kenapa pulak. Hua huaa..

Aku mengantuk sebenarnya. Dah la aircond sejuk. Kalau lama-lama duduk di library ni mesti aku akan tertidur. Aku ni dah la mmng suka tidur. Sleep is the most favourite activity that I love to do. Huhu speaking berterabur weyhh. Huhu kes banyak main la ni.

Setelah beberapa minit berlalu, otak aku tiba-tiba teringatkan memori tahun pertama aku di sekolah Victoria High School ni. Semasa zaman jahiliah aku. Hohoho..

Flasback~~

Aku telah melakukan pendaftaran di sekolah baharu ku. Huhu mmng family aku nak aku masuk sangat sekolah ni sebab sekolah ni sekolah yg cemerlang la apa la bla..bla..bla..

Aku tak kesah pun sebabnyaa... Ada crush aku weyh kat sini. Tapi masa nak agihkan kelas, aku tak nampak pun muka dia. Bayang pun tak nampak huhu sedih hidup huaaa..

Ni nak memperkenalkan crush aku ni. First of all, nama dia Ong Seong Woo. Aku lagi suka panggil dia Ong je sebabnya aku malas nak panggil panjang-panjang even nama dia macam katak huhuhu. Ong, Ong.. Tapi tak apa lah. Aku panggil jer dia ni Seong Woo. Whateverr..

Okay, sebenarnya sudah lama aku suka dia ni. Since dari umur aku 12 tahun lagi sebabnya kami sama sekolah dulu. Aku rasa dia sudah tahu yg aku ni suka dia sebab... Entah la aku rasa dia ada syak jugak hoho.. Ya la time akhir tahun, sekolah lama aku dan dia ada lawatan.

Di sebabkan kami last year di sekolah itu, kami pun pergi laa lawatan tersebut.. And then dalam masa lawatan itu lah aku dan dia bersweet-sweet pulak. Hohoho.. The best moment in my life. Kalau boleh nak je aku putarkan masa untuk rasai sekali lagi moment indah itu. Huhu kalau boleh laaa.. Kalau boleh..

Okay back to the story. Hari ni kami yg baru masuk ke sekolah ini mesti mengambil buku-buku yg diperlukan ketika pembelajaran di dalam kelas bermula nanti. Aku sudah tahu dia berada di dalam kelas yg mana sebabnya aku bertanya kepada kawan-kawan aku. Tapi masa ini aku tak kenal lagi kawan aku yg sekarang kecuali Hae Ra si mulut murai dan Eily.

Seong Woo berada di kelas second last. Huhu aku nak sekelas dengan dia tapi tu lah kan.. Aku ni terlampau pandai pulak untuk berada di kelas dia. Aku pun berada di kelas first sebabnya time ujian dulu aku dapat banyak 'A'.

Huhu tapi aku nak sekelas dengan my crush..

Aku dapat tahu yg dia sebenarnya nak pergi ke sekolah Esclipe High School yg merupakan sekolah sukan. Dia mmng aktif bersukan dan lemah dalam pembelajaran. Aku pulak lemah dalam sukan tapi pembelajaran aku boleh dikatakan baik la dari crush aku. Hoho bak kata kawan aku dulu, kita haruslah saling melengkapi antara satu sama lain.

Tamat sahaja sesi ceramah oleh guru-guru yg ada di situ, kami diminta untuk mengambil buku sebelum dibenarkan pulang. Aku membawa buku yg berat itu dan menuju ke pintu pagar sekolah sebabnya Puan dan Encik Kim, mama dan papa ku menunggu disana.

Semasa kami hendak berlalu pulang ke rumah, huhu takkan la nak pergi rumah org lain pulak. Gila ke?

Okay back to the story.. Aku tercari-cari dimanakah keberadaan crush ku yg tersayang. Hahahahahaha okay geli weyh..  Aku hampir sahaja mahu putus asa tapi mataku tetiba melihat seorang lelaki yg sangat aku kenali berdekatan dengan ku.

Masa itu aku baru je nak jalan ke kereta papa. Kami sekeluarga jalan satu baris sebabnya keadaan disitu memang banyak org. Aku lah yg berada paling belakang.

Dan.. Aku nampak dia.. Di situ.. Huhu handsomenyaa.. Kalau aku sawan pun bukannya family aku nampak kan sebab aku di belakang. Kalau mata mereka ada di belakang maybe boleh nampak la. Hua huaa..

Aku dengan malunya berjalan melalui crush aku. Semasa berjalan melalui my crush, aku ada terdengar suara crush aku sedang menyanyi. Omg..........  Huaaaa gila sawan jadinya aku weyh. Dah la handsome, suara sedap pulak. Aduhaiii termelting di situ.

Aku tahu dia nyanyi lagu apa. Lagu tu lagu sweet. Lepas tu dinyanyikan oleh crush aku pulak kan.. Lagi lah bertambah sweet!!

Tapi bukannya aku nak perasan ke apa. Aku rasa dia, my crush, nyanyikan lagu tu untuk aku. Sebabnya, masa aku jauh dia rancak bersembang dengan kawan dia. Tapi bila aku lalu terus je dia menyanyi. Lepas aku lalu je aku terdengar dia tergelak-gelak dengan kawan dia bernama Kang Daniel.

Tak apa lah bukannya jadi masalah pun. Kalau dia nyanyi untuk perempuan lain, haaa itu baru masalah.

Masuk sahaja ke dalam kereta, aku membuka lagu tersebut lalu mendengarnya. Huahua sepanjang aku dengar lagu itu mmng tersenyum je aku. Nasib lah papa dan mama aku tak nampak. Kalau tidak habis kena bersoal jawab pulak dengan mereka.

Hmm tak sabarnya aku nak bersekolah di situ. Aku akan membuat banyak kenangan manis antara aku dan my crush, Ong Seong Woo.. Kenangan yg takkan terlupa walaupun aku terpisah dengannya.

Dan aku harap takkan ada org selain aku yg sukakan dia. Nanti aku jeles laa. Dah la Seong Woo tu suka layan org. Lagi satu aku tak nak lah dia suka someone ke masa dia bersekolah di situ sebabnya nanti aku yg jeles. Kalau suka aku tak apa tapi kalau suka org lain jawabnya no way!.

JuniorWhere stories live. Discover now