di hening tengah malam ini, neyl bangkit dari pembaringannya lalu menuju ke tepi tingkap. airmata jernih turun menujam dari tubir matanya jatuh ke pipi. bayang dicermin tingkap itu mempamerkan wajah suaminya yang sedang tersenyum mesra. cermin tingkap itu disentuh lembut. dia tertunduk. neyl terasa bahunya disentuh seseorang. dia menoleh. suami yang dikasihinya itu berada dihadapan matanya.
" awak.. macam mana awak tahu saya ada dekat sini? " neyl memeluk suaminya itu. sedang dia tersenyum tiba tiba dia tersedar, semua itu hanya bayangannya sahaja. dia terjelepok jatuh dan tangisannya mengiringi.
" neyl.. kamu kenapa kat sini? " cl membantu neyl untuk bangun tiba tiba neyl memeluk cl.
" unnie... saya rindu... rindu jiyong." neyl menangis dibahu cl. cl tidak mampu berkata apa apa. pelukan itu diperkemas cl.
7.00 a.m
" neyl... bangun neyl.. dah pagi. " cl mengejut neyl yang sedang nyenyak tidur. bahu neyl ditepuk perlahan.
" uh? dah pagi? saya nak pergi kerja." ujar neyl lalu bangkit dari pembaringannya. dengan pantas cl menahan neyl.
" kamu takpayah pergi kerja dulu lah buat sementara ni. " ujar cl. neyl menggelengkan kepalanya.
" takboleh unnie, kalau saya duduk rumah je, nanti saya akan lebih sengsara. kesian baby. " neyl mengusap perutnya yang akan membesar. cl terpaksa akur.
" kamu mandi, unnie dengan yang lain siapkan sarapan ya. " neyl tersenyum lalu bergerak menuju ke bilik air.
ruang makan
" unnie, sini sini, minum susu. baik untuk baby. " minzy menarik tangan neyl ke meja makan. semua yang ada disitu tersenyum.
YG building
" apa???!!! macam mana boleh jadi macam ni? nasib baik takbercerai." yang sungsanim terkejut. dia mengurut dahinya. bunyi derapan tapak kaki semakin hampir. ketukan pintu berbunyi.
" annyeonghasaeyo sungsanim. mianhe sebab lambat. " ujar neyl mesra. yang sungsanim mendekati neyl.
" kamu okay? ada sakit apa apa? baby okay? " yang sungsanim menyoal neyl.
" semua okay. baby sihat je. " ujar neyl sambil tertawa kecil yang dibuat buat.
" sungsanim, saya balik bilik saya dulu ye. " setelah tunduk hormat, neyl kembali ke biliknya. meja yang menjadi tempat kegemarannya diusap lembut.
" neylie..." satu suara menusuk telinganya. tiba tiba dia menoleh ke arah suara itu kedengaran. seorang lelaki berkulit putih masuk. lelaki itu bukan memandangnya tetapi memandang 'neyl'. dia terlihat dirinya sendiri. lelaki itu mula menerpa kearah 'neyl'. bayangan itu berputar seperti cerita. airmatanya berjuraian. dia terduduk sambil menekup telingannya. darah merah yang mengalir ditangan 'neyl' menjadi tirai dimatanya.
" aaaarrrrggghhh!!! pergi! pergi! pergi! taknak tengok kau! jiyongie!!!!!" jeritan neyl bergema.
recording studio A
" chaerin ah, mana boleh macam tu. takbestlah main macam ni. " ujar seungri.
" aaaarrrrggghhh!!! pergi! pergi! pergi! taknak tengok kau! jiyongie!!!!! "
seungri tertoleh. diikuti cl. dengan pantas seungri berlari mencari arah suara itu. semua yang berada di bilik rakaman terdengar jeritan itu. mereka juga turut sama mencari neyl. akhirnya seungri berjaya menjumpai neyl. dia masuk kedalam bilik rakaman B.
" jiyongie... jiyongie... aarrggh!!! pergi! " airmata neyl mengalir tidak berhenti. seungri cuba untuk menenangkan neyl tetapi tidak berjaya. nama gdragon yang disebut sebut neyl.
" chaerin ah, telefon jiyong hyung. palli! " arah seungri. tidak sampai 5 minit, gdragon datang. dia terlihat isteri yang dikatanya curang itu menyebut nyebut namanya. neyl yang meronta ronta minta dilepaskan daripada dakapan seungri terlihat kehadiran bayangan gdragon. tangannya dihulurkan.
" jiyongie... jiyongie.... " tangannya masih dihulurkan. bayangan gdragon itu mendekatinya. akhirnya dia dilepaskan daripada dakapan seungri dengan segera dia memeluk erat gdragon yang disangka bayangannya.
" jiyongie... saya takut. " bisik neyl. 'bau ni.. bau jiyong. ' ujar neyl dalam hatinya. pelukannya perlahan lahan dibalas gdragon akhirnya diperkemas.
" jangan takut. saya kan ada dekat sini. " ujar gdragon perlahan lalu mengusap rambut neyl. tiba tiba neyl jadi terlalu lemah. mungkin penat akibat traumanya. akhirnya pandangan neyl kabur dan lama kelamaan gelap.
YOU ARE READING
Los Angeles + Korea ( COMPLETED )
FanficNeyl atau nama inggerisnya Neylie Kim dan nama Koreanya Kim Neyl Lee. Seorang gadis LA yang sudah biasa hidup dalam kalangan orang berkulit putih dan hanya tahu berbahasa inggeris. Kini dia sedang cuba membiasakan diri dengan kehidupan di Korea tanp...