Surat yang berada ditangan dibuka perlahan lalu dibaca baitnya satu persatu.
Lees janji akan tunggu abang balik. Lees akan jaga mama dengan papa baik-baik macam yang abang mintak.
Abang, Lees akan ingat pesan abang. Tapi satu ja Lees mintak. Tolong jangan hampakan Lees.
Dearest
Laila ArleesaUsai membaca, Mikael kuntum senyum.
Terus surat itu dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi. Sambil mengemas, dia terpandangkan bingkai gambar tertera gambar dirinya bersama Arleesa dengan senyuman ceria mereka.
Mikael mencapai gambar itu. Juga dimasukkan ke dalam bagasi sebagai pengubat rindu di perantauan nanti.
Arleesa, gadis yang paling dia sayang. Tidak mungkin dia akan melupakan Laila Arleesa. Walaupun gadis itu hanya anak angkat mama dengan papa, tetap gadis itu orang yang paling istimewa dalam hidupnya.
Mengenangkan segala yang pernah dilalui bersama Arleesa, Mikael jadi sebak. Jika diikutkan hati, dia tidak sanggup meninggalkan Arleesa berlama. Namun, dia juga tidak sanggup mengecewakan mama dengan papa dengan menolak tawaran untuk belajar di luar negara.
Oleh itu, Mikael ikutkan sahaja kehendak keluarga. Dia yakin, Arleesa akan menunggu sehingga dia pulang. Lagipun, mereka berdua telah berjanji. Janji itu menjadi pengikat mereka berdua.
.
.Arleesa berjalan ke arah tangga untuk turun ke dapur. Semasa melalui pintu bilik Mikael, sempat dia berjalan perlahan mencuri dengar bunyi yang keluar dari bilik lelaki itu.
Dia tersenyum mendengar alunan muzik yang berkumandang. Lagu kegemaran mereka berdua kedengaran kuat dari dalam.
Seketika kemudian, senyuman bertukar kendur. Bermula esok sehingga lima tahun akan datang, tiada lagi usikan manja daripada Mikael yang lebih mesra digelar 'abang'. Tiada juga figura lelaki itu yang selalu menolong Arleesa menyiapkan kerja sekolah.
Namun, Arleesa tahan air mata dari gugur. Dia pesan dalam hati. Mikael perlu menunaikan kehendak keluarga untuk masa depan lelaki utu sendiri, masa depan mereka berdua serta masa depan mama dengan papa.
Lagipun, siapa dia hendak menghalang. Dia hanyalah seorang kanak-kanak yang bernasib baik apabila Puan Suhana dan Tuan Syed Fauzi mengambil dirinya sebagai anak angkat dalam keluarga ini. Ditatang bagai minyak yang penuh, dijaga seperti anak sendiri, sudah cukup membuatkan Arleesa bersyukur. Apa lagi yang dia mahukan?
Bertambah bersyukur, apabila seorang lelaki bergelar abang angkat juga menerima dirinya dengan hati yang terbuka. Paling penting, sanggup berjanji untuk hidup bersama sehingga akhir hayat. Dan janji itu juga tidak dihalang keluarga Tuan Syed Fauzi.
Boleh dikatakan, Laila Arleesa sangat bernasib baik dapat masuk ke dalam kehidupan keluarga berada ini dan diterima baik oleh mereka semua.
.
."Abang janji akan tunggu Lees. Tak mau sedih sedih tau. Abang pergi lima tahun je. Nanti abang balik, kita kahwin." Suara garau Mikael yang bakal dirindui Arleesa hanya didengar biasa.
Arleesa tidak mahu mengada-ngada merindui Mikael. Dia tahu, jika dia berbuat demikian, dirinya dan hidupnya akan terjejas. Lebih parah, prestasi pelajaran akan terjejas akibat ikutkan sangat perasaan hati.
Dia tidak boleh begitu. Dia perlu kuat. Lagipun, janji yang ditabur Mikael akan dipegang sampai bila-bila. Itu janji mereka.
"Lees pun sama. Lees akan selalu ingat abang. Kalau abang rindu Lees, dengar la lagu kita. Abang akan nampak Lees selalu." Arleesa cuba mengukir senyum.
Mikael juga menguntum senyum nipis. Dia angguk setuju. Awning tudung bawal Arleesa yang sedikit jatuh dikemaskan. Lalu, dia senyum.
"Sedih sangat tengok Lees tu kan bang? Saya harap, Mika dapat la tunaikan janji dia dekat Lees." Puan Suhana memeluk tubuh dari tadi sambil melihat adegan anak bujang dan bakal menantunya itu.
Tuan Syed Fauzi hanya senyum. Tangan naik memeluk bahu isteri. Dah macam tengok drama petang-petang dah gaya dua orang tu.
Dekat lapangan terbang pun nak sweet, diorang tak tahu ke yang orang tua dua orang ni jealous? Tuan Syed Fauzi geleng perlahan.
.
.Masing-masing memandang Mikael yang berjalan ke balai perlepasan. Mereka melambai kepadanya.
Namun, mata Mikael hanya tertancap pada gadis yang bertudung hitam dengan kemeja denim biru.
Hidung gadis itu yang memerah menguatkan lagi sangkaan bahawa gadis itu sedang menangis. Mikael juga begitu. Hatinya sedang meratapi. Mungkin butir jernih itu tidak keluar dari kolam mata, namun butir itu hanyalah keluar di hati.
Setelah agak lama merenung figura Mikael yang semakin lama, semakin berlalu jauh, Arleesa menghembus nafas berat. Segala kerinduan, segala kesedihan perlu ditinggalkan di lapangan terbang. Dia ingin pulang dengan hati yang tenang. Dia pasti, Mikael akan menunaikan janji mereka.
Janji itu juga diketahui kedua mama papa. Jadi, Mikael pasti akan tunaikan.
Arleesa mengumpul kekuatan. Dia menghadiahkan senyuman kepada Puan Suhana dan Tuan Syed Fauzi.
Seterusnya, kaki diatur yakin berlalu keluar dari lapangan terbang tersebut.
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...