Arleesa memandang ke serata sudut bilik. Lusa, bilik yang dihuni sendirian selama dua puluh lima tahun bakal dikongsi bersama lelaki yang akan bergelar suami. Dia sendiri keliru dengan perasaan yang tiba-tiba datang dan tiba-tiba pergi.
Khalil, bakal suaminya. Itulah hakikat hidup yang sebenar. Hakikatnya, jodoh Arleesa adalah bersama lelaki itu. Buktinya, pernikahan akan berlangsung lusa. Tapi, mengapa hatinya makin menjadi-jadi. Makin hari bahagia mendekat, makin dia rasa berdebar.
Dah diusir segala gangguan yang mengganggu fikiran. Namun masih juga tidak mahu keluar dari kepala.
Dia mengeluh perlahan.
Ketukan di pintu membuatkan Arleesa toleh ke belakang.
Susuk tubuh tua Mak Yan yang berdiri di muka pintu dipandang kosong. Senyuman dipaksa juga untuk terukir bagi meyakinkan wanita itu bahawa dia tidak apa-apa.
"Lees ok?" Mak Yan menghampiri. Bahu Arleesa diusap penuh kasih. Tak lama lagi, gadis yang dia jaga dari kecil bakal berkahwin. Tak tahu la lepas ni boleh ke tak nak mengusik Arleesa. Haih cepat betul masa berlalu.
"Ok je."
Mendengar jawapan sepatah itu, Mak Yan menggelengkan kepala perlahan.
"Ok je? Lees tahu tak, Mak Yan dah jaga Lees dua puluh lima tahun, dan Mak Yan tahu, fikiran Arleesa tengah berserabut." Mak Yan membawa Arleesa untuk duduk di birai katil bersamanya.
Rasanya, sesi menyelami hati masing-masing ni tak berakhir dalam masa yang singkat.
Arleesa menghembus nafas berat. Mak Yan ni memang boleh baca fikiran orang ke? Hebat la.
"Lees cuma ragu-ragu. Lees tak tahu yang betul atau tak apa yang Lees buat ni. Lees tak tahu yang Lees dah bersedia atau belum nak jadi isteri." Arleesa meraup wajah.
Apa yang difikirkan selama ini terluah juga di hadapan Mak Yan. Wanita yang selalu menyelesaikan masalah yang dia hadapi. Dan wanita yang tidak lekang dengan nasihat yang berguna.
"Lees tahu tak macam mana kita nak tahu yang kita ni dah cukup bersedia ataupun tak?" Mak Yan pula bertanya.
Dia sedang cuba nak menyelesaikan masalah Arleesa sekaligus menghilangkan segala rasa keraguan yang gadis itu rasakan ketika ini.
Arleesa angkat wajah memandang ke dalam mata Mak Yan.
Seketika dia menggeleng perlahan. Kalau tahu, tak la fikiran serabut macam ni.
"Ok. Lees pegang kata-kata Mak Yan ni... Kita tak akan bersedia kalau kita tak hadap benda tu. Macam masalah Lees ni. Lees tak tahu yang Lees dah bersedia atau belum nak jadi isteri kan? Untuk penyelesaian masalah ni, Lees kena terusan perkahwinan ni macam biasa. Bila dah sah, masa tu Lees akan tahu yang Lees dah bersedia atau tidak." Penuh makna tersirat daripada jawapan Mak Yan.
Arleesa mengerti. Dia memeluk erat tubuh wanita itu seeratnya. Dia berterima kasih kerana Mak Yan tidak pernah mengecewakan.
"Lees, kat bawah ada orang datang. Mama papa panggil Lees turun sekali." Dalam keadaan yang sudah terkawal, Mak Yan menyatakan berita itu.
"Ok."
Selepas menyatakan persetujuan, Arleesa melangkah kakinya keluar dari bilik. Mak Yan ditinggal bersendirian di belakang.
"Lees kena kuat!" Ucapan itu seharusnya diucap dihadapan Arleesa, tapi dia tidak mahu memecahkan rahsia itu.
Biar Arleesa tahu dari mulut semua yang ada di bawah. Mak Yan berjalan perlahan ke arah tangga.
Melangkah sahaja kaki ke ruang tamu rumah, Arleesa melihat semua penghuni ni rumah ini sudah berkumpul. Bersama mereka, ada dua orang tetamu yang nampaknya seperti pasangan suami isteri.
Hara pula dilihat sedang duduk diriba tetamu wanita itu. Tanpa menyesyaki apa-apa, Arleesa menyertai mereka. Dia melabuh duduk di sebelah Puan Suhana memandangkan hanya itu ruangan sofa yang kosong.
Mikael yang hanya tunduk memandang lantai dipandang sekilas. Tuan Syed Fauzi yang sepertinya sedang termenung sambil memikirkan sesuatu juga dikerling.
"Siapa ni ma?" Sempat Arleesa membisikkan ke telinga Puan Suhana. Sejujurnya, dia tidak langsung mengenali tetamu yang hadir ini.
Puan Suhana menepuk lembut tangan Arleesa isyarat supaya dia bersabar. Arleesa kembali memandang ke arah kemesraan Hara dan perempuan yang meribanya itu.
Lama keadaan sunyi, Mikael mula mengangkat wajah. Lagipun, orang yang ditunggu-tunggu telah turun menyertai mereka. Masanya akan tiba.
"Since semua dah ada, Mika nak buat pengakuan. Mika harap semua orang dekat sini tak keliru lagi. Termasuklah Lees. Abang harap Lees dapat dengar dengan teliti." Ayat terakhir Mikael, dia tujukan khas kepada Arleesa.
Semua di situ sudah bersedia mendengar. Termasuklah Tuan Syed Fauzi. Dia dah memberi perhatian kepada Mikael.
"Setahun lepas, Mika balik Malaysia. Semua orang nampak terkejut dengan kejutan yang Mika bawak balik." Mikael ketawa perlahan.
Hanya dia seorang ketawa. Tak tahu la apa yang lawak. Orang lain masih lagi serius.
"Semua ingat budak perempuan yang Mika bawak balik tu anak Mika dengan arwah isteri. Tapi hakikat sebenar, tak pernah terjadi pun perkahwinan Mika dekat England."
Arleesa menoleh ke arah Mikael bagaikan kilat yang menyambar. Hati di dalam macam-macam sudah membuat andaian sendiri.
"Sebenarnya uncle dengan aunty. Amani, ibu kandung Hara adalah isteri saya." Aazif mula menyambung cerita Mikael.
Mendengar separuh cerita itu cukup membuatkan Arleesa kalut. Dia rasakan seperti ada batu yang menghempap kepala. Pandangan mata masih tertancap pada tubuh Mikael.
"Lepas sebulan saya berkahwin, saya buat keputusan untuk balik ke Malaysia. Saya nak bagitahu keluarga yang saya dah berkahwin. Mulanya saya rancang nak bawak sekali Amani balik sini. Tapi saya takut keluarga saya terkejut. Jadi saya buat keputusan untuk balik sendiri." Jeda.
Keadaan sunyi.
"... Lepas sampai je sini, saya accident dan saya bangun dari koma enam bulan lepas tu. Saya bangun dengan keadaan yang tak terurus. Dua-dua belah kaki tak dapat berfungsi dengan baik. Masa tu, saya dah give up dengan hidup. Tapi nasib baik ada isteri saya yang sekarang ni. Dia tak pernah putus asa untuk pulihkan saya." Jeda lagi.
Jantung Arleesa berdegup kencang.
"... Lepas sembuh sepenuhnya, saya balik England untuk cari Amani. Tapi saya cuma dapat berita yang dia dah meninggal waktu lahirkan anak. Dia tinggalkan anak dekat Mikael. Masa tu saya cuma fikir Mikael dah ambil kesempatan atas Amani lepas saya pergi. Namun, hakikat sebenar..."
Aazif mengambil nafas seketika.
"Hakikat sebenar, anak yang Amani tinggalkan adalah anak kandung dia dengan Aazif. Mika cuma tolong dia memandangkan dia tak ada sesiapa dekat sana. Sebelum dia pergi, dia pesan untuk jaga anak dia baik-baik. Carikan mama untuk Hara. Tu ayat terakhir Amani."
Mikael curi-curi memandang Arleesa disisi Puan Suhana.
Wajah gadis itu berubah kemerahan.
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...