Sampai di rumah, Arleesa menonong melangkah naik ke bilik. Beberapa figura yang sedang riuh bersantai di ruang tamu rumah langsung tidak dipedulikan. Saat ini, hati bagaikan disirat. Pedih!
Pintu bilik ditutup kasar lalu dikunci. Tudung yang terbalut kemas dikepala sejak tadi direntap kasar dan dibaling ke katil.
Arleesa berdiri di hadapan cermin melihat lantunan wajah dendam pada Mikael yang semakin menebal. Baru sahaja dia nak melupakan sedikit kesalahan lelaki itu. Tapi, mendengar cerita daripada Kak Mila, api yang sudah tenang kembali marak bagaikan disimbah petrol berliter liter.
"Kenapa Mikael? Baru je aku nak cuba maafkan kau! Kenapa aku perlu dengar semua ni?" Arleesa meraup wajah kasar.
Arleesa naik ke katil. Badan direbahkan geram bercampur malas dan kecewa. Mata dari tadi memandang kipas yang berpusing. Kepala serabut memikirkan apa yang dia dengar tadi. Sudah cuba sebolehnya untuk melupakan, tapi tidak juga berjaya.
.
."Linda, saya tak nak diganggu. Jangan siapa pun masuk bilik saya!"
Semasa melalui meja setiausahanya, sempat Arleesa berpesan. Mood pagi ni masih tidak baik mengenangkan apa yang dia dengar semalam. Entah kenapa, dia rasa sakit hati. Semua orang pun dia rasa nak marah sekarang ni.
Tidak cukup dengan pesanan itu, butang interkom ditekan pula. Kali ini lain pula dia memesan.
"Linda, cancel semua meeting. Saya tak nak diganggu."
Lambat-lambat terdengar balasan daripada Linda.
"Ba..baik Cik Arleesa."
Arleesa menyandar malas ke set sofa dua tempat duduk. Tangan naik memicit belakang tengkuk yang dirasakan tegang. Lepas satu, satu pulak pendedahan pasal Mikael yang buat dia sakit hati.
Dia mengeluh. Kenapa semua benda ni jadi?
.
.Khalil keluar dari biliknya, senyuman manis terukir sebelum pintu bilik pejabat Arleesa dituju. Rindu sangat dah ni dengan buah hati gosip dia tu. Semalam langsung tak berhubung. Sibuk mungkin.
Linda yang ternampak Khalil ingin masuk ke dalam cepat sahaja mendapatkan lelaki itu. Selaku setiausaha Arleesa, dia sudah dipesan bahawa gadis itu tidak mahu diganggu. Jadi, dia perlu melaksanakan tugasan itu.
"Bos, sorry but...Cik Arleesa tak nak diganggu. Saya rasa mood dia kurang baik la. Sebaiknya bos tak masuk dalam dulu." Penuh hormat Linda melarang. Tak larang nanti dia jugak kena sembur.
Arleesa tu tengok ja lemah lembut, tak tengok dia marah lagi. Kalau dia marah, kerusi pun terbang.
Khalil mengerut dahi. Dia angguk juga dengan kata-kata Linda. Kemudian senyum terukir.
"It's ok Linda. I know to handle. Thank you for your reminder." Senyuman maskulin dihadiah kepada Linda yang masih meriak takut-takut.
Kuak sahaja pintu, dia tersenyum melihat figura Arleesa yang menyandar di ruangan sofa sambil memejamkan mata. Nampak stress sangat tu. Dia menghampiri.
Perlahan-lahan punggung dilabuh di ruang sofa bertentangan. Niat tak mahu mengganggu Arleesa yang nampaknya tengah melayan perasaan.
Buka sahaja mata, nak terlompat bila tengok susuk tubuh sasa milik Khalil tengah tersenyum memandang dirinya. Bila masa dia masuk pun Arleesa tak sedar. Nasib baik tak termelatah. Jatuh saham depan bakal raja di hati nanti.
"Buat apa kat sini? Dah lama mencuri?" Soal Arleesa. Naik seoktaf nada suara. Sengaja nak menyakat. Jangan ingat Encik Khalil sorang ja pandai menyakat. Cik Arleesa pun pandai la.
"Lama tu, tak lama la. Sempat jugak la curi pandang awak." Balas lelaki itu selamba.
Arleesa sembunyi senyum. Boleh menenangkan hati la cik abang Khalil ni. Untungnya badan!
"Ni kenapa nampak stress je. Ada masalah, let me know. Maybe I can help. Jangan nak simpan-simpan. Nak moody moody. Orang yang tengok pun menyampah." Khalil cuba bertanya. Mana tahu, boleh tolong. Serius nada itu walaupun ayatnya agak lawak.
Arleesa hanya memandang tanpa riak. Dia mengeluh.
"Awak pun menyampah ke tengok saya?." Soal Arleesa senada. Sengaja nak pusing cerita.
Depan Khalil ni takkan nak cerita masalah dekat rumah kot. Malu la kalau lelaki tu tuduh dia tak profesional. Masalah rumah bawak pergi pejabat!. Tak nak Aleesa, malu je kejap lagi.
Mendengar pertanyaan Arleesa, Khalil ketawa kuat. Lucu la si Arleesa ni kadang-kadang. Tak cukup dengan lucu, muka pun kiut je.
"Mana ada menyampah. Saya tak pernah menyampah kat awak. Sayang lagi ada la." Kening dijongket berkali membuatkan Arleesa terlepas tawa.
Yang tu pun pantang kena puji dengan Khalil. Laju ja angin berubah.
"Tapi saya tetap nak awak ceritakan masalah awak tu. Saya tak nak awak bad mood sampai seminggu. Kesian staf lain." Nada Khalil berubah serius pula.
Sekali lagi Arleesa mengeluh.
"Fine. Kalau saya cerita. Awak simpan rahsia ni." Arleesa menunjuk tepat ke muka Khalil. Sekadar memberi amaran.
"Pernah ke saya tak tunai janji." Balas lelaki itu serius.
Sudah la!. Ayat sama ja dengan Mikael. Semua lelaki sama ja!
Namun, Arleesa turutkan sahaja untuk bercerita.
"Dah jelas?" Usai bercerita, Arleesa menyandar ke sofa kembali.
Khalil senyum ringkas.
"Tak apa. Saya ada. Saya akan bahagiakan awak. Kisah lama, biarkan berlalu. Tak semua kisah cinta berakhir bahagia." Nasihat Khalil pula.
Arleesa angguk mengerti.
"Dah la. Siap cepat. Saya bawak awak keluar release stress. Saya tak nak awak masuk office moody moody macam pagi tadi lagi esok."
Cepat-cepat Khalil memutar kata. Topik perbincangan cuba ditukar.
"Kerja?" Arleesa soal.
Khalil bangun dari duduk. Jari telunjuk naik bergerak-gerak di hadapan Arleesa. Berkerut-kerut dahi mengarah gadis itu.
"I am your boss. Ini arahan dari boss. So, come with me. No more deal." Khalil berjalan ke pintu.
Dia menjongketkan kening sebagai isyarat paksaan kepada Arleesa untuk keluar bersama. Pintu sudah dibukakan sekali. Tinggal Arleesa berjalan keluar ja.
Arleesa mengeluh. Dia mengalah dengan paksaan Khalil. Tas tangan dicapai lalu dia berjalan ke arah pintu. Semasa berjalan di hadapan Khalil sempat dia berbisik.
"This is first and the last!" Sengaja ditegaskan nada walaupun dalam keadaan berbisik.
Khalil buat tak tahu.
"Tak janji." Selamba dia berkata.
Arleesa gelengkan sahaja kepala. Gila!
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...