Melihat sahaja kereta Mikael masuk ke dalam pagar rumah, Puan Suhana sudah bercekak pinggang menanti kelibat si anak jantan bertuah itu di muka pintu rumah. Ditenung setiap gerak geri dua beranak itu dari garaj kereta sampai la mendekat ke hadapan wajah.
"Mama nak cakap dengan Mika. Hara naik atas dulu sayang..." Puan Suhana bernada tegas bila memetik nama Mikael namun, berukar lembut bila bercakap dengan Hara.
Hara hanya menurut. Plastik bag di tangan Mikael dibawa sekali naik ke atas seperti diarah.
"Mama nak cakap apa?" Mikael membontoti langkah Puan Suhana hingga ke gazebo.
Keduanya naik bersila di atas.
"Where are you going?. Dah banyak kali mama pesan. Hari ni jangan keluar. Kita ada tetamu. Masih nak buat keras kepala." Puan Suhan bercakap sambil memandang ke arah kolam renang.
Tegas sahaja suara Puan Suhana menandakan dia sedang tidak baik. Wajah Mikael langsung dia tidak pandang. Marah menguasai diri saat ini. Ada la tu perbuatan Mikael yang dah buat hatinya panas berapi.
"Mika bawak Hara keluar jalan dekat mall je." Mikael masih tenang nadanya.
Dia tahu apa yang mamanya maksudkan. Tapi, dia masih tak mahu mengiyakan salah.
"Yes. Mama tahu Mika nak masa dengan Hara. Tapi hari ni hari pertunangan Lees. Patutnya, Mika kena ada sekali tadi. Lees tu adik Mika. Dia tanggungjawab Mika jugak!." Puan Suhana sudah mengingat kembali.
Mana la tahu si Mikael ni tiba-tiba hilang ingatan. Setahunya, dah sebulan dia mengingatkan Mikael soal ini. Tapi yang membuatkan dia hampa, anak lelaki itu masih tak nak dengar cakap. Geram betul dibuatnya!
Mikael mengeluh malas. Pasal tu ja la dia kena marah sampai macam ni. Easy la ma!
"Buat apa Mika nak kena ada sekali? Pertunangan Lees tak ada kena mengena pun dengan Mika. Tak ada Mika pun, bertunang jugak kan?" Selamba juga nada Mikael.
Apa lagi? Naik angin la Puan Suhana mendengar. Rasa nak rejam pulak kepala Mikael dalam kolam renang ni. Biar dia mati lemas. Haih! Nasib baik dia masih waras.
Dia menekap telapak tangan ke dada.
Sabar... Sabar... Anak kau memang macam ni Su.
Dia berpesan pada hati.
"Mika memang nak malukan mama la ni? Memang Lees bertunang jugak kalau tak ada Mika. Tapi jangan nak harap mama maafkan Mika dengan apa yang dah kamu buat ni." Puan Suhana pusing kot lain pulak.
Dia pun dah putus asa nak bercakap soal Arleesa dengan Mikael. Mikael tak pernah nak serius.
Akhirnya, dia meninggalkan sahaja anak lelakinya keseorangan di situ. Sakit pulak hati dia tengok lama-lama budak Mikael ni.
.
."Buat apa tu cik tunang?"
Arleesa segera berpaling. Tubuh sasa Khalil dipandang bersahaja.
Lalu dia meneruskan tangan mengacau air di dalam mug.
Tiada langsung senyum seperti selalu.
"Tengah meeting." Selamba dia memerli. Dah nampak kot dia buat apa. Tak payah buat-buat tanya.
"Wah! Hebat bakal wife saya ni. Meeting dekat pantry? Meeting apa dengan pinggan mangkuk kat sini?" Khalil pula menambah.
Dah Arleesa mulakan dulu, memang dia sambung la. Biar naik darah gadis tu. Lagi dia suka!
Khalil ketawa melihat Arleesa yang mengacau air semakin laju. Dengar sudu berlaga di dinding mug pun dah nampak yang Arleesa tengah sakit hati dengan dia.
"Encik Khalil! Menyampah la. Tak payah nak perli sangat la. Saya.tengah.bancuh.air." Diterang satu persatu apa yang dia buat.
Tak sangka pula Arleesa yang Khalil nak menyakat. Sorry la, mood hari ni tak berapa nak baik untuk disakat. Hari ni, angin timur bertiup dekat kepala. Bendera merah berkibar.
Khalil ketawa perlahan.
"Fine! Datang bulan ke apa ni? Tak boleh nak melawak langsung pulak." Lagi dia seronok nak menyakitkan hati Arleesa.
Arleesa pandang sahaja gerak geri Khalil yang juga tengah sibuk membancuh air. Lalu dia segera ke kerusi. Malas nak melayan sangat. Nanti lain jadinya.
Usai membancuh air nescafe, Khalil menyertai Arleesa di meja. Dia tersenyum melihat wajah cemberut gadis itu.
"Ni kenapa moody pulak? Hari-hari lain tak macam ni pun? Mind to share?" Sebelah kening dijongket tanda dia mahukan jawapan.
Prihatin pula nada suara kali ini.
"Nothing you can help Khalil. Just an usual woman problem. Bila awak ada isteri baru awak faham." Arleesa kembali menyisip air di dalam mug yang maaih penuh.
Ya!. Tak kuasa nak melayan. Kata orang, mood tengah swing.
Khalil angguk mengerti.
"Ok. Saya faham. Khalida pun selalu macam ni kalau cuti solat. It's ok. Nanti kita kahwin, saya kena la bersedia tahan tiupan angin awak tu." Balas Khalil bersahaja membuatkan Arleesa malu sendiri.
Kemudian, dia buat muka biasa pula.
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...