BAB 6

485 45 3
                                    

Seperti biasa, Arleesa turun ke bawah dengan beg komputer riba di genggaman tangan dan beg tangan yang disangkut kemas di bahu. Pakaian hari ini pun nampak lain. Nampak agak kemas dan feminin. Mungkin ada mesyuarat pagi ini.

Semasa melalui pintu bilik Mikael yang sedikit renggang, dia hanya berpura-pura tidak peduli. Tidak seperti selalu.

Malas nak melayan perasaan. Pesanan Nadeera tempoh hari ada betulnya.

"...Tak apa Lees. Kumbang bukan seekor. Kau bunga yang mekar Lees. You deserved the best. Cerita lama, lupakan. Fokus untuk diri kau."

Mengingat kembali kata-kata hikmat itu, dia mengukir senyum. Benar, kata-kata itu. Nasihat Nadeera sangat berkesan. Sudah seminggu dia move on daripada meratapi segala janji-janji palsu yang ditabur Mikael.

Cuma, apabila bertemu di meja makan, Arleesa agak kekok. Tapi, tidak mengapa. Lama-lama, terbiasa lah tu.

"Laila Arleesa." Nama penuh Arleesa dipanggil seseorang dari arah belakang.

Belum pun sempat tangga pertama dipijak, Arleesa menoleh kembali ke belakang. Langkah mati.

Figura Mikael dengan kemeja biru laut tersarung rapi di tubuh lelaki itu dipandang bersahaja. Nampak kacak bergaya. Tidak dapat dinafikan perkara itu. Tapi, ego Arleesa lagi tinggi untuk memuji Mikael saat ini.

"Nak apa?" Ayat yang sangat mudah difahami semua orang sengaja dipaksa keluar dari bibir mungil milik Arleesa.

Jam tangan dikerling seketika. Sengaja menyibukkan diri sendiri. Takut hati tidak bekerjasama dengan fikiran saat bertentangan mata dengan Mikael.

"Kenapa Lees jauhkan diri dari abang?" Mikael bertanya perlahan.

Arleesa senyum sinis.

Hey! Dah sakitkan hati aku, lagi nak tanya? Kau tak tahu ke, kau saja buat-buat tak tahu yang aku ni macam nak tikam-tikam ja kau sekarang ni?

Arleesa menarik nafas tenang.

"Saya jauhkan diri dari awak? Jawapan tu tak patut tanya pada saya. Jawapan tu ada pada awak?" Segera Arleesa meninggalkan Mikael tetpinga-pinga.

Baru puas hatinya. Mikael tak ubah macam baling batu sembunyi tangan. Dah buat salah, tak nak mengaku. Lagi nak sakitkan hati Arleesa dengan soalan bodoh!

Panggilan pun sudah Arleesa tukar. Padan muka Mikael! Rasakan sakit hati Arleesa.

Susuk tubuh Arleesa yang makin menjauh dipandang tanpa riak. Mikael meraup wajah.

"Ye, salah abang Lees."

Hanya itu yang dia mampu bicara. Semuanya adalah salah dirinya. Syed Mikael adalah orang yang bersalah dan memang patut dipersalahkan.

.
.

"Mika dah masuk kerja hari ni?" Soalan daripada Tuan Syed Fauzi membuatkan bahu Mikael terjongket.

Fikiran yang entah ke mana perginya ditangkap supaya bertemu jasad. Wajah Tuan Syed Fauzi ditoleh.

"Ha ah. Mika dah start kerja. Sebelum balik sini lagi dah apply. Nasib baik senang dapat." Mikael sekadar berbasa basi.

Dua orang yang sedang berjalan menghampiri meja makan diperhati dengan senyuman.

"Come here sayang. Sit dekat papa." Gamit Mikael apabila melihat Hara berjalan ke arah meja makan bersama Puan Suhana.

"What is this papa?" Gadis kecil itu bersuara.

Pertanyaannya membuatkan semua orang senyum. Dah lama tak ada budak-budak dekat rumah ni. Dengan kehadiran Haura Medina selaku cucu ekspress, ceria balik rumah Tuan Syed Fauzi walaupun tidak dapat dipastikan di mana dan siapa ibu kandung gadis kecil ini.

"Ni nama dia nasi goreng." Mikael menyendok sedikit nasi ke dalam pinggan Hara.

Nampaknya, Hara suka dengan masakan daripada Mak Yan itu. Dua kali tambah pulak breakfast hari ni.

"Mika, mama rasa, kita kena cari tadika untuk Hara. Lagipun, dia dah nak masuk lima tahun kan hujung bulan ni?" Puan Suhana mula bersuara setelah keadaan sunyi seketika.

Dah la tak berseri meja makan ni bila tak ada Arleesa.

Mikael angkat wajah.

"Boleh jugak. Lagipun, Hara ni tak berkawan sangat dekat sana. Kalau dia masuk tadika, boleh la dia belajar-belajar berkawan."

Cadangan Puan Suhana dipersetujui oleh Mikael.

"Hara, tahun depan, Hara kena masuk tadika. Suka tak?" Mikael tunduk membisik ke telinga Hara.

Gadis kecil itu bersorak keriangan. Tuan Syed Fauzi dan Puan Suhana masing-masing ketawa melihat keletah Hara. Tidak terkecuali Mak Yan yang tiba-tiba datang menatang dulang di tangan.

.
.

Tok!

Tok!

"Masuk!"

Ketukan di pintu membuatkan Arleesa mengangkat wajah. Cermin mata ditanggal.

Susuk tubuh tinggi lampai setiausahanya dilihat mendekati meja kerja Arleesa.

"Cik Arleesa jangan lupa pulak ada meeting lepas lunch. Nah fail yang Cik mintak." Setiausaha bernama Linda meletakkan fail kuning ke atas meja kerja Arleesa

Arleesa ketuk lembut hujung jari ke kepala.

"Nasib baik awak ingatkan. Kalau tidak, saya dah lupa. Awak ikut sekali la ye. Nanti kita keluar lunch sama-sama."

Arah Arleesa lembut sambil menarik fail tersebut ke hadapan wajahnya.

Linda angguk mengerti.

"Baik Cik Arleesa. Ada apa-apa lagi?"

"Emm... Tak ada. You may go." Senyuman dihadiah kepada Linda.

Gadis itu segera berpusing sebelum dia kembali bersuara apabila teringatkan sesuatu.

"Oh. By the way, sebelum saya terlupa. Esok anak Tan Sri Khalid akan masuk office gantikan dia. Cik Arleesa tahu ke belum?"

Pandangan mata Arleesa dituju tepat kepada Linda.

"Confirm ke? Saya ada jugak dengar. Saya ingat dia main-main je."

Linda yang tadinya sudah hendak meninggalkan bilik pejabat Arleesa, tidak jadi pulak. Terus kerusi hadapan meja Arleesa yang dikhaskan untuk perbincangan dengan client ditarik.

Dia melabuh duduk.

Dah merasuk perangai mak cik bawang la tu dua orang ni.

"Ye Cik Arleesa. Dah confirm. Saya pun ada dengar yang diorang masih berbincang. Ingat tak jadi la anak dia ambik alih. Dah selesa kan kerja bawah Tan Sri." Linda mendekatkan wajah ke arah Arleesa.

Nada suara sedikit diperlahan. Bimbang ada yang terdengar perbualan mereka berdua.

Arleesa pula kali ini mendekatkan wajah ke arah Linda.

"Saya harap dia ok la."

Linda angguk. Kemudian dia menambah.

"Jangan cerewet sudah..."

Tawa keduanya pecah sebelum Linda pamit dan berlalu keluar dari ruangan pejabat Arleesa.

RAHASIA HATIWhere stories live. Discover now