"Hara nak tidur dengan papa?" Mikael garu kening.
Dah kenapa pulak si budak Hara ni? Selalu tak pernah buat pun perangai macam ni. Empat tahun kat England pun dia tak pernah buat perangai nak mintak tidur dengan Mikael.
Namun, Mikael usap sahaja kepala Hara. Nak cakap tak boleh nanti, nangis pulak. Dah la muka pun sebek dah tu. Entah apa la yang tak kena malam ni.
Mikael mengerah otak untuk berfikir. Mata masih tak lepas memandang Hara yang duk menempel dekat atas riba.
"Hara tak boleh tidur dengan papa." Perlahan dia cuba berunding walaupun hakikatnya, dia sudah tahu keputusan gadis kecil itu.
Wajah Hara mulai kendur. Bibir sudah panjang memuncung. Silap sikit, mesti budak ni akan menangis.
Mikael gigit bibir bawah.
Tiba-tiba otak terfikirkan sesuatu. Dia segera mengukir senyum. Harapnya, berjaya la buat Hara tak menangis.
"Kalau papa suruh Hara tidur dengan Nek Yan nak tak? Tok Mama ke? Boleh la. Papa nak keluar kejap lagi, tak tahu pukul berapa boleh balik. Nanti kesian Hara. Tidur sorang-sorang jugak dekat bilik papa."
Mikael masih memujuk. Jari telunjuk dimainkan di bahu anak kecil itu.
"Tak nak! Nak papa!" Hara berkeras. Naik seotaf suara.
Mikael kembali buntu.
Haih! Tak jalan ni. Aku nak pujuk macam mana pulak la si Hara ni.
"Boleh la Hara. Tidur dengan Nek Yan. Esok petang, papa janji bawak Hara pergi park kalau Hara tidur dengan Nek Yan." Mikael masih mencuba.
"Park? Dengan papa?"
Baru sahaja Mikael nak mengalah, dia terukir senyum apabila jerat sudah mengena. Hara dah tanya macam tu maknanya dia nak la tu.
"Hm... Park. Lepas tu kita jalan-jalan makan aiskrim." Mikael sudah lega. Dia menambah lagi umpan pada jerat.
Lambat-lambat Hara angguk tanda gadis kecil itu bersetuju. Maknanya, dia dah masuk jerat Mikael!.
"Ok jom! Pergi bilik Nek Yan."
Mikael bangun dari birai katil Hara. Tangan didepa kearah Hara.
Melihat Mikael begitu, apa lagi? Seronok la si Hara. Laju ja dia naik dalam dukungan Mikael.
Mereka berdua ke arah pintu bilik Mak Yan. Meleret leret kaki si Hara dalam dukungan Mikael. Senyuman dah macam kerang busuk. Seronok la tu boleh dukung macam tu.
Tok!
Tok!
Dua kali ketuk, pintu dibuka dari dalam. Terpacul la kelibat Mak Yan yang hanya memakai baju kelawar.
"Nak apa ni dua beranak ni?" Mak Yan menyoal biasa.
"Ni ha Mak Yan. Si Hara ni. Malam ni tidur nak berteman pulak. Kalau dia tidur sini boleh tak malam ni?" Mikael meminta izin.
Hujung mata sengaja dikerling melihat wajah gadis kecil dalam dukungan. Rambut Hara yang sengaja dilepaskan berjuntaian di dahi. Jari telunjuk Mikael naik menyelak rambut tersebut ke belakang telinga.
Mak Yan yang melihat adegan dua beranak itu hanya senyum. Tak sangka Mikael dah besar panjang. Cara dia jaga Hara pun boleh nampak yang dia adalah bapa yang sangat bertanggungjawab. Cuma, sayangnya ibu Hara masih menjadi tanda tanya dimana keberadaannya.
"Nak tidur dengan Nek Yan eh? Boleh sayang. Meh sini masuk." Pintu dibuka sedikit luas bagi memberi ruang kepada Hara untuk masuk ke dalam.
Pandangan mata keduanya ralit memerhati gadis itu berlari anak lalu menghempas kuat tubuh ke katil saiz queen bilik Mak Yan.
Mak Yan menukar pandangan. Wajah Mikael pula direnung.
"Kenapa tak tidur dengan kamu je? Kamu kan bapak dia."
Senyuman Mikael mengendur. Liur ditelan kesat. Perlu ke tanya soalan tu?
"Er...saya ada kerja sikit. Takut terganggu tidur dia." Bohong Mikael.
Mak Yan angguk sahaja.
Apabila pintu bilik sudah ditutup, Mikael hela nafas lega. Telapak tangan ditekap ke dahi.
.
.Khalil menyisip air. Sesekali jam di pergelangan tangan dilihat berkali. Semalam, Mikael ada menghantar pesanan. Katanya nak berjumpa. Ada hal mustahak.
Tanpa banyak menyoal, dia setujukam sahaja. Lagipun, Mikael bakal abang ipar. Tak jadi masalah kot nak berjumpa walaupun Mikael dah lewat lima belas minit.
Dari jauh, Mikael sudah menangkap kelibat Khalil. Kawan semasa di sekolah menengah. Boleh dikatakan agak rapat juga mereka sebelum dia berhijrah ke England, menyambung pelajaran. Dengarnya, beberapa tahun lepas dia ke England, Khalil pula terbang ke Switzerland.
"Sorry, lambat sikit. Jalan jammed. Biasalah Kuala Lumpur." Mikael berbasa bagi.
Tangan dijabat dengan tangan milik Khalil. Dia kemudian melabuh duduk.
"It's ok bro. Faham." Khalil membalas. Juga berbasa basi.
"Ada hal apa ni nak jumpa aku?" Agak lama bersembang soal kehidupan masing-masing, barulah Khalil bertanyakan soalan itu.
"Owh. By the way, sorry la ganggu date kau dengan Lees." Mikael sudah masuk ke dalam tujuan sebenar.
Khalil hanya menggeleng.
"Eh no. Tak ada ganggu la. Tak ada plan pun nak date hari ni. Arleesa cakap, dia nak keluar dengan Nad je."
Mikael angguk.
"So tujuan aku kat sini tak ada benda pun. Cuma nak cakap dekat kau yang Lees tu masih bukan milik kau sepenuhnya."
Dah tumbuh tanduk setan Mikael. Dia sudah nak menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
Khalil pula berubah terus wajah mendengar kata-kata yang tak sedap didengar oleh halwa telinga.
"Maksud kau?" Kening sebelah dijongket ke arah Mikael.
Mikael peluk tubuh.
"Sebelum kau bertunang dengan Lees, kau pernah dengar cerita aku dengan dia? Cerita sembilan tahun lepas?"
"Cerita sembilan tahu lepas? Cerita kau sendiri khianat janji kau dekat dia. Cerita yang kau pergi sana, langsung tak contact dia. Cerita yang kau balik sini, bawak balik anak? Cerita tu ke yang kau maksudkan?"Potong Khalil.
Dia sudah mengungkit semuanya yang diceritakan Arleesa. Biarlah kalau Mikael nak terkejut. Tapi, memang dia dah tahu cerita tu.
Rasa bertuah pulak dapat Arleesa yang jujur.
Mikael terpempan. Dia ingat dia bijak. Tapi Khalil lagi bijak sekarang ni. Rupanya, Arleesa dah cerita semuanya. Tak ada satu pun yang tinggal.
Riak yang berubah akibat terkejut dikawal sebolehnya.
"Yes. Cerita tu. But, it's ok. Sedangkan kahwin pun boleh bercerai, nikan pulak tunang kan? Selagi Lees bukan milik sesiapa, aku bebas nak buat dia jatuh cinta balik pada aku. Kau jangan lupa, aku dengan Lees tinggal sebumbung. Aku boleh sesenang nak buat apa ja dekat dia." Mikael tutur bersahaja.
Dah gaya orang psiko ni. Khalil pulak naik angin. Nasib baik boleh dikawal ja. Penumbuk dah siap dikepal ni. Tunggu nak hayun ke muka Mikael ja.
Kalau tak fikir mereka di tempat awam, memang tidur hospital la si Mikael malam ni.
"Okay. Kita tengok siapa pilihan Arleesa." Khalil sudah mengikut tempo cabaran yang Mikael wujudkan.
Mikael ketawa dibuat buat.
Kemudian dia bangun.
"Ok la bro. Got to go. May the best man win?" Dia berjalan meninggalkan Khalil di situ yang dah berbakul menyumpah seranah dirinya.
YOU ARE READING
RAHASIA HATI
RomanceBertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan me...